AYAM MASAK KICAP BEREMPAH MAMAK PENANG ...WOW ! Marvelous sedap...
Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua..
Lauk ayam masak kicap........
Resepi ini saya dapat apabila google melalui media internet yang membawa ke FB Mamak Haji DI-SINI.
Sebenar nya dah tak tahu nak masak apa dengan ayam yang terperap dalam peti sejuk beku yang dah berminggu.
Saya bukan peminat tegar masak hitam.
Makan tu memang makan.
Tapi kalau ada lauk lain, Masak hitam menjadi akan pilihan terakhir saya.
Tapi yang ini memang marvelous !
Marvelous !
Marvelous !
Marvelous !
Memang Marvelous !
Lima bintang *****
Terima kasih Mamak Haji kerana kongsikan resepi ini.
Jom kita masak
Bahan A (Gaul dan perap 1/2 jam)
1 ekor ayam. Berat sekitar 1.6 - 1.7 kg (dipotong 16)
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
Bahan B
1 batang serai (di ketuk di perdunya)
3 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
Bahan C
1 sudu besar Pes Bawang Putih dan Halia (Rujuk dibawah)
Bahan D (dikisar halus)
3 Biji bawang besar (dikisar halus)
Sedikit air (Jangan terlalu cair. Kisaran 1:1 dengan air)
Tujuan bawang merah adalah untuk mendapatkan kuah. Sekiranya anda tidak mahu kuah yang lebih anda boleh kurangkan jumlah bawang.
* Saya gantikan air dengan sedikit minyak masak
Bahan E
2 sudu besar rempah Kari Daging
1/2 sudu kecil garam masala
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu kecil serbuk Jintan manis
1 sudu kecil serbuk Jintan Putih
1/2 sudu kecil serbuk kas-kas (tidak kemestian)
1 sudu besar serbuk cili. Mengikut kepedasan yang anda inginkan. * Saya gantikan dengan 12 biji cili padi yang diblend halus
1 sudu kecil serbuk lada hitam.
3 sudu besar kicap pekat 'Mee Yakin'. Kehitaman masakan terpulang pada cita rasa anda. * Saya gunakan Kicap Lemak Manis 'Alif'
Garam
Gula secukup rasa. * Saya tak masukkan sebab telah gunakan kicap manis diatas
Bahan F
1 sudu kecil jus limau nipis1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam sehingga 75% masak dan angkat.
* Saya tutup kuali semasa menggoreng untuk mengekalkan ke-moist-an isi ayam dan memastikan isi ayam masak dengan sempurna.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan serai yang telah diketuk.
Sederhanakan api dan tumiskan bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga (bahan B).
3. Apabila naik baunya, masukkan pes bawang putih halia (bahan C) sehingga baunya naik kembali.
4. Segera masukkan kisaran bawang (bahan D) dan tunggu sehingga bawang benar-benar masak ia-itu hampir kekuningan dan naik bau.
5. Masukan semua bahan-bahan rempah (bahan E) dan biarkan kuahnya didih dan menjadi pekat
6. Masukan ayam yang telah goreng separuh masak. Kecilkan api dan biarkan selama 10 minit - 15 minit di masak.
7. Rasa kemasinan. Sekiranya kurang masin tambahkan garam tapi sekiranya terlebih masin boleh ditambahkan sedikit gula.
8. Tutup api dapur dan masukkan perahan air limau nipis (bahan F).
9. Keluarkan masakan dan hidang dengan taburkan bawang goreng.
PES HALIA BAWANG PUTIH
Bahan A
* 1 cawan Halia (dibuang kulit dan dicincang kasar)
* 1 cawan Bawang Putih (dibuang kulit dan dicincang kasar)
1/4 sudu kecil Serbuk kunyit (untuk mendapatkan warna yang cantik)
3/4 sudu minyak masak (untuk mengelakkan pes cepat basi)
sedikit garam
Nota: * Sukatan selepas dicincang
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Kisar halia sehingga halus.
2. Kemudiaan masukkan bawang putih, serbuk kunyit, garam dan minyak dan kisar lagi sehingga halus dan bercampur rata.
3. Masukkan dalam botol saiz jem dan simpan di peti sejuk.
Gunakan sudu semasa proses penyediaan dan penggunaan untuk memastikan pes tahan lama ia-itu sekurang-kurangnya 6 bulan.
* Selamat Menjamu Selera ...
Resepi mamak haji memang special... teliiti betul beliau tu, byk pengalaman.
ReplyDeleteterima kasih resepi..boleh cuba ..jemput singgah blog saya ea: dirawanhartawan.blogsport.com
ReplyDeleteAyam masak kicap mamak style terbaiiiik
ReplyDeleteDh cuba. Sdp... Wlpn terlupa Buh serbuk cili atau ganti kan dgn cili. Mmg x mkn pedas pn
ReplyDelete