KELI GORENG BELACAN ... Memang pedas tapi amat-amat menyelerakan !

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum semua ...
Salam Jumaat !

Lauk makan tengahhari hari ni KELI GORENG BELACAN
Ikan Keli yang tersimpan dalam peti sejuk beku masih berbaki 1 1/2 ekor.
selepas masak asam pedas Melaka tempoh hari di sini ASAM PEDAS MELAKA 'ASLI' ... yang Supper-Dupper Sedap !

Hari ini masak simple-simple sahaja.
Tapi nak yang sedap
dan yang pasti........
Nak yang pedas !

Jomm ...
Bahan A (diperap 10 minit)
1 1/2 ekor ikan keli (2 ekor pon ok)
1/2 sudu teh lada hitam (ditubuk halus)
serbuk kunyit
sedikit garam

Bahan B (diblend sehingga halus)
10 bili cili padi hijau
5 biji cili padi merah
1/2 inci belacan
2 biji bawang besar
sedikit air

Bahan C
sedikit minyak untuk menggoreng
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
2 tangkai daun kari
1/2 inci halia (dihiris nipis)
3 camca besar cuka
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan keli sehingga hampir garing, angkat dan toskan.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama (jika minyak banyak bolehlah dikurangkan), tumis bawang putih, daun kari dan halia sehingga terbit aroma yang harum dan bawang putih bertukar hampir keperangan.
3. Masukkan bahan B (bahan blend) dan cuka. Kacau biar rata dan perlahankan api. Masak sehingga sambal hampir kering dan pecah minyak.
4. Perasakan dengan garam.
5. Masukkan ikan yang telah siap digoreng tadi. Ratakan dan boleh lah diangkat untuk dihidangkan.

* Selamat Menjamu selera ...

No comments:

Powered by Blogger.