Wednesday, 30 September 2015

BUNGA AIR Celup Tepung


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ..

memang dah lama juga tak makan lauk ikan bunga air
biasa nya saya rebus letak serai, halia, bawang dan cili merah saja,
sebab suka sangat hirup kuah ikan yang manis tu..

tapi baru-baru ni anak menakan hantarkan sepinggan bihun goreng 'bawang besar'
dalam pinggan tu diletakkan beberapa ekor ikan celup tepung ni
awal nya saya ingatkan pisang goreng
ya lah.. bihun tu pedas.. makan dengan goreng pisang manis ... sedap juga
gigit sikit.. ehh bukan pisang !
gigit lagi... ehh ikan celup tepung !
sedap nya !

esok nya apa lagi..
korek-korek resepi..
ah ! simple ja
kata nya 'Mak Cik AH' selalu masak

Jom kita try test...sedap makan panas-panas
tepung nya ranggup
isi ikan pula lembut di dalam

Bahan A
30 gram Ikan Bunga Air (Anggaran 40 ekor)

Bahan B
1 cawan Tepung beras (paras rata)
1 biji telur ayam (yg bersaiz kecil)
2 camca makan air kapur
1 sudu teh perencah 'Hilal' (paras rata)
1 biji cili padi (dihiris halus).. saya tambah
1/2 sudu teh lada hitam (ditumbuk halus).. saya tambah
sedikit garam
sedikit kunyit
sedikit air

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan B. Tambahkan air sedikit sedikit untuk mendapat kepekatan yang dikehendaki.
* bancuhan saya lebih pekat dari Goreng Pisang supaya tepung dapat bersalut cantik pada ikan

2. Panaskan minyak dalam kuali, Celupkan ikan kedalam tepung dan goreng dalam minyak yang panas.

* Selamat menjamu selera ...

Tuesday, 29 September 2015

ROTI SORAI yang sungguh lembut !


Assalamualaikum semua...


Sekali lagi saya singgah ke rumah Puan Azie
selongkar selongkar almari kat dapur beliau
biasa lah tu .... cari resepi !
kali ni resepi roti sorai pulak atau nama glamer nya roti jala
ala ...
roti jala yang lembut tu !
jom kita masak
betul !!!, sungguh lembut !!!
TQ Puan Azie..

Bahan A
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak (Saya masukkan 4 sudu besar)
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan santan 
Sedikit pewarna kuning

Bahan B
Sedikit minyak 
1 helai daun pandan

Peralatan
Kuali non Stick atau kuali leper yang tidak melekat
Acuan menjala

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Blendkan semua bahan A di atas hingga sebati. 
* Jika nak tahu adunan boleh dijala atau tidak, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. 
Jika aliran tepung keluarnya tak putus-putus maknanya dah OK lah tu, jika tidak  boleh di tambah air sedikit sehingga boleh dijala.

2. Panaskan kuali,
3. Leserkan sedikit minyak pada dasar kuali dengan menggunakan daun pandan.
4. Masukkan sesenduk ke dalam acuan dan jala. Biarkan dalam beberapa saat sehingga masak(Pastikan tiada tepun yang masih berair), terus di angkat dan digulung / tidak perlu dibalikkan.

* Selamat menjamu selera ...

Monday, 28 September 2015

BUTTERCUP CAKE aroma nya sungguh mengancam !



Assalamualaikum dan Salam Aidil Adha

dah masuk hari ke 5 kita menyambut Hari Raya Korban,
kek ni saya sediakan pada hari raya pertama
bila selera terasa rasa nak makan kek, kek butter ni menjadi pilihan
kek yang simple saja..

teringat kek butter yang dibawa oleh rakan sepejabat
di bekalkan oleh emak nya juga untuk kawan-kawan yang lain juga
tapi kek tu dah bertukar rupa menjadi puding
sedap sangat !
emak kawan tu memang pandai masak
maklum bekerja dengan 'Mat Saleh'
dah tu rajin masak untuk kawan-kawan anak nya

kek ni saya makan begitu saja
dah tak boleh tahan lagi aroma nya
sedap, harum  !!!

