KETUPAT PULUT Daun Pisang...menjadi pilihan



Assalamualaikum,

Selamat Hari raya semua...
Saperti biasa ketupat Pulut daun Pisang menjadi pilihan saya

Jom kita semak resepi nya...saperti selalu Raya 2013

400 gram BERAS PULUT biasa
550 gram santan pekat dari 1 biji kelapa (Jika Pulut SUSU, santan lebihkan sedikit = 650 gram)
8 gram Garam halus (Sukatan garam ini sudah cukup menjadikan pulut lemak-lemak manis)
1 camca besar gula putih

3 pelepah daun pisang (dilayur diatas api terlebih dahulu)
tali rafia (dipecahkan kepada  5)

Cara-Cara Memasak Pulut :-
1. Basuh pulut beberapa kali untuk memastikan ketupat tahan lebih lama.
2. Masukkan pulut, santan, garam dan gula kedalam periuk dan tanak saperti tanak/masak nasi biasa.
3. 3-10 minit pertama selepas pulut diletakkan atas dapur, kacau dibahagian bawah untuk mengelakkan ia berkerak. Jangan ditinggalkan sehingga santan betul betul kering.
4. Perlahankan api sekecil yang boleh dan tutup periuk saperti memasak nasi.
5. Masak sehingga pulut masak sepenuhnya atau 3/4 masak.

6. Sudukan pulut anggaran 45 gram keatas daun pisang, gulung dengan daun pisang disusuli dengan memadatkan pulut kebahagian tengah.
7. Potong untuk memperkemaskan lebihan daun pisang.
8. Ikat dengan tali rafia. Sekiranya pulut ditanak 3/4 masak, ikatan harus dibiarkan sedikit longgar. Tetapi jika telah dimasak sepenuh nya, ikatan bolehlah diperketatkan sedikit.
9, Kukus 45 minit - 1 jam

TIPS:
Jangan di-tinggalkan pulut semasa memasak kerana santan cepat kering dan hangit.

Selamat Hari raya

2 comments:

  1. Salam Kak Faudziyah,

    Selamat hari raya! Oh itu pulut pasong (orang banjar)! Nak suruh my Mom buat dia puasa pulak. Nanti dia habis puasa nak suruh dia buat hihi.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.