Sila Click sini ya... Terima Kasih !

NESTY FRUITY CHEESE Puding



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua..

Resepi untuk hari ini adalah resepi puding dibuat khas untuk Kakak saya yang amat gemarkan Cheese. Kebiasaan nya cheese ni saya gunakan untuk buat kek aja. Tapi hari ni saya buat puding pula untuk sedikit kelainan. 

Dan kebetulan pula dipejabat akan diadakan bacaan Tahlil, jadi saya double kan adunan untuk kenduri dan kebetulan Ramadan akan tiba beberapa hari saja lagi.

Lapisan atas puding teramatlah lembut ditambahkan pula dengan kelemakkan Cheese yang begitu terasa sekali, Dibahagian lapisan bawah pula semasa makan ...emmm.... 'meletup-letup' krup-krup krup-krap krup-krap bunyi nestum yang telah digoreng begitu ranggup ditambah pula bauan aroma butter yang amat harum pada nestum tersebut. Tak terkata sedap nya..

Jom kita semak resepi .....

BAHAN A (1 adunan)
300 g Butter
2 cawan nestum

1. Masukkan butter kedalam kuali dan cairkan diatas api.
2. Masuk kan nestum dan goreng sehingga GARING dan wangi (Tapi pastikan jangan sampai hangit hehehe...)
3. Masukkan dalam mangkuk kaca dan tekan sehingga padat dan rata. (Keadaan nestum ketika ini adalah saperti serdak-serdak dan tidak melekat antara satu sama lain, jangan risau. Apabila disimpan dalam peti sejuk nanti ia akan keras dan melekat antara satu sama lain)
4. Simpan dalam peti ais selama 4 jam  atau semalaman supaya keras (selalu nya bahagian A ini saya buat dimalam hari, jadi esok terus buat bahagian B dan C pula)

BAHAN B
1 tin susu pekat F&N (boleh dikurangkan kepada 3/4 tin jika kurang gemar rasa terlalu manis. Ini adalah kerana serbuk 'Puding  NONA' sudah tersedia manis)
1 tin susu cair
1/2 tin air biasa (sukatan tin susu diatas)
60 gram serbuk 'Puding jenama NONA (Perasa asli dan tanpa warna. Tetapi jika tiada, yang berperisa buah-buahan lain pon boleh)

BAHAN C
250g cream cheese Fhiladelphia
7 biji limau kasturi (perah air nya)
1 tin fruit cocktail (Tapis dan ambil buah nya sahaja)

Cara-Cara Memasak Puding:-
1. Masukkan bahan B kedalam periuk dan masak sehingga serbuk puding larut.
2. Putar creame cheese ~ 5-7 minit
3. Masukkan adunan puding yang telah larut dan jus limau  ke dalam adunan cheese dan putar dengan kelajuan perlahan supaya semua nya  bercampur.
4. Tuangkan kedalam mangkuk kaca yang berisi nestum yang telah dikeraskan.
5. Taburkan buah-buahan cocktail diatas nya.
6.Simpan di dalam peti ais selama > 6 jam atau sehingga beku.

* Selamat menjamu selera .....

20 comments:

  1. salam emm bestnya dessert ni ..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam.... sedap Wani. Kalau makan sejuk-sejuk lagi sedap. Kombinasi Ranggup, lemak dan Berkrim

      Delete
  2. wow...! asyik tgk atasnya tu....hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang atas tu ke Asyifa Mustaffa ? Cuba teka ... hehehe

      Delete
  3. emmm...looking nice & delicious..tq.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nooriza Kalid...Resepi yang sedikit kelainan, tapi OK sedap sekali. Cubalah

      Delete
    2. Mintak copy yer...mesti war war kan nie dessert yg best gini...

      Delete
  4. Byk resepi2 yg menarik dan menambah rasa yg enak...tqvm

    ReplyDelete
  5. Can I get this recipe in English plz! My e-mail is rabi.khan@gmail.com.

    ReplyDelete
  6. salam...looks sooo yummy...btw, saya nk thu, simpan kt peti ais tu, kt bhgian bwh or kt bhgian ais? tq.. :)

    ReplyDelete
  7. sdpnyee..tp kalau cream cheese xputar cuma kacau sebati je jadi x :-)

    ReplyDelete
  8. Serbuk puding nona 60g tu sama dgn 6 paket la ye?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.