KETAYAP PEDAS yang lembut sampai kepetang... kalau masih berbaki


Assalamualaikum semua..

Hajat hati sebenar nya ingin menjemput rakan sekerja yang pernah sama-sama berkhidmat di DBP ke rumah apabila saya tahu beliau datang ke Utara hujung minggu lepas.
kawan lama datang dari jauh ni ...

Tetapi...
oleh kerana tiada no telefon beliau, saya cuba menghubungi nya melalui FB 
gunakan kemudahan yang ada lah...
hantar private message...
pada masa yang sama saya sediakan inti kuih terlebih dahulu
bila tamu datang senang saja nanti kan 
baru kita bancuh kulit nya dan masak
makan panas-panas......sedap sedap

tapi...
mungkin telefon nya ada masaalah telecomunikasi
message yang dihantar tak dijawap

tak apa lah
tak ada rezeki nak berjumpa kawan lama..
OK Jom kita tengok resepi ini
memang 5 **
kalau kelembutan Roti Sorai  boleh bertahan ke petang,
kelembutan Kuih Ketayap ini pon sama saperti roti sorai tu.. boleh bertahan kelembutan nya
sampai malam pon masih lembut saperti baru di masak..
itu pon kalau masih ada baki yang tinggal ...
lembut sangat sangat
adunan kulit ini sama dengan adunan kuih Cara Berlauk ini

nanti.. bulan posa
nak buat kuih ni.. 
guna resepi ni lah..
sedap !!!
lambat lagi kan nak posa ! hehehe...
tak apa kita rancang awal awal kan

ADUNAN TEPUNG
Bahan A
1 cawan tepung gandum
1.7 cawan air biasa (lebih sedikit dari 1 1/2 cawan)
3 sudu besar santan pekat (saya guna santan kotak saja)
2 sudu besar minyak masak (untuk melembutkan)
2 biji telur ayam (gred C)
sedikit garam
sedikit kunyit atau pewarna kuning

Bahan B
kuali melengkung / nonstick pan (* seelok nya guna kuali melengkung)
1 helai daun pandan
sedikit minyak untuk dilenser pada dasar kuali
Kuali Melengkung
INTI
Bahan C
1 sudu besar minyak utk menumis
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 tangkai daun kari
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang

Bahan D
300 gram daging (dipotong kecil)
3 sudu besar penuh rempah kari daging
sedikit air (untuk melembutkan daging)

Bahan E
1 ketul dada ayam (dipotong kecil) 
1/2 kiub daging lembu 'Knor'
sedikit garam
1 biji ubi kentang (dipotong kiub kecil dan direbus 1/2 masak dan ditoskan air nya)

Bahan F
2 biji telur
3 tangkai daun Sup
5 biji cili padi (Boleh digantikan dengan cili merah)
2 biji bawang besar (dibelah 8 dan dihiris tebal)

Cara-Cara Menyediakan Kulit:-
1. Satukan kesemua bahan A dan blend sehingga ia bercampur dengan sempurna.

Cara-Cara Memasak Inti:-
1. Panas minyak dalam kuali dan tumis bahan C sehingga naik bau.
2. Masukkan bahan D dan masak sehingga daging lembut dan rempah sedikit pekat.
3. Masukkan bahan E, gaul rata dan tutup tudung kuali dan kecilkan api. Biarkan seketika supaya ayam dan kentang masak sepenuhnya.
4. Tolak inti ke tepi kuali dan pecah kan telur. Biar telur 3/4 masak baru masukkan bahan F yang lain. Ratakan semua sebelum diangkat.
5. Keluarkan/asingkan daun kari, kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga dari inti

Cara-Cara Memasak Kulit ketayap:-
1. Panaskan kuali melengkung dan lenserkan sedikit minyak pada dasar kuali dengan daun pandan
* Sila pastikan tiada lebihan minyak yang bertakung.
2. Sudukan adunan kebahagian tengah kuali dan lenggang sehingga semua tepung melekat pada kuali. Untuk kuih ini kita boleh lenggang lebih dari 1 pusingan, iaitu lebih dari 360 darjah.
3. Tunggu sebentar sehingga tepung masak dengan sempurna dan bahagian bawah sedikit keperang-perangan. Jika kulit masak dengan elok, bahagian tepi kulit akan lekang dari kuali dengan sendiri nya
4. Tidak perlu dibalikkan. Terus angkat kulit ketayap dan letak di dalam pinggan
5. Isi kan sedikit inti pada bahagian tepi kulit dan gulung separuh, kelim/lipat ke dua-dua bahagian tepinya dan teruskan menggulung.
6. Ulang langkah 2 hingga 5 sehingga habis.
* Minyak dileserkan pada dasar kuali hanya jika perlu sahaja iaitu jika didapati tepung melekat pada kuali.
Bahagian Tepi lekang dari kuali
* Selamat Menjamu Selera ..


4 comments:

  1. Tak pe... saya gantikan tempat tetamu yang tak sampai tu he he hee.... tapu 10 ketui naaa...

    ReplyDelete
  2. Tqvm bnyk2 kongsi resipi & tips guna kuali. Sya x ada nonstick pan & prnah fail buat kulit kuih dadar ni. Blh cuba cara yg puan share next time 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2. Akak pon dah lama tak masak kuih ketayap ni.. Rasa teringin lah pulak

      Delete

Powered by Blogger.