Jom...

Bahan A
1 ketul buttercup (250g)
1 cawan gula kasar (paras rata)
4 biji telur
2 sudu teh essen vanila
4 sudu teh baking powder (paras rata)
3 cwan tepung gandum (paras rata)
1 kotak susu Dutch Lady Full Cream 'putih'(200g)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan oven, api atas dan bawah dengan suhu 170 C
2. Leserkan dasar tin pembakar dengan margerin dan alaskan dengan kertas minyak (2 tin 7x7, , boleh juga gunakan 1 tin jika mahu kek lebih tebal,)
3. Pukul butter dengan gula sehingga kembang.
4. Masukkan telur sebiji sebiji dan teruskan memukul.
5. Masukkan essen vanila, baking powder,tepung gandum dan susu. Adun secara perlahan sehingga rata
6. Tuang kedalam tin pembakar dan bakar selama 45 minit.
7. Cucuk bahagian tengah kek untuk memastikan kek sudah masak. Jika lidi keluar dengan keadaan bersih, itu menandakan kek sudah masak.
8. Keluarkan kek dari oven dan terbalikkan di atas jaring

* Selamat Menjamu selera ...

Friday, 25 September 2015

LAKSA PENANG Ikan Tamban


Assalamualaikum dan Salam Aidil Adha

Raya tahun ini tiada ketupat, tiada rendang, tiada kuih, cuma laksa Penang saja saya sajikan.
Alhamdulillah atas nikmat rezeki kurniaan ALLAH ini...

Kebiasaan nya untuk memasak kuah laksa saya gunakan ikan kembong, sardin atau parang. Tetapi untuk kali ini saya masak Ikan Tamban pula.
OK..
Manis kuah nya

jom kita semak RESEPI ...

Bahan A (Campur semua, Rebus, Mesin dan Tapis)
1.5 Kilo Ikan Tamban
1 ekor Ikan  gelama Masam (Ikan kering yang lembut/gebu isi nya bila dipegang)

Bahan  B (Campur semua dan Mesin)
15 biji cili kering
sedikit belacan .. sebesar 2 ibu jari tangan
1 biji bawang besar

Bahan  C
1 ketul lengkuas..sebesar saiz 3/4 genggaman penumbuk
5 batang serai (ketuk)
1 kuntum bunga kantan (belah 2)
Daun kesom
10 keping asam gelugur (Saiz sederhana)
1 1/2 kiub pati Ikan Bilis 'Maggie'
sedikit garam

Bahan D
1 kilo Laksa beras (direndam 2 jam dan direbus sehingga masak, ditoskan air nya dan dibasuh untuk mengeluarkan lebihan kanji)

Bahan  E
Telur rebus
Cili merah/Cili Padi
Bawang besar
Limau Kasturi / Limau nipis
Daun selom
Timun
Nenas
Daun Pudina

Cara-Cara Memasak Kuah :-
1. Satukan Bahan A,B dan C dalam periuk dan rebus sehingga masak

* Selamat menjamu selera .....

Monday, 14 September 2015

KARIPAP PUSING ~ Gebu, Ranggup dan Sedap


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua..

Kuih untuk minum petang 'Karipap Pusing' yang saya sediakan semalam

rasa nya  ..........
gebu, ranggup dan alhamdulillah sedap sekali kulit nya
ditambah pula dengan inti daging dengan rasa manis, pedas dan sedikit berempah menjadikan ia bertambah-tambah sedap

sebenar nya saya ni amat fobia nak masak karipap pusing
bukan nya apa...
sebelum ini hasil karipap saya 'terlalu gebu'
apabila kita menikmatinya terasa teramat 'muak'
akibat nya menjadi makanan tong sampah !

mungkin silap saya..
samada silap timbang atau tersilap tengok sukatan dalam resepi

sebenar nya jika sukatan 'Vegetable Shortening' terlalu banyak, ia menjadikan karipap kita terlalu gebu dan muak bila makan
nak masuk mulut pon tak sanggup

tapi kali ini saya kuatkan hati nak mencuba resepi Puan Shiela, dimana resepi Karipap Pusing nya ini amat menarik hati saya untuk mencuba
alhamdulillah menjadi...

