NASI BERIANI PAHA KAMBING ... Re-Union 'USM Computer Science' di Puncak Mutiara Cafe


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Hari ni tak nak cerita pasal resepi.
Kita tukar cerita ...
Cerita pasal tempat makan yang sedap dan 'pemes' kat Penang ni iaitu PUNCAK MUTIARA CAFE

Sebelum sebelum ni,  saudara saya pernah berkali ajak makan-makan kat sini,
Tapi saya tolak, alasan... malas nak keluar, nak dok rumah ja.
Maklumlah masa tu saya sentiasa berulang alik KL-Penang Penang-KL rasa penat sangat.
Lagi pon penat kerja seharian dipejabat, jadi hujung minggu nak habiskan masa duduk rumah pula, layan kucing kucing kesayangan.
Tambah-tambah paras malas melebihi tahap makan jadi saya buat 'dek' ja lah.

Tapi depa dok gebang-gebang kata sedap !
.....roti cicah sup kambing,
.....susu kambing kelapa muda
.....lauk lauk masakan kambing
entah apa-apa lagi menu saya dah tak ingat,

Emmm...dalam hati ' teringin juga !'
Tapi sebab penat, semua ajakan saya tolak

Lani....
24jam  x 7 hari dah pindah dok Penang,
Depa pulak lupa nak ajak dah
ih ih ihhhhhh....

Nak jadi cerita...
Pada raya posa hari tu, kawan-kawan buat re-union.
Rasa seronok juga nak jumpa kawan yang dah 20 tahun lebih tak jumpa.
Teruja sangat sangat.
TAPI sedih nya tak dapat nak joint, alasan jauh sangat !  kat seremban nu.
Kalau masa dok KL dulu tu, seremban tu rasa dekat juga.
Ni dah pindah Penang, nak pi seremban ? emm...... kena pikir 10 kali.
Ramai juga kawan yg kat Utara ni tak join, jauh kata depa !

5 bulan lepas depa plan nak buat kat belah utara ni pulak
Emm.. syok nya !
Lagi pulak ada kawan tolong arrangekan, lagi senang lah
hehehe........
Nak buat kat Puncak Mutiara Cafe .. katanya
Cafe kawan kita...
Sapa ???
Safiah...
ya ka ? tak tau poooon.........
La.. selama ni semua dok cerita pasal cafe tu, saya tak tau pulak tu cafe kawan sendiri
Tapi Alhamdulillah.
Tumpang rasa bangga kawan sekuliahku kini menjadi salah seorang Usahawan yang berjaya.

Pada 10 Nov.. kali pertama saya berkunjung ke PUNCAK MUTIARA CAFE untuk berbincang pasal Re-Union.
Walaupon jarak dari rumah dengan cafe hanya lebih kurang 2.5 kilometer, tapi kerana saya ni jarang berjalan dan tak berapa mesra alam,
maklum baru berpindah balik ke Penang, jadi saya terpaksa guna khidmat WAZE,
uii... senang ja nak cari tempat ni walaupon sedikit kedalam kampong.


Pilihan kami nak sembang-sembang kat pondok berdekatan saja.
Sambil minum Jus Kalamansi.
Nak makan rasa kenyang lagi sebab baru ja makan kat rumah sebelum keluar tadi.
Eemm... sedap pula juice ni !
Balik rumah terus pi beli limau Kasturi dan Asam Boi.
Dah hasil nya ... taraa calamansi-juice-yang-sedap-dan menyegarkan

Mengikut perancangan awal, ramai yang setuju nak datang
Dari Seremban, Kuala Lumpur, Putra Jaya dan Kedah
Uuiii seronok nya.........

Tapi..
Hampir pada hari yang dinantikan, ada beberapa rakan tak dapat hadir atas alasan urusan kerja, kursus dan sebagainya.
Walaubagaimana pon acara Re-Union ini tetap ON dan HAPPENING sangat !

Sebelum apa-apa jom kita posing dulu ..

Soalan biasa
Soalan pertama bila jumpa.
...Cuba teka siapa saya
...Dok mana la ni ?
...Anak dah berapa  ?
...Cucu dah berapa  ?
...Kerja kat mana la ni  ?
Ada yang sikit montel,  ada yang slim, ada yang maintain
Yang penting semua sihat
Alhamdulillah......

Seronok sembang-sembang, teringat kisah-kisah zaman remaja.
Sambil-sambil tu pilih apa nak makan

OK .........agreed
Nasi Beriani Paha Kambing
Nasi Beriani Ayam Kampong
Nasi Goreng Ayam Kampong
Nasi Putih Sup Ekor
Cendawan Goreng Mutiara
Keropok goreng
Chicken Chop
Ayam Kampong Goreng
Ais Cream
bla.. bla.. bla..

