GULAI SARDIN ...Lauk berbuka iftar 1



Assalamualaikum dan Salam Ramadhan ...

Lauk untuk berbuka 
Saperti biasa saya lebih suka masak sendiri dari membeli .. kecuali jika tidak berkesempatan.
Kerana ia lebih menepati citarasa saya yang ala-ala Utara ni...kari, kari kari

Untuk berbuka.. cukup dengan nasi dan 1 atau 2 jenis lauk dan mencukupi 

Untuk hari ini
emmm Gulai Sardin  dengan Ubi kentang.. w a l l a !!!!

Jom kita semak resepi

BAHAN A
Minyak untuk menumis
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
4 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1 tangkai daun kari
1 sudu makan halba campur

BAHAN B
2 sudu besar 'penuh' rempah kari Ikan 'BABAS'. (Kali ini saya pilih rempah yang lebih pedas)
1 cawan air
1 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
2 biji ubi kentang (dibelah 4)
Air Asam jawa
Garam

BAHAN C
1 cawan air atau santan cair (Untuk resepi ini saya tidak menggunakan santan)

BAHAN D
1 tin Ikan Sardin 425 gram(Saya lebih suka 'Ayam Brand' berbanding jemana X yang lain)
1 biji cili hijau dibelah 2 (Kali ini saya gantikan dengan 8-10 biji cili padi)

Cara-Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumis bahan A, Goreng sehingga hampir garing
2. Masukkan bahan B. Teruskan memasak sehingga terbit minyak yang banyak dan rempah menjadi pekat.
3. Masukkan bahan C, biarkan sebentar dan terus masukkan bahan D.
4. Masak sehingga mendidih dan boleh lah diangkat.

* Selamat menjamu selera ...





6 comments:

  1. Terima kasih sebab share resipi yang sedap ni, insyaAllah nak cuba juga nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Adda,... kari penang untuk berbuka.

      Delete
  2. Salam Ramadhan kareem FHA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam, Salam Ramadhan juga untuk Gee dan keluarga .

      Delete
  3. Salam Kak Faudziyah,

    Selamat menunaikan ibadah puasa ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Honey, Juga ucapan selamat menyambut Ramadhan untuk Honey dan keluarga, Moga ibadah puasa kita diberkati ALLAH

      Delete

Powered by Blogger.