A

A

MEE REBUS TULANG ...Citarasa Utara


Assalamualaikum semua.....................

Masih dalam mood Raya Haji ?

Masih ada Tulang Lembu tempoh hari ?
Daging baru lebih manis rasa nya .
Jadi apa kata kita masak Mee Rebus ....

Sedap tau ...
kalau dapat layan 'Mee Rebus' yang panas-panas diwaktu petang ketika hujan turun ....

Jom kita semak RESEPI .....

BAHAN A
Sedikit minyak untuk menumis
2 kuntum Bunga Lawang
6 kuntum bunga cengkih
3 batang kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
5 ulas bawang putih (dicincang halus atau ditumbuk)

BAHAN B
15-20 biji cili kering (dimesin halus)
2 kilo Tulang lembu
Air untuk merebus, juga sebagai kuah

BAHAN C
2 ketul ubi keledek (direbus dan dimesin halus)
segenggam kacang tanah (digoreng dan dimesin halus)
1 kiub Lembu KNOR
sedikit garam

BAHAN D
1 kati Mee kuning (dicelur sedikit dan diletakkan sedikit minyak selepas diangkat untuk mengelakkan mee melekat antara satu sama lain)
1/2 kati taugeh
Fish cake
Limau Kasturi
Daun Bawang
Cili merah/cili padi
Bawang Goreng
Kacang Goreng
Sayur sawi (direbus seketika)
* Cili Tomato (jika suka)

Cara-Cara Memasak Kuah:-
1. Panaskan minyak didalam periuk dan tumis bahan A. Goreng sehingga bawang benar-benar garing.
2. Masukkan cili mesin dan masak sehingga terbit minyak.
3. Masukkan tulang lembu dan rebus sehingga daging pada tulang menjadi lembut.
4. Masukkan bahan C dan masak lagi sehingga kuah kembali mendidih.

* Selamat menjamu selera .....

3 comments:

  1. tiba2 mcm telan2 air liur plak ha...dapnya....

    ReplyDelete
  2. hahaha... ni tanda nya kena masak. Tak boleh dibiarkan !

    ReplyDelete
  3. Mmg best! Must try....mmg tgh cari da best version of mee rebus utara...utk jamu kluarga cuti tahun baru nnt. Luvvvv u faudziyah

    ReplyDelete

Powered by Blogger.