JUS MANGGA (Low light) ... Sudut Photography

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua...

Bagaimana nak dapat mood saperti diatas ?
..........Objek yang hendak difotokan berada dalam suasana berlatarbelakang kan gelap.

Salah satu cara nya....
Kita hadang/kepung 3 dinding keliling objek dengan kad yang berwarna gelap. Pastikan kad dibelakang objek adalah berketinggian 1 - 2 kaki (bergantung kpd objek) supaya cahaya boleh menerjah masuk dari arah belakang/atas dan simbah ke arah objek.

Dibahagian hadapan pula dimana kedudukan kamera berada, jika rasa perlu sedikit pencahayaan, boleh lah diletakkan satu reflector atau di biarkan begitu sahaja.
Untuk situasi diatas, saya tidak menggunakan sebarang reflector.
Saya bergantung sepenuhnya kepada cahaya dari atas.

Foto shooting ini saya lakukan didalam rumah, betul-betul ditepi dinding yang berbungkah kaca, dimana pembalikan cahaya disini amat cukup.
Atau boleh juga dilakukan di tepi tingkap atau pon pintu jika mahu.

Perlu diingatkan ISO yang digunakan seboleh mungkin gunakan yang rendah. Kerana 'noise' akan jelas kelihatan jika gambar dibesarkan/zoom in.
Juga elakkan penggunaan flash untuk sebarang fotography kerana kesan nya pada  gambar menjadi kurang menarik.
Gunakan cahaya semula jadi.

Foto Exif yang ini  .........

Time: 12.24 p.m
Picture Sytle : Portrait,
ISO : 100,
Aperture: 2.0,
Shutter Speed: 1/60,
White Balance: Day Light,
Metering: Evaluative
Point of Interest: Daun Pudina
Flash : NO


Foto Exif yang ini  .........

Time: 12.16 p.m
Picture Sytle : Portrait,
ISO : 100,
Aperture: 2.5,
Shutter Speed: 1/40,
White Balance: Day Light,
Metering: Evaluative
Point of Interest: Ketulan Ais
Flash : NO

* Selamat berkariasi ......

5 comments:

  1. thank you, moga Allah murahkan rezeki berkongsi ilmu

    ReplyDelete
  2. thank you, moga Allah murahkan rezeki berkongsi ilmu

    ReplyDelete
  3. Cantik ,,suka tengok kejadian gambar2 yg awesome hhii.. teruskan berkongsi ilmu.. ingat nak belajar jugak

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian. Cantik gambar tu.

    ReplyDelete
  5. Saya suka gambar yang pertama tu. Nice.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.