A

A

SUP SAYUR AYAM CARIK ... Sedap !!. akan tergigit-gigit isi ayam yang telah dicarik-carik tu

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Kalau nak masak sup sayur, apa kata kita cuba SUP SAYUR AYAM CARIK
Isi ayam yang siap di rebus akan dicarik-carik isi nya dan dicampurkan kedalam campuran sayur menjadikan sup ini sedikit kelainan.

Idea nak mencuba sup sebegini tercetus setelah terlihat resepi dari rakan blogger dari negara seberang.
Memang rasa nya tak banyak beza dengan sup biasa,
Tetapi sedikit sebanyak ketika makan kita akan tergigit-gigit isi ayam yang telah dicerai-ceraikan itu.
Bagi saya amat sedap sekali...

Jom......

Bahan A
2 ketul dada ayam
Air secukup nya untuk merebus

Bahan B
sedikit minyak untuk menumis
4 ulas bawang putih (dihiris nipis)
4 ulas bawang merah (dihiris nipis)
1 inci halia (dihiris nipis)
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih

Bahan C
1 camca besar rempah sup
air secukup nya sebagai kuah

Bahan D
1 biji lobak merah (dipotong kiub)
2 biji ubi kentang (dipotong kiub)
1 biji bawang merah (dibelah 8)
sedikit kubis bunga
5 biji jagung muda
1 batang daun saleri
1/2 kiub pati ayam
sedikit garam

Bahan E
Daun Sup
Daun bawang
Bawang Goreng

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Rebus dada ayam sehingga masak. Asingkan kuah nya dan di carik-carik isi ayam.
2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan B sehingga terbit aroma dan bawang bertukar keperangan.
3. Masukkan rempah sup dan masak seketika anggaran 2 minit untuk memastikan rempah sedikit garing.
4. Masukkan air rebusan ayam. Jika kurang mencukupi boleh ditambah air lagi. Masak sehingga mendidih.
5. Masukkan ubi kentang dan karet. Agak-agak ubi dah 3/4 masak terus masukkan  bahan D yang lain dan perasakan dengan garam dan kiub ayam.
6. Apabila kuah mendidih kembali boleh lah diangkat dan dihidangan kan dengan taburan bahan E di atas.

* Selamat Menjamu Selera ...


4 comments:

  1. Lebih elok macam tu kan? Tak payah susah2 dengan tulang time makan. PH bukan saja suka resepi Pn FHA, tapi amat kagum dengan fotografi dan styling Pn. Cantik dan berseni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih PH. rasa malu pulak .....hehehe

      Delete
  2. Sedapnyaaa. Gambar pun semua cantik2 :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tkasih Fatin.
      Saya baru belajar nak kena kamera... Teruja

      Delete

Powered by Blogger.