beberapa tips yang diberikan dari Mak Puan Sheila amat berguna sekali
'Kalo nak cantik guna Vegetable Shortening'
'Kalo nak sedap guna Margerin'
'Butter jangan guna sebab hasil nya Tak Sedap'
jadi kita balance balance kan !
Terima Kasih Puan Sheila

Jom kita semak resepi

INTI
Bahan A
500 gram Ubi Keledek Oren/selepas dibuang kulit menjadi 400 gram (Dipotong kiub)
Bahan B
1 sudu besar minyak masak
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 ulas bawang merah (dihiris nipis)
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
Bahan C
3 sudu besar penuh (bun-bun) serbuk kari daging 'Babas'
1/2 cawan air
150 gram daging (potong kecil)
Bahan D
80 gram gula putih
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan Inti
1. Rebus kiub-kiub ubi keledek sehingga 3/4 masak, angkat dan toskan air nya.
2. Dalam periuk yang berasingan, panaskan minyak dan tumis bahan B sehingga hampir garing dan berbau harum.
3. Masukkan bahan C. Masak sehingga kuah menjadi pekat, kemudian keluarkan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
4. Masukkan bahan D, ubi keledek dan gaul sehingga rata.
5. Tutup periuk dan perlahankan api supaya rempah meresap kedalam ubi keledek dan inti masak dengan sempurna.


DOH
Bahan Doh A
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar Vegetable Shortening (saya guna 1 sudu besar penuh bun-bun)
2 sudu besar Margerin (saya guna 3 sudu besar bun-bun Margerin Pelangi)
* Oleh kerana kurang pasti sama ada 2 sudu bermaksud 'paras rata' atau 'penuh menimbun', jadi saya hanya gunakan 1 sudu saja tapi penuh menimbun untuk Shortening

Bahan Doh B
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan Minyak Jagung
1 1/2 cawan air ~anggaran  (saya guna hanya 3/4 cawan, mungkin ia bergantung kepada jenis tepung gandum. saya guna dari keluaran Faiza)
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya 
Doh A
1. Satukan semua bahan doh A kedalam mangkuk dan gaulkan sehingga ia sebati. Bahagikan kepada 4 bahagian dan bulatkan ia.

Doh B
2. Masukkan tepung gandum kedalam mangkuk yang berasingan dan lubangkan bahagian tengah nya.
3. Panaskan minyak jagung dan tuang kedalam lubang yang dibuat.
4. Dengan menggunakan sudu, gaulkan minyak dan tepung sehingga ia menjadi saperti serbuk roti.
5. Masukan air yang bercampur garam kedalam adunan secara 'sedikit-sedikit'  sambil menguli dengan tangan sehingga sebati, LEMBUT dan TAK MELEKAT DI TANGAN'.
* Kuantiti air yang digunakan bergantung kepada jenis tepung, saya hanya menggunakan 3/4 cawan saja.
6. Doh ini juga dibahagikan kepada 4 bahagian dan bulatkan ia.
Kiri- Doh B,  Kanan- Doh A

7. Ambil 1 bahagian doh B, leperkan ia. Masukkan doh A kedalam/ bahagian tengah Doh B dan tutup. (Saperti kita masukkan inti cucur badak).
Doh A berada dalam Doh B
8. Ambil 1 doh diatas dan digelek mejadi sederhana tebal saperti dibawah.

9. Kemudian gulung saperti berikut.


10.  Pusing kan gulungan tadi dan gelek sekali lagi saperti berikut. Jika mahukan lapisan Karipap kita rapat lingkaran/pusingan, kita boleh gelek lebih panjang.

11. Gulung sekali lagi saperti berikut.

12. Potong gulungan ini kepada 6 bahagian. Hasil nya kita akan dapat 24 ketul karipap (4 x 6).
* Maaf tiada gambar untuk penerangan ini

13. Ambil satu bahagian potongan dan gelek 'manja-manja' untuk memastikan ia tidak merosakkan corak pusingan. Pastikan tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal.

