JEJARI TEMPE RANGGUP BEREMPAH... Sedap dengan Keranggupan yang tahan lama !

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Jumaat semua ..

Hari ini saya sediakan kepingan tempe yang di goreng ranggup dan berperisa dengan rempah ratus dan sedikit pedas. 
Tapi tak ada rasa pedas pon selepas dimasak kerana saya hanya masukkan sebiji cili padi merah saja.

Sedap di makan dengan sambal Kicap yang masih berbaki... sayang pula nak buang walau pon dah tinggal sedikit tu.

Memang tahan keranggupan tempe ini  !

Jomm... 




Bahan A
Minyak secukup nya untuk menggoreng tenggelam
2 keping tempe (dipotong nipis memanjang)


Bahan B
3 camca besar tepung sagu
3 camca besar tepung beras
1 biji kuning telur
1/4 camca teh serbuk kunyit
1/4 camca teh perencah 'Secukup Rasa'
1/4 sudu teh baking powder
sedikit garam
sedikit air

Bahan C (diblend halus)
1/2 camca teh ketumbar biji
1/2 camca teh lada putih
1/2 camca teh jinta manis
1/2 camca teh jintan putih
1 biji cili padi merah
sedikit air (sedikit sahaja sekadar nak memastikan boleh diblend hancur)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng tempe sekejap sekadar nak mengeringkan sedikit air dalam tempe .
Jangan terlalu lama  kerana kita akan menggoreng kembali tempe apabila kita salut dengan adunan tepung.

2. Angkat dan toskan minyak nya.

3. Dalam mangkuk adunan satukan kesemua bahan B (kecuali air) dan bahan C.
4. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga kita mendapat kelikatan saperti goreng pisang. Sebatikan adunan. Pastikan jangan terlalu pekat atau terlalu cair.
5. Panaskan minyak kembali dan apabila minyak telah panas, celup tempe yang telah digoreng tadi kedalam adunan dan goreng. Pastikan jangan terlalu banyak sekadar penuh kuali dah mencukupi kerana kita tidak mahu suhu minyak turun mendadak.
6. Apabila agak tepung sudah masak dan ranggup boleh lah diangkat dan toskan atas kertas serap minyak.

* Selamat Menjamu Selera ...


No comments:

Powered by Blogger.