Sila Click sini ya... Terima Kasih !

BUAH DALAM MANGKUK ... Sudut Photography

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Buah betik yang saya beli 2 hari lepas ini ini memang sangat manis.
Kalau dapat betik yang macam gini rasa tak menyesal beli yang besar

Jom kita tengok khasit betik..

Sumber : Herba dan Tumbuhan

Betik atau nama saintifiknya, Carica papaya L. Ia tergolong dalam keluarga Caricaceae, dan adalah tumbuhan semula-jadi tropika Amerika. Betik adalah sejenis tumbuhan saka yang mempunyai batang yang lembut, tegak dan biasanya tidak bercabang.
Buahnya berbentuk bujur panjang hingga ke bentuk hampir bulat. Kulit yang masak berwarna kuning cerah hinggalah kuning pekat.
Isinya pula berwarna kuning, oren hingga ke warna merah cerah atau merah.
Masyarakat Mexico menggunakan daun betik bukan sahaja untuk melembutkan daging, tetapi juga dijadikan ubat untuk asma dan masalah jantung.
Bagaimanapun jika penggunaan daun terlalu banyak ia boleh jadi berbahaya kerana dikatakan, ia boleh menghasilkan toksik.

Buah betik mengandungi pelbagai khasiat pemakanan. Bagi setiap 100g betik , ia mengandungi :
59.0 kalori untuk pembekalan tenaga,
92.1g air,
1.0g protein,
0.1g lemak,
13.5g karbohidrat,
0.5g serat,
0.5g abu,
31.0mg kalsium
0.8mg magnesium
17.0mg posporus
1.0mg zat besi
2.0mg sodium
337.0mg potasium
vitamin B sebanyak 0.08mg,
vitamin B2 (0.12mg)
niasin (0.1mg)
vitamin C (69.3mg)
karotin (2431ug)

Betik kaya dengan vitamin A, vitamin C dan juga kalium. Selain itu terdapat kalsium, besi, tiamin, riboflavin dan niasin dalam betik. Jumlah kalorinya sangat rendah.
Kesemua nutrien yang terdapat di dalam sebiji buah betik dapat membantu mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan strok.

Selain mengandungi vitamin C yang amat besar, dua kali ganda dari kandungan buah limau, betik juga boleh menjadi pendinding daripada serangan penyakit yang mendera kandung hempedu.
Hal tersebut ditemukan dalam kajian pakar pemakanan dari University of California, San Francisco terhadap lebih dari 13 ribu orang, baru-baru ini.

Setelah menganalisis kadar darah para sukarelawan, para pengkaji menemukan bahawa mereka yang kadar vitamin C nya rendah, ternyata risiko menderita penyakit kandung hempedu adalah tinggi.
Walaupun sumber vitamin C boleh diperoleh dari pelbagai jenis buah dan sayuran, tetapi sebiji buah papaya dalam ukuran sederhana (+/- 280 gram) mengandungi 188 mg vitamin C dan 500 kj kalori.
Ini adalah jumlah yang amat besar.

Memandangkan penyakit kandung hempedu lebih banyak menyerang perempuan berbanding lelaki, jadi memakan buah ini amat baik diamalkan oleh perempuan.

Time: 12.41 p.m
Picture Sytle : Portrait,
ISO : 200,
Aperture: 1.80,
Shutter Speed: 1/30,
White Balance: AWB,
Metering: Evaluative
Point of Interest: Biji Betik
Flash : NO

1 comment:

  1. Cantik! PH suka makan buah betik dengan perahan jus limau nipis.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.