NASI AYAM HAINAN Mentega Jagung
Makan tengahari ni sedikit special... Nasi Ayam Hainan Mentega Jagung..
Sesuai kepada yang amalkan diet sihat
Sup yang disediakan amat ringkas bahan nya tetapi menyelerakan
Tidak perlu rempah 4 sekawan
Tidak perlu rempah sup
Tidak perlu minyak untuk menumis.
Yang penting... air yang dimasak mestikan mendidih membuak-buak, baru lah dikecilkan api dan dimasukkan ayam.
Jom kita semak resepi.....Jom cuba
BAHAN A (SUP)
1/2 periuk air
1 ekor Ayam (dipotong mengikut saiz kesukaan)
1 inci Halia (dihiris nipis dan memanjang)
4 ulas Bawang Putih (dihiris nipis)
1/2 kiub pati Ayam 'KNOR'
sedikit Garam
Sedikit daun sup
Sedikit daun bawang
(Nota:TIDAK PERLU rempah 4 sekawan, Rempah Sup,Bawang besar atau minyak utk menumis)
Cara-Cara memasak Sup
1. Masak air dalam periuk sehingga mendidih 'Membuak-buak'.
2. Kecilkan api sekecil-kecil yang boleh. Kemudian masukkan ayam.
3. Tutup periuk dgn tudung supaya wap ayam tidak keluar.
4. Biarkan ayam masak perlahan-lahan sehinggga air sup hampir mendidih kembali (sedikit dah mencukupi)
5. Sebelum angkat, masukkan bawang putih, halia, garam dan kiub KNOR.
6. Siap Sup
BAHAN B (AYAM HAINAN)
ayam yg telah dimasak dalam sup diatas
Kicap Masin Kipas udang
Sos tiram
sedikit minyak untuk menggoreng
Cara-Cara memasak Ayam
1. Lumurkan ayam yg telah direbus perlahan diatas dan dengan bahan B (ada kadar)
2. Panaskan minyak dalam kuali.
3. Masukkan ayam yg telah dilumur dan goreng selama 1 minit SAJA (sekadar kicap melekat pada ayam. Jika lama texture ayam yang lembut dan licin akan rosak)
4. Angkat dan renjiskan sedikit minyak bijan atas ayam sebelum dihidangkan.
BAHAN C (NASI)
1 camca besar ButterCup
1 inci halia (dihiris sederhana tebal)
5 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
10 kuntum bunga Cengkih
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
BAHAN D
2 camca besar Butter
5 helai daun pandan
Sedikit kunyit serbuk
1/2 biji Jagung
8 cawan air (Bergantung kepada Jenis beras)
4 cawan Beras (Beras Cap Rambutan)
Sedikit garam (Pastikan garam mencukupi kerana lemak butter akan lebih terasa)
Cara-Cara Memasak Nasi
1. Cairkan 1 sudu butter kedalam rice cooker.
2. Tumis semua bahan C diatas. Sentiasa dikacau sehingga bawang bertukar menjadi keperang-perangan.
3. Masukkan bahan D dan teruskan memasak saperti biasa.
4. Apabila suis rice cooker berada pada mode warm, biarkan nasi 10 minit sebelum digaul/ratakan
BAHAN E (KICAP)
sedikit minyak gorengan ayam diatas
Kicap manis kicap udang (lebihkan)
Kicap Masin kicap udang (1/4 dari kicap manis diatas)
1 sudu besar lada hitam (tumbuk halus)
Cara-Cara Memasak Kicap
1. Panaskan minyak dalm periuk dan masukkan kesemua bahan E diatas.
2. Masakan sehingga kicap mendidih, bolehlah diangkat.
BAHAN F (CILI)
3 biji Cili merah
2 ulas bawang putih
4 sudu besar gula putih
1/4 biji limau nipis (Perah dan diambil Airnya)
sedikit garam
Cara-Cara Penyediaan Cili
1. Mesinkan kesemua diatas.
* Jangan dicampur dengan air tambahan untuk memastikan kepekatan cili.
BAHAN G (ULAM)
Daun Salat
Timun
Tomato ceri
Lobak Merah
* Selamat menjamu selera ...
Sebahagian dari bahan-bahan yang digunakan :-
Wow.... !!
ReplyDeletehehehe...
DeleteWaaa...terkasima habis...sedap..nmpak nasik pun dah menyelerakan...
ReplyDeleteSup yang amat simple, tapi alhamdulillah sedap
DeleteCantik2 gambar masakan Faudziyah...org Sarawak ye? kakpb belum friend kat fb lagi rasanya:)
ReplyDeleteNasi ayam hainan ni mmg menyelerakan, anak kakpb suka sgt.