TOMEH CABAI ...Bebola Daging


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Hari ni nak share resepi Bebola daging Product /keluaran Jenama Ramly.
Selama ini memang saya tak tahu pula yang Ramly ada keluarkan Bebola Daging, 
Saya beli minggu selepas semasa ke pasaraya Giant... rancangan asal  nak buat bihun sup bebola daging bila-bila nanti ......
Sedap juga kan

Entah macam mana nak cuba sedikit kelainan, saya masak Tumis cabai.
emmm... sedap

Enak dimakan dengan nasi putih panas-panas...
Kalau makan dengan nasi tomato pon sedap juga

Jom kita semak resepi ...

BAHAN A
Minyak untuk menumis
1 kuntum Bunga Lawang
4 kuntum Bunga Cengkih
3 biji Buah Pelaga
2 batang Kulit Kayu Manis
3 tangkai Daun Kari
sedikit halia (di hiris nipis memanjang)
1 biji bawang besar (ditumbuk)
6 ulas bawang putih (ditumbuk)

BAHAN B
30 -35 biji Cili Kering (Bergantung kepada saiz cili)  (Direbus dan di mesin halus bersama air)
3 batang Serai (diketuk)
1 sudu makan Tomato Puri
Garam

BAHAN C
15 biji Bebola Daging

BAHAN D
1 helai Daun Kunyit (Hiris besar-besar)
3 helai Daun limau purut
2-3 biji Bawang besar (dipotong bulat-bulat besar)

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Masukkan bahan A dan goreng sehingga bertukar keperangan dan wangi.
3. Masukkan bahan B dan C. Masak hingga cili naik minyak.
4. Akhir sekali masukkan bahan D. Kalau nak letak sedikit kicap Masin KIPAS UDANG pon boleh.
5. Siap boleh dihidangkan

* Selamat menjamu selera .....


2 comments:

  1. Assalamualaikum FHA...mmg sdp bebo;a dagong ramly ni.saya biase bli.buat meatball ala ikea guna jenama ni pun sedap....

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam. Ini kali pertama saya mencuba . In Syaa Allah boleh cuba resepi meatball ala ikea tu..

      Delete

Powered by Blogger.