Sila Click sini ya... Terima Kasih !

SET NASI AYAM PENYET Citarasa UTARA



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua....

Hari ni hari Jumaat... penghulu segala hari. Jadi kita layan menu yang agak istimewa sedikit dari hari-hari biasa OK..... NASI AYAM PENYET.. mengikut selera orang Utara. !!!

Jom kita semak resepi...

TEMPE AYAM PENYET
BAHAN A
2 keping Tempe (di potong mengikut saiz kesukaan)
2 asam keping
Sedikit air
sedikit garam

BAHAN B (campur semua sekali)
2 sudu besar 'Tepung goreng ayam '
1/2 biji  telur ayam
sedikit air

Cara-Cara Memasak Tempe:-
1. Bahan A (tempe) diRendam selama ~ 3 jam, kemudian direbus selama ~ 1 jam sehingga lembut.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan celup tempe yang telah direbus tadi kedalam bahan B dan goreng sehingga ranggup

SAMBAL AYAM PENYET
BAHAN A
Sedikit minyak untuk menumis
2 tangkai daun kari
2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
2 ulas bawang merah (dihiris nipis)

BAHAN B
10 biji cili kering
20 biji padi
1 biji bawang besar
(Mesin cili kering dan Cili padi sampai halus, akhir sekali masukkan bawang dan mesin 1/2 hancur sahaja)

BAHAN C
2 biji tomato (dibelah 8)
1/2 sudu teh Perencah Maggie 'Cukup Rasa'
sedikit garam

Cara-Cara Memasak Sambal:-
1. Panaskan minyak didalam periuk.
2. Tumis bahan A sehingga keperangan.
3. Masukkan bahan B dan masak sehingga pecah/terbit minyak.
4. Masukkan bahan C dan masak sehingga mendidih dan kuah pekat. Siap


CRISPI AYAM PENYET
BAHAN A
Minyak untuk menggoreng

BAHAN B (dicampur semua sekali)
2 camca besar tepung beras
1 biji telur
3/4 cawan air
1 sudu teh sedikit lada hitam (ditumbuk)
1/2 sudu teh jintan manis (ditumbuk halus)
1/2 sudu teh Perencah Maggie 'Cukup Rasa'
sedikit garam

Cara-Cara Memasak Crispi:-
1. Panaskan minyak dalam kuali (saperti menggoreng pisang)
2. Dengan menggunkan garfu, celup kedalam adunan, kemudian renjiskan tepung yang melekat pada garfu kedalam kuali, ulang  ~ 15-20 renjis bergantung kepada penuh nya kuali dengan gorengan.
3. Goreng sehingga garing dan angkat.

AYAM PENYET
BAHAN A (rendam ayam selama 1/2 jam)
1/2 ekor ayam
2 sudu teh garam
air

BAHAN B (Dicampur semua sekali)
Tepung gorengan ayam
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk halus)
1 sudu teh jintan manis (ditumbuk halus)
1 sudu teh Perencah Maggie 'Cukup Rasa'
1 biji telur ayam

Cara-Cara Menggoreng ayam:-
1. Ayam yang telah direndam tadi ditoskan air nya (Jangan dibasuh lagi)
2. Celup kedalam bahan B dan goreng. Pastikan kuali ditutup semasa menggoreng supaya isi ayam tidak keras tetapi masak didalam.

NASI
Tanak nasi saperti biasa

ULAM-ULAMAN
aun Salat
Kangkung
Tomato Ceri
Kubis
Kacang Panjang

* Selamat menjamu selera .....

No comments:

Powered by Blogger.