BERGEDIL DAGING .... betul-betul mengancam selera !


Assalamualaikum semua

Bergedil daging ini saya buat pada hari sabtu lepas selepas jenguk FB sahabat lama yang berkerja di organizasi yang pernah saya berkhidmat suatu masa dulu (masa muda-muda lah tu....hehehe).

Kalau tanya saya berapa bintang akan saya berikan  ?
Jawapan nya 5 *****

sedap !.
bukan saya saja kata sedap, tapi kakak saya pon kata SANGAT SEDAP !

walaupon resepi nya nampak macam biasa-biasa saja, tapi teknik menyediakan nya sedikit berlainan dari yang pernah saya buat dulu.

daging nya dimesin hancur dalam blender 'Tanpa Air'... tak terfikir pula dulu
jadi mana-mana 'gigitan' pada bergedil pasti akan terasa keenakkan nya

Jom cuba...
berbaloi !!!

resepi ini saya alter sana sini sikit mengikut kesesuaian selera saya

BAHAN A
1/2 kilo daging (dipotong  kpd 5-6 ketul, direbus dan dimesin hancur tanpa air)
5 biji ubi kentang (dibelah 4, di rebus sehingga empuk, dibuang kulit dan ditumbuk/lenyek)
2 biji bawang besar (dibelah 8 dan dihiris sederhana tebal)
1 1/2 sudu teh lada hitam (ditumbuk halus. Kalau suka lebih pedas, boleh ditambah lagi)
1/2 sudu teh perencah 'secukup rasa Maggie'
sedikit daun sup-5 tangkai (dihiris 1/2 inci)
1 sudu besar tepung jagung (supaya tidak pecah semasa menggoreng)
garam

BAHAN B
1 biji telur + 1/4 cawan air (dikocak)

BAHAN C
Minyak untuk menggoreng.

Cara-Cara memasak
1. Satukan bahan A.
2. Ambil sejemput dan bentukkan bulat mengikut saiz  kesukaan, diikuti dengan tekan sedikit supaya ia menjadi sedikit leper.
3. Panaskan minyak dalam kuali,
4. Celupkan bergedil kedalam bancuhan B dan goreng.
Pastikan bahagian gorengan menjadi sedikit keperangan baru dialihkan

* Selamat menjamu selera ...

1 comment:

Powered by Blogger.