PISANG GORENG & SAMBAL KICAP 'GULA KABUNG' ... Ranggup Manis & KAW Sedap !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum semua ..

Menu petang saya semalam PISANG GORENG & SAMBAL KICAP 'GULA KABUNG'
'Pisang awak' yang dibeli oleh anak saudara ini sungguh-sungguh manis !
Saya goreng pula dengan adunan tepung yang dicampur dengan tepung sagu...
maklum beberapa hari lepas dah tahu rahsia nak mendapatkan tepung yang ranggup dan tahan lama ..
boleh rujuk disini ...NASI AYAM PENYET ...yang Terlajak Sedap dengan Kremesan Super Renyah dan Bersarang 'Anti Gagal' 

Cicah pula dengan SAMBAL KICAP 'GULA KABUNG'. 
Gula yang saya beli di Melaka tempoh hari..

Masa menetap di KL dulu, Port Dickson dan Melaka memang saya jarang sampai walau pon tak jauh jarak nya.
Kalau ada kursus baru turun ke Selatan tu...
Maklum lah sibukkkkk memanjang siang malam sampai tak ingat dunia ....

La ni bila dah balik Penang baru terasa nak pi jalan-jalan Melaka
Kebetulan beberapa bulan lepas saya ke Port Dickson, jadi ambil kesempatan jalan-jalan dengan anak saudara ke Dataran Pahlawan Melaka Megamall.
Shopping sakan segala barang yang teringin di hati termasuklah Gula Kabung Asli.
Sedap ni !!!!!
Satu bungkus ada 8 ketul.

Hari ini saya masa 1/2 dari seketul tu.. manis sungguh... maklum gula Asli

Jom...

PISANG GORENG


Bahan A
3 camca penuh tepung sagu
3 camca penuh tepung beras (cap 1 gajah)
1 camca air kapur
1 biji kuning telur
1/2 camca teh serbuk kunyit
sedikit garam
sedikit air

Bahan B
Minyak secukupnya untuk goreng tenggelam
Pisang secukup nya
1/2 camca teh baking powder

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Pisang dibelah 2 secara menyerong.
2. Panaskan minyak didalam kuali dan dalam masa yang sama satukan kesemua bahan A dalam mangkuk.
3. Bila minyak panas baru masukkan baking powder kedalam adunan tepung dan ratakan sekali lagi.
4. Celup pisang kedalam tepung dan goreng sehingga keemasan baru diangkat keatas kertas serap minyak.


SAMBAL KICAP 'GULA KABUNG'


Bahan A (diblend kering atau di tumbuk)
8 biji cili padi merah
5 ulas bawang putih

Bahan B
1/2 ketul 'Gula Kabung'
Kicap Manis 'Kipas Udang'
Kicap Masin 'Kipas Udang' (sedikit sahaja untuk balancekan kemanisan sambal dan pisang goreng semasa makan)
Jus dari 2 biji limau kasturi
Sedikit air (sedikit sahaja)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan A dan B.
2. Siap untuk dihidangkan.


No comments:

Powered by Blogger.