SUP TULANG .. sipi sipi Tomyam yang sungguh sedap !


Assalamualaikum semua

Kalau dah peminat Sup, sebarang jenis sup memang saya tak tolak
sup nasi ayam ka...
sup kambing ka...
sup ikan ka ...
sup kosong pon boleh !

Semua menjadi kegemaran
Makan berulamkan cili padi
Amboii !
Memang tak pandang kiri kanan

Bercakap pasal sup ini.....
Salah satu gerai yang kerap saya bertandang ketika menetap di Kuala Lumpur dahulu adalah D'JU Cafe yang terletak di Bandar Tun Hussein Onn
Boleh dikatakan pelanggan tetap
Dah balik kerja selalu lewat malam... apa lagi call je lah
On the way balik, singgah ambil order

Sup nya memang power sedap.. walaupon sup kosong !
Dah cuba bertanya untuk mendapatkan resepi tapi biasa lah orang berniaga kan
Tak apa..
Kita cuba-cuba..
In sya ALLAH ada rezeki menjadi lah tu

Jadi untuk kali ini saya cuba resepi yang saya google dari internet, manalah tahu kot-kot menjadi kannnn....
Rasa sup kali ini ada sipi sipi tomyam, walaupon tak dimasukkan sebarang rempah tomyam..
Walau bagaimana pon memang sedap !

Jom...

Bahan A
1 kilo Tulang
2 inci halia
1/2 sudu besar lada hitam (saya biarkan sebiji sebiji)
1 biji bawang besar (dibelah 4)
Air secukup nya untuk merebus tulang

Bahan B
sedikit minyak untuk menumis
3 ulas bawang putih (diketuk)
1 biji bawang besar (dihiris)
2 batang serai (diketuk) *
1/2 pokok daun sup (dipotong ~ 1 inci)

Bahan C
2 helai daun limau purut *
2 biji limau kasturi
10 biji cili padi (diketuk lebam)
2 biji bawang besar (dibelah 8)
2 Batang saleri
1 pokok Daun ketumbar
2 Tomato biji
Sos Ikan (Sos Nampla)
sedikit garam

Nota:
* Jangan lebih nanti jadi tomyam pula
# Tidak perlu dimasukkan sebarang kiub atau perasa tambahan kerana Sos Ikan telah mempunyai rasa nya tersendiri

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan bahan A dalam periuk tekanan dan masak sehingga daging lembut. Kebiasaan tempoh merebus mengambil masa 1 jam bermula dari detik periuk berbunyi (menandakan sup sedang mendidih) .
2. Panaskan minyak didalam kuali dan tumis bahan B sehingga bawang garing dan daun sup kecut. Tuangkan kedalam periuk berisi daging yang telah dimasak tadi.
3. Masukkan Bahan C, biarkan seketika dan boleh lah dihidangkan.

* Selamat Menjamu selera

No comments:

Powered by Blogger.