14. Masukkan inti dibahagian tengah. Pastikan inti tidak terlalu banyak kerana akan menyukarkan kita menutup/melipat doh. Pastikan tepi doh bercantum sebelum di 'klim'.

* Sebelum memasukkan inti, sila pastikan bahagian yang terdapat 'urat-urat lingkaran yang jelas' berada dibahagian luar/bawah dan bahagian yang kurang cantik, diletakkan inti di atas nya.
* Pada peringkat ini jika mengalami kesukaran untuk mencanai doh, kita boleh menabur sedikit tepung gandum.
Buat sehingga habis

15. Panaskan minyak yang banyak (kita akan goreng tenggelam). Pastikan minyak betul betul panas, untuk mengelakkan karipap menyerap minyak.
16. Goreng sehingga keperangan. Angkat dan toskan minyak berlebihan dengan 'tisu dapor' .

* Selamat menjamu selera ...


Friday, 11 September 2015

KERABU DAGING GORENG dengan taugeh yang ranggup ...



Assalamualaikum dan Salam Jumaat ...

saya memang suka meratah kerabu
nak-nak kerabu tu kurang pedas lagi sedap !
kena pula dengan taugeh yang segar bugar...ermmm
krup krap krup krap !!! rapuh

bercakap pasal taugeh ni
memang susah nak dapatkan taugeh yang boleh bertahan lama
ini kerana taugeh yang dijual tu selalu nya telah direndam didalam air untuk mengasingkan kepala yang hitam
tapi...
kalau kat BM ni  a.k.a Bukit Mertajam, taugeh yang segar bugar boleh kita beli di belakang pasar, berdekatan dengan tempat jualan daging dan ayam tu
taugeh ni diusahakan oleh orang melayu kita sendiri,
selain taugeh ada mee, kueteau, fishball, fishcake dan macam-macam keluaran orang kita.

taugeh ni In Sya ALLAH boleh tahan lama.. 2 minggu pon boleh.
janji kita simpan dalam peti sejuk dan jangan kena air atau dibasuh.
Taugeh yang baru dibeli
Baki Taugeh yang tinggal - hampir 2 minggu disimpan
tak banyak perubahan kan ...
sebab ia tidak bercampur air


yang saya masak hari ni dah adalah yang saya beli pada hari Jumaat lepas,
masih segar bugar macam baru je beli ..

Jom kita terjah resepi

Bahan A
sedikit minyak untuk menggoreng (sedikit sahaja)
200 gram daging (dipotong kecil)
1/2 sudu teh lada hitam (ditumbuk halus)
sedikit garam

Bahan B
2  mangkuk taugeh segar
1 kuntum bunga kantan (dihiris nipis)
2 biji limau kasturi (diambil jus nya)
2 biji tomato segar (dihiris sederhana tebal atau dibelah 8)
sedikit halia(dihiris nipis)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Daging digaulkan dengan garam dan lada hitam
2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng daging sehingga 'betul-betul garing'
3. Keluarkan dari kuali dan gaulkan dengan bahan B sehingga rata.
4. Siap.

Simple kan  ! tapi sedap.
Sekejap saja habis !

* Selamat Menjamu Selera ...

Thursday, 10 September 2015

STEW Tulang Lembu dengan makaroni .... sedap nooooo !


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

semalam hari NO nasi
kita makan pasta pulak
kebetulan ada sedikit urusan kat luar menemani kakak saya
jadi sebelum keluar tu saya sempat sediakan Stew dulu
balik baru lah rebus makaroni

kebetulan semalam seharian hujan lebat disini
jadi makan makanan berkuah ni panas-panas memang menyelerakan
Stew ni saya masak lebih sikit
jadi boleh sambung makan sampai ke malam

rasa nya..
sikit sikit macam sup
tapi kuah nya lebih pekat... lebih terasa
ada ada sedikit rasa-rasa masam buah tomato yang fresh

sedap juga nooooo !

