RESEPI IKAN MASAK LEMAK OREN... Lauk hari ke 3 Ramadan
Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...
Blog yang tenggelam-tenggelam timbul kan !!!
Memang,
Kebelakangan ini memang akak agak sibuk dengan urusan peribadi.
Tapi masih terasa sayang akan blog ini yang banyak menjadi perantaraan menghubungkan ikatan persahabatan kita semua...
Hari ini hanya sekadar nak mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua sahabat-sahabat di alam maya ini.
Maafkan akak sekira nya ada salah silap yang sengaja atau tak disengajakan.
Berbalik pada juadah berbuka akak, simple simple saja.
Hari Pertama Puasa akak berbuka dengan Mee Tomyam yang kuah nya boleh rujuk disini..TOMYAM KUNG YANG SEDAP GILER
Hari kedua masih dengan menu yang sama kerana akak tak mahu membazir.
Hari ketiga akak, lauk ikan saperti yang tertera ini'
Ala ... simple-simple saja.
Masak 3 ekor ikan, tu pon masih ada sekor lagi dalam kuali.
Sayur 'Sawi Kungfu dengan Udang Besar'.
Resepi yang terlajak sedap
Nampak macam lauk berbuka untuk hari ni ... makan berbaki lauk semalam. Sebab nya akak tak nak membazir.Dan makan pon simple2. cukup dengan satu jenis !
Lauk semalam ini masak lemak Nogori saja...
Tiada penggunaan bawang pon !
Kan dah cakap tadi simple ja.........
Cuma akak guna cili padi merah berbanding cili padi hijau. Itu yang menjadikan lauk akak oren warna nya.
Kalau nak guna Limau Oren dalam masakan pon sedap !!!
Resepi boleh rujuk masak lemak biasa biasa ja OK !!!
In Sya ALLAH kalau ada lauk yang mengancam nanti akak akan pos di sini ya...
Itu pon tengok pada kelapangan In Sya ALLAH.
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN semuaaaaaaaaaaaaa !!!
Copyright © 2019. All rights reserved FHA Selemak Santan | http://intai-intaidapurfha.blogspot.my
lama betul akak menghilang... rindu dh dana tungu akak punya resepi2...
ReplyDeleteselamat berpuasa kak... dana pun mcm akak, klu masak lauk ada lebih mmg mkn utk sahur atau simpan utk esoknya pulak... syg asik nk msk lain... lagi lah yg mkn kt umah ni ber2 je... aiyan ikut mood dia, almaklum dia tak pose hehehhe
Warna cili padi hijau merah turut mempengaruhi hasilnya ye... minta sekor ikan kembung ye dengan kuah oren semangkuk heheee!
ReplyDeletesedap ni.... layan dgn nasi putih, sedap sangat
ReplyDeleteSedap ni.
ReplyDeleteMakan seekor sekali hadap tak cukup
Kak FHA, Selamat Hari Raya!
ReplyDelete