Sila Click sini ya... Terima Kasih !

SATAY KAJANG


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua..

Hari ini saya nak kongsi resepi satay yang saya belajar dari penjual Satay.
Rasa nya emm..... TIP TOP No 1. Sebiji macam Satay Kajang  yang famous 2............
Makan Satay ni tanpa kuah pon dah sedap.... lagi lah sedap kalau cecah dengan kuah.

Dah tahu buat satay ni, kalau rasa nak makan aja, boleh buat sendiri. Kecuali lah yang duduk kat Kajang.. atau area yang berdekatan.. boleh main order aja..hehehe

OK lah kita semak resepi  yang mengancam ni...

BAHAN A (Untuk perapan bersama ayam/daging )
1.5 kilo daging (seelok-eloknya batang pinang) atau boleh digantikan dengan ayam (bahagian dada)
1 ketul Lengkuas (saiz sebesar 1/2 buku lima)
5 batang Serai
5 camca besar (Penuh) Gula putih
Garam
Kunyit
sedikit minyak

* Serai & lengkuas - dimesin halus (tanpa air)
* Campur semua nya dan perap bersama ayam/daging

BAHAN B (KUAH)
Minyak untuk menumis
2 ulas bawang merah dan 2 bawang putih (Hiris nipis)
10 biji Cili kering  (mesin halus)
1 ketul Lengkuas (saiz sebesar1/2 buku lima)
10 batang serai
1 kilo Kacang Tanah yang siap di goreng (mesin sederhana hancur)
8 camca besar (penuh/ bun-bun) Gula putih
Asam Jawa sedikitttt aja (sebesar duit 10 sen)
Garam

* Serai & lengkuas - campur dan mesin halus (boleh masukkan air sebagai kuah tapi jangan banyak sangat sebab kalau kuah cair kurang sedap)

Cara-cara Memasak Kuah:-
1. Panaskan minyak.
2. Tumis bawang merah dan bawang putih. Goreng sampai garing.
3. Masukan Cili kering yg dimesin. Masak sampai pecah minyak.
4. Masukkan lengkuas, serai, air asam jawa, kacang tanah, gula dan garam.
5. Masak sehingga mendidih dan kuah menjadi pekat
(Lebih lengkuas, serai dan gula ... lebih sedap kuah nya)

BAHAN C
1 biji timun
2 biji bawang besar
Nasi impit

13 comments:

  1. Selamat pagi Faudziyah... ya ampun! terliur saya dibuatnya! Memang betul tu kalau satay yang sedap makan tanpa kuah pun dah sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Amie. In Syaa ALLAH resepi yang saya belajar ni memang sedap. Kalau buat sendiri tu, saiz satay boleh kita besarkan .. makan 1,2 cucuk dah kenyang. Puas

      Delete
  2. bahan2 perapan ayam atau daging x perlu masuk b.merah dn b.putih ke? tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Tak perlu bawang untuk perapan ayam/daging. Hanya yang tersenarai dalam resepi dah mencukupi.

      Delete
  3. salam kenal kak faudziyah....seronoknya kalo pandai buat sate sendiri...kalo ada masa mmg nk cuba resepi ni..terima kasih krn berkongsi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Resepi nya nampak simple tapi sedap. Yang penting kena pastikan satay kita tu cukup manis dan terasa bahan-bahan nya, In Sya ALLAH sedap. Kalau yang beli tu, kadang-kadang ada jintan la, asam la, kurang manis la.. Tapi bila buat sendiri memang puas makan. Semenjak tahu resepi ini, memang saya dah tak tukar ke resepi lain lagi. Cuba la..

      Delete
  4. Salam Faudziyah...

    Terimakasih banyak kerana sudi berkongsi resepi Satay yang insyaAllah lazat ni..Saya di Christchurch New Zealand ni tidak ada Satay M'sia..yang boleh dibeli..kena buat sendiri jika hendak makan Satay..dengan resepi yang saya percaya hasilnya akan lazat insyaAllah..besok saya akan hidangkan Satay Malaysia kepada tetamu Kiwi , Aussie & Fiji saya..terimakasih banyak-banyak
    ..




















    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam . Maaf kerana lambat reply.....Terima Kasih kerana mencuba resepi ini. Insya ALLAH sedap.,,, sambil sambil tu boleh perkenalkan masakan Malaysia kepada tetamu luar negara yang lain. Tahniah..

      Delete
  5. myak utuk renjis tu nk gune myak ape ea?

    ReplyDelete
  6. Salam Puan Faudziyah, sebelum ni saya guna resipi google ada bawang putih dan bawang merah. Memang lain dari resipi yang ini. Tapi rasanya kurang menyengat!

    Bila dah jumpa resipi baru, memang wajib cuba lepas ni! TQ ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Bawang hanya digunakan sedikit sahaja sebagai penumis...
      Resepi ini saya dapat dari penjual satay di Keramat. Dan hasil nya sedap saperti kuah satay di Kajang

      Delete
  7. as salam. boleh saya tahu. resepi ni untuk berapa batang sate ?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.