EN SI FLORECIENTE AMOR ...Semekar Cinta


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Apa sarapan anda hari ini ?

Sedap juga sesekali kalau bersarapan ala-ala Minah Spanish ... 
Dengan roti yang begitu ranggup dibahagian luar setelah dibakar... memang sedap

Fizikal roti baguette ini kalau tengok dengan mata kasar, memang tak teringin nak beli pon !
Dengan panjang, keras 'kedegung' .. emm  boleh makan ke ?
Tapi bila dah dibakar, roti ini akan dengan sendiri nya menjadi lembut dan ranggup dibahagian luar.

Sedap pula ..
Jom kita  semak resepi ...

BAHAN A
sedikit 'ButterCup'
Roti Premium baguette (dipotong menyerong, setebal 1 inci- dipotong 5 keping sahaja)
3 ulas bawang putih (dicincang halus)

12 biji Tomato ceri (dibelah 2)
3 Frankfurter Ayam  Berlada Hitam 'AYAMAS' (direbus dan dihiris sederhana tebal)
Salad hijau dan Merah
Sos Salad MayoLite 'Lady's Choice'
Sos Salad Thousand Island 'Lady's Choice'

Cara-Cara Menyediakan:-
1. Roti yg telah siap dipotong, di sapu sedikit butter di kedua-dua bahagian permukaan dan diletakkan bawang putih cincang dan tekan sedikit supaya ia melekat pada roti
2. Panaskan kuali leper, letakkan sedikit butter dan tekap kan roti, Bakar dengan api yang perlahan untuk mendapatkan roti yang lembut dibahagian dalam dan rapuh dibahagian luar.
3. Angkat dari kuali, letakkan sedikit Sos Salad Thousand Island, dan susun sayur salad, Frankfurter, tomato biji dan seterusnya Sos Salad MayoLite dan Thousand Island.
4. Siap untuk dihidangkan.

* Selamat menjamu selera

2 comments:

  1. Faudziyah,

    Kalau breakfast simple macam ni pun boleh kenyang sampai tengahari kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Honey.. tapi kena makan 2-3 keping lah heheh.. sekali-sekali breakfast roti sedap juga tu

      Delete

Powered by Blogger.