Tak ketinggalan Cili potong ye, yang ni jangan lupa .........

Emm...
Sedap nya !
Tak panggung kepala melayan nasi beriani paha Kambing

Tambah-tambah...
Jangan malu malu...
hehehe...




Makan dah...
Sembang sembang pon dah...
Sebelum balik tu sempat minta owner of the cafe, Datin Safiah bawa kami jalan-jalan tengok kawasan, tinjau-tinjau cafe dan ladang yang luas ni

Tempat pertama yang kami tuju...
Singgah di kediaman Datin Safiah sekejap untuk menunaikan solat.
Alhamdulilah..cantik rumah
Tumpang bangga dengan kejayaan kawan ku ini !



Sempat bergambar dalam rumah yang tersergam indah sebagai kenang-kenangan !
Bayangkan... macam ratu cantik kan !

Meow pon tak nak ketinggalan
nak juga enterprame !

Siti dan anak-anak...

View dari balkoni.....
Jelas kelihatan kampong pelet dan kampong berdekatan dengan pohon yang menghijau.
Sejuk mata memandang,
Amat mendamaikan,
Jauh dari hiruk pikuk kenderan,
Suasana yang begitu menenangkan fikiran.


Meninjau kebawah...
Pondok-pondok makan yang bersebelahan dengan kolam ikan. 


Yang ini pula view dari tingkap bilik...
Jelas kelihatan kolam renang dengan pokok nyok yang terbuai-buai di tiup angin bukit.



Chalet juga disediakan disini...
2 dari beberapa buah Chalet yang terdapat dalam kawasan Cafe dan Ladang.


Senyum........Cheese 


Jangan tak percaya....
Kita juga boleh pilih untuk makan-makan dibawah pohon anggur.
Tapi sayang...
Buah anggur selalu nya tak sempat nak membesar, habis dipetik oleh penggunjung cafe yang teruja.


Lawatan seterusnya ke salah sebuah Kandang Kambing yang terdapat dalam ladang, tak jauh dari cafe.
Kandang yang luas dengan beratus ratus ekor kambing yang diternak sendiri untuk bekalan cafe dan juga pasaran.
Kebersihan kandang memang dijaga rapi oleh petugas khusus yang dilantik..
...bersih !


Jom..
Kita pakat panjat 'tangga kambing',
Pertama kali saya tengok tangga yang dibina khas untuk kambing, lain dari yang lain.
Punya nak tengok kambing saya terpaksa tanggalkan kasut.
Maklumlah kasut bertumit tinggi, nak control ayu...

Pose istimewa dari Nurian dan Datin Safiah ..



Lawatan ke kawasan tanaman 'RockMelon' bersama anak Siti.
... cheese


Berhenti rehat ditepi kolam Ikan Emas. 
Sambung sembang...
tak puas sembang tadi ... 


Sebelum balik kami berhenti sekejap di pondok yang berdekatan.
Order beberapa gelas air untuk hilangkan dahaga dan penat keliling ladang tadi.
Sambil-sambil tu ambil kesempatan untuk pose dengan pemilik Cafe dan Ladang, Datuk Abd. Halim Ahmad bersama isteri Datin Safiah Mat Nasir.


Jika ada yang bertanya pendapat saya tentang menu dan perkhidmatan cafe, ini jawapan dari saya...
"hari yang berikut nya saya berkunjung lagi untuk dapatkan  'Nasi Beriani Paha Kambing'"

hasil nya.. tara...
Nasi yang seroi, lembut dan beraroma,
Paha Kambing yang amat lembut dan tidak berbau,
Sambal Tomato yang perghh !! sedap giler...
Dalca Daging yang beraroma dan sedap.

Mengikut statistik Cafe.....
 'Nasi beriani Paha Kambing'  dan 'Susu Kambing Kelapa Muda'
adalah menjadi pilihan ramai

Jom ramai-ramai kita Bersantai Sambil Menjamu Selera di
PUNCAK MUTIARA CAFE
  Lot 179, MK 3, Kampung Pelet,
  Kampung Pelet
  Kubang Semang
  Pulau Pinang, Malaysia

Coordinate dari Google Map
  5.415249,100.456138

atau boleh layari website rasmi ...www.puncakmutiara.com

Kepada Nurian,
Terima kasih kerana tolong arrangekan pertemuan ini,
Terima kasih juga kerana belanja kita orang.
Moga ALLAH murahkan lagi rezeki Nurian dan keluarga. 
Aminn...

Jangan lupa episod seterus nya dimana saya akan membawa anda berjalan keliling cafe dan ladang serta kita tinjau menu-menu yang disediakan
TUNGGUuuuuuuuuuuu

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.