Jom

Bahan A
500 gram Tulang Lembu
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 batang kulit kayu manis
2 inci halia (di ketuk)
1 sudu besar rempah sup
5 ulas bawang putih (saya masukkan sebiji-sebiji sebab bila rebus nanti ia akan lembut juga nanti)
1 biji bawang besar (belah 8)
2 biji ubi kentang (belah 2)
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk halus)
Air secukup nya untuk merebus

Bahan B
2 biji tomato biji (belah 4)
2 biji ubi kentang (belah 4)
1 biji lobak merah (potong tebal)
1 kiub pati lembu 'KNOR'
3 kuntum cendawan 'Telinga Kera' direndam dalam air panas sehingga kembang dan dipotong sederhana besar)
sedikit garam

Bahan C
Daun Sup
Daun bawang

Bahan D (rebus sehingga lembut dan toskan air nya)
1 1/2 cawan makaroni
air secukup nya untuk merebus
sedikit minyak masak

Cara-Cara Memasak
1. Masukkan bahan A kedalam periuk dan masak sehingga daging empuk (~ 1 jam).
2. Keluarkan ubi kentang dan lenyek halus dan masukkan kembali kedalam periuk.
3. Masukkan bahan B kedalam periuk diatas dan teruskan memasak
4. Sebelum angkat, masukkan bahan C.

5. Untuk makaroni, rebus bahan D dalam periuk yang lain
6. Pastikan kacau sekali sekala pada awal memasak supaya makaroni tidak melekat pada dasar periuk
7. Setelah lembut angkat dan toskan air nya.

* Selamat menjamu selera ...

Wednesday, 9 September 2015

ASAM PEDAS REBUS ...Ikan Pari


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Asam Pedas...
salah satu lauk kegemaran saya semasa kecil hingga lah kini
begitu juga dengan keluarga saya

dulu dulu kalau arwah mak masak lauk berkuah saperti ni atau 'sayur ikan' yang berkuah alamat nya nanti dalam periuk akan tinggal ikan ja tergolek-golek sendirian
kuah semua dah 'elek' !
hahaha ...

saya pernah minta mak buatkan kuah lebih sebab saya memang suka
tapi mak pernah beritahu kalau kuah terlalu banyak dan tak sepadan dengan ikan nanti lauk jadi tak sedap pula

terbawa-bawa sehingga besar
semasa di U pon kalau makan nasi berlauk kuah saperti ini, memang kuah akan lebih dari nasi
berlenangan dalam pinggan
kadang tu kawan sindir 'nampak ikan berenang dalam pinggan' tuuuu...

emm...
masing-masing citarasaselera

ok jom tengok resepi sihat ini

Bahan A
10-12 ketul ikan pari

Bahan B (dikisar halus)
1 biji bawang besar
15 biji cili kering (cili kering ini kurang pedas)
sedikit belacan sebesar duit 50 sen

Bahan C
1/2 cekak daun kesom
1 kuntum bunga kantan (dibelah 2)
3 batang serai (diketuk lebam)
2 inci lengkuas (diketuk lebam)
4-5 keping asam gelugor
1 kiub pati bilis 'Maggie'
air secukup nya sebagai kuah
sedikit garam

Cara-Cara Memasak
1. Masukkan kesemua bahan A, B dan C kedalam periuk dan rebus sehingga mendidih dan ikan masak.

* Selamat Menjamu Selera ...

Tuesday, 8 September 2015

IKAN GORENG GARAM ASAM yang sangat sedap dan menyelerakan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua

dah jemu makan ikan goreng ?
jom kita pekena Ikan Goreng 'Garam Asam' !

dengan penambahan sedikit asam jawa dalam perapan ikan dan diperap selama 1 jam atau lebih
menjadikan ikan kita
... lebih menyelerakan
... lebih sedap
... lebih berlemak

tak percaya ?
jom cuba !

lagi-lagi ...
dengan tambahan bawang besar yang digoreng layu dan cili merah yang dipotong potong
lagi menambah-nambah selera kita

untuk kali ini saya cuma gunakan cili merah sahaja
kalau ikutkan hati nak masukkan cili padi
tapi apakan daya...
permintaan ahli rumah supaya masakan 'jangan terlalu pedas'
ikut saja lahhh
walau bagaimana pon tak jadi masalah
semasa makan nanti kita ulamkan dengan cili padi
hehehe...

