Sila Click sini ya... Terima Kasih !

GARLIC BREAD & CHICKEN SOUP ...Breakfast Set 1


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum semua ..

Hari ini sarapan pagi ala-ala Minah Salleh GARLIC BREAD & CHICKEN SOUP
Roti yang disapu Bawang Putih yang dicincang halus bersama butter/mentega.
...Sup pekat ayam ala mat salleh
...Telur goreng 'goyang'
...Sebiji tomato segar 
...dan minuman milo


GARLIC BREAD
Bahan A
Roti putih yang siap dipotong
5 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 1/2  camca besar mentega/butter (yang bergaram)
Sedikit daun parsly * Jika suka

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Bawang putih cincang dan mentega dicampur sehingga rata.
2. Ambil secalit campuran mentega diatas dan disapu pada 1 bahagian roti.
   * Boleh juga kalau nak kedua-dua bahagian. Ulang sehingga habis.
3. Panaskan kuali 'nonstick' dan bakar roti sehingga bertukar keperangan.
4. Alihkan roti dan terus bakar dibahagian sebelah.
5. Ulang sehingga habis.


CHICKEN SOUP
Bahan A
1 camca besar 'penuh' butter
3 camca besar 'penuh' tepung gandum
1 ketul dada ayam (dihiris kecil)
1 biji bawang besar 'Holand' (di belah 12 dan dihiris sederhana tebal)
1 liter air
1/2 kiub pati ayam 'knor'
1 1/2 sudu teh serbuk lada hitam 
1 sudu makan 'sos plum' (optional)
garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan butter dalam periuk sehingga cair dan masukkan bawang besar. Goreng sehingga bawang menjadi layu.
2. Masukkan ayam dan goreng lagi sehingga ia 1/2 masak.
3. Masukkan tepung gandum. Kacau-kacau selalu sehingga tepung bertukar warna 'sedikit' dari warna asal. Tepung akan sedikit berderai / menjadi ketulan ketulan kecil. Pastikan tepung masak dengan sempurna. 
4. Masukkan air dan kacau sehingga kuah menjadi pekat. Elok guna alat 'pemukul telur' pada peringkat ini untuk mengacau.
5. Masukkan lada hitam, kiub ayam, sos plum dan perasakan dengan sedikit garam.
6. Sentiasa mengacau sehingga mendidih untuk mengelakkan tepung berkerak dibawah.

* Selamat Menjamu Selera ...


No comments:

Powered by Blogger.