Sila Click sini ya... Terima Kasih !

HAZELNUT CHOCOLATE CRUNCHY


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.....

Hari ini saya nak kongsi resepi yang amat mudah dibuat tetapi amat sedap dimakan.. Ranggup sekali.
Menjadi kegemaran semua terutama kanak-kanak.
Juga amat sesuai dimakan ketika sambil menonton TV atau sambil bersembang-sembang tu..... Sekejap saja habis sebalang kuih !

Jom kita semak resepi .....

BAHAN A
1/2 cawan Kacang Hazelnut (Dibakar dalam Oven sehingga masak)
1 cawan Rice Bubble (Dibakar dalam Oven sehingga sedikit keperangan dengan api yang perlahan)
2 keping 'Chololate Masakan' ~ 400 gram

Cara-Cara Memasak:-
1. Double boil  'Chololate Masakkan' sehingga cair
2. Masukkan Kacang Hazelnut dan Rice Bubble (yang telah dibakar terdahulu). Adun sehingga semua berpalut.
3. Kaup dan masukkan kedalam acuan kertas.
4. Taburkan dengan manik-manik warna-warni
(Pastikan adunan sentiasa atas Air Double boil supaya chocate tidak mengeras dengan cepat)

* Selamat Menjamu Selera .....

1 comment:

  1. yummy !! nk cube la utk raye nti.. gerenti x smpai sehari raye msti da abes kn ! ^__^

    ReplyDelete

Powered by Blogger.