kali ini ikan perapan saya amat begitu terasa sekali...tersagat-sangat sedap !
kerana ia diperap lebih lama, lebih dari sehari !
maklumlah,  terlupa yang hari tesebut ada jemputan kenduri
jadi hasrat nak menggoreng terpaksa ditunda ke hari berikut nya
tapi tak menjadi masaalah
lagi lama ikan diperap akan lagi terasa keenakan nya

Untuk makluman warna ikan goreng ini akan bertukar menjadi kehitaman semasa menggoreng kerana ada nya asam jawa, tetapi jangan risau kerana ia bukan nya hangit. Malah yang hitam itu lah yang sedap dan isi didalam nya saperti biasa, cuma luaran nya sahaja.
jom..

Resepi untuk 3 orang

Bahan A
10 ekor ikan sardin (boleh juga gunakan apa jenis ikan)
sedikit garam
sedikit kunyit
asam jawa sebesar duit 50 sen (saiz yang lama)

Bahan B
2 biji bawang besar (dihiris tebal)
2 biji cili merah (dipotong tebal menyerong)

Bahan C
Minyak untuk menggoreng

Cara-Cara Memasak
1. Ikan dikelar 2 atau 3 dan diperap selama 1 atau 2 jam denagn bahan A. Lebih lama lebih sedap
2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan sperti biasa.
* Untuk makluman warna ikan goreng ini akan bertukar menjadi kehitaman.
3. Balikkan setelah agak-agak bahagian bawah sudah sedikit garing
4. Angkat setelah masak.

5. Dengan menggunakan minyak yang sama, goreng bahan B sehingga sedikit layu.
6. Kaup dan taburkan ke atas ikan yang telah siap digoreng tadi.

* Selamat menjamu selera ...

Thursday, 3 September 2015

CUCUR SAYUR ... ranggup diluar dan aduhai ! lembut nya texture didalam


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...

lama juga tak bersarapan dengan 'Cucur Sayur' ...

sebenar nya beberapa hari lepas lagi dah ber ia-ia nak masak cucur ni
tapi stok tepung gandum tak mencukupi
dah 2,3 kali dok gelidah laci dapur
nak keluar ke kedai terasa ter'amatttt lah malassss nya

bahan-bahan lain ....
stok jagung masih ada lagi
kucai ?  banyak dalam pasu belakang rumah, siap 4 pasu
bawang ? tak ada masaalah
kacang peas ? baru ja beli beberapa hari lepas di Tesco
taugeh ? masih fresh walau pon dah lebih seminggu saya beli
cuma tepung saja tak mencukupi  ........

entah macam mana pulak, hari ni bila buka laci sekali lagi
terasa nak tengok bungkusan yang terikat kemas
haaa... ada pon bersama tepung beras
apa lagi
jom sarapan ........

Bahan A (Untuk 3 orang)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan air biasa + sedikit garam
1 biji telur ayam gred C (untuk meranggupkan)
2 sudu besar minyak masak (untuk melembutkan) 
sedikit udang hidup yang dibuang kulit (atau ikan bilis/udang kering yang ditumbuk )

Bahan B
2 pokok kucai (dipotong 1 inci)
1/4 cawan jagung mentah
2 cawan taugeh
1 biji bawang besar (dibelah 4 dan dihiris sederhana tebal)
1/4 cawan kacang peas (saya lupa nak masukkan)

* boleh ditambah 1 biji cili potong jika suka pedas

Cara-Cara Memasak
1. Satukan kesemua bahan di atas, air yang digunakan tidak sampai 1 cawan (kurang sikit).
2. Apabila adunan telah rata bercampur, baru dimasukkan bahan B.
3. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali,
3. Jemput adunan (kali ini saya gunakan hujung sudip sebab saya mahukan cucur saya berbentuk panjang) dan goreng. 
4. Balikkan setelah bahagian cucur sedikit keperangan.

* Selamat bersarapan ...

Wednesday, 2 September 2015

GULAI TELUR BUNGA KANTAN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...

beberapa hari lepas saya sediakan 'Gulai Telur Rebus' untuk keluarga saya
sebenar nya kalau nak di ikutkan, saya ni bukan nya peminat gulai telur
kalau gulai Ikan OK lah, suka sangat !
sebab tu saya jarang masak gulai telur

tapi selepas menikmati juadah ini saya dah jadi suka pula
gian !
...rasa masam kari
...kedut-kedut luaran telur yang digoreng seketika
...lembut nya isi telur dibahagian dalam
...ditambah dengan aroma bunga kantan
menjadikan ia terasa begitu sedap dan berselera sekali

sekejap saja habis seperiuk gulai

Bahan A
10 biji telur ayam (direbus, dikopek kulit dan digoreng seketika sekadar luaran telur bertukar keperangan)

Bahan B
1/2 cawan minyak untuk menumis
2 tangkai daun kari
1/2 sudu besar halba campur
4 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1 biji bawang besar atau 6 ulas bawang merah (dihiris nipis)
1 inci halia(dihiris nipis)

Bahan C
3 sudu besar rempah kari Ikan 'Babas'
1 cawan air biasa
5 keping asam gelugor(saiz kecil) atau 4 keping jika bersaiz besar
1 kiub pati Ikan Bilis 'KNOR'
sedikit garam

Bahan D
2 cawan air biasa (untuk menggantikan santan)
1 kuntum Bunga Kantan (dibelah 2)

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam periuk. Pastikan minyak betul betul panas.
2. Masukkan bahan B dan kacau sehingga keperangan dan wangi.
3. Masukkan bahan C yang telah di adun, kemudian besar kan api.
4. Apabila rempah tadi mendidih <> 5 minit, kecilkan api dan biarkan rempah masak secara perlahan sehingga menjadi sedikit kering dengan minyak yang bergeledangan dengan. Setiap 5 minit pastikan rempah dikacau supaya tidak hangit dan berkerak.
5. Masukkan bahan D dan dikacau-kacau supaya rempah sebati dengan air.
6. Terus masukkan telur rebus. Kecilkan api dan biarkan kuah mendidih perlahan-lahan.

* Selamat menjamu selera ...

Tuesday, 1 September 2015

LEMPENG Pisang Kelapa Jagung........ yang lembut dan menyelerakan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...

Beberapa hari lepas saya beli 1/2 sikat pisang
bagi separuh pada kakak saya
tinggal separuh lagi untuk saya
sehari makan sebiji...sebiji  
tu pon tak habis 
masih ada lagi 4 biji
dah beberapa hari dok dalam bakul atas meja makan
makin lama... hari hari makin ranum
jadi pindahkan ke dalam peti sejuk
simpan lagi 3 hari
buka peti ais je ..nampak pisang
buka peti ais je ..nampak pisang
masuk hari ke 4 baru keluar dari peti ais, baru buat lempeng 
tunggu mud datang dulu
hehehe ...

adoii...
sedap pula lempeng ni....lembut, manis, lemak, masin !
dah lah buat sikit ja
cukup lah sorang sekeping ... 

lain kali nak buat lagi

Bahan A
4 biji pisang emas (<> 150 gram)
30 gram tepung gandum
10 gram gula putih
sedikit garam

Bahan B (Inti)
1 cawan sedikit kelapa parut (yang putih)
1/2 tongkol jagung (rebus dahulu)
sedikit garam

Bahan C
1/2 pelepah daun pisang (dibersihkan/dilap) 

Cara-Cara Memasak
1. Lenyek kan pisang dan gaulkan bersama bahan A.
2. Gaulkan bahan B biar rata.
3. Panaskan kuali leper
4. Letakkan daun pisang dan sendukkan adunan A keatas daun pisang dan ratakan. Jangan terlalu penuh.
5. Ambil sejemput inti dan letakkan ditengah (tidak perlu diratakan)
6. Lipat 2 daun pisang itu.
7. Balikkan lempeng setelah bahagian bawah sedikit keperangan.

* Selamat menjamu selera ...