SAMBAL GORENG JAWA ... antara yang paling sedap pernah makan !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua..

Yaaaa ....
Saya bukan orang Jawa.
Memang sah tak tahu cakap jawa pon !
Kalau dengar kawan bercakap pelat jawa, lagi lah tak paham . Kannn !
hehehe...

Tapi...
Saya pernah  makan makanan orang Jawa.
Sewaktu berkhidmat dahulu, ada yang bau-bau bacang disitu.
Bila orang belanja, kita makan lah !
Bila kawan adakah kenduri, kita makan juga !
Bila adakan potluck, , kita makan bertambah-tambah !
Salah satu menu yang kerap disediakan adalah Nasi Ambeng dengan Sambal Goreng Jawa .

Kalau kita google dalam internet memang banyak versi Sambal Goreng Jawa.
Tapi kali ini saya nak share resepi yang disedikan oleh anak saudara saya.
Maklumlah dah jadi menantu orang Johor yang berketurunan Jawa.
Jadi kenalah pandai masakan Jawa kann..
Kita pon tumpang lah belajar juga.
heh heh heh !!!
Secara jujur nya ini adalah Sambal Jawa yang sangat sedap pernah saya makan.
Mungkin ada yang lagi sedap ...Tapi bagi selera saya, ini yang the best !
Masak untuk kali kedua dalam seminggu....baru sempat untuk berkongsi dari beliau.

Tanpa perasa tambahan atau pon gula, memang saya admire sambal ini ...
Yang menjadikan ia bertambah sedap adalah penggunaan bawang yang banyak dan ia digoreng sehingga benar-benar masak disamping juga Kicap Lemak Manis dalam sambal ini.


Jom kita jengok resepi ...

Bahan A (Digoreng secara berasingan)
Minyak untuk menggoreng
3 keping Tempe *
2 ketul Tauhu  *
1 biji ubi Kentang  *
3 ketul Hati Ayam
10-12 ekor Udang Hidup sederhana besar (dibuang kulit)
* Dipotong sederhana besar

Bahan B (Diblend halus menngunakan minyak masak / tanpa air)
Sedikit minyak
10-12 ulas Bawang merah
4 ulas Bawang putih
6-8 biji Cili Padi
1 inci Halia
1 camca besar udang kering

Bahan C
Kicap Lemak Manis 'Kipas Udang' (lebihkan)
Sedikit kunyit
Sedikit garam

Bahan D
1 biji Lobak Merah
4 urat Kacang Panjang
Kubis
Pucuk

Bahan E
Soun (direndam)
Cili Merah
Cili Hijau

Cara-Cara Menyediakannya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng bahan A diatas secara berasingan dan ditoskan minyak.
* Udang digoreng sekejap sahaja untuk mengelakkan menjadi liat.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bahan B sehingga bawang bertukar keperangan dan terbit aroma yang sedap.
 * Bawang blend jika kurang masak dan garing akan menghasilkan aroma yang kurang sedap dalam masakan.
3. Masukkan bahan C dan goreng seketika.
4. Masukkan sayur-sayur mentah (bahan D).
5. Apabila sayur sudah 3/4 masak, masukkan bahan A yang telah digoreng tadi dan Suun. Gaul rata.
6. Sebelum angkat masukkan Cili Merah dan Cili Hijau untuk menjadikan ia lebih berwarna warni
7. Siap untuk dihidangkan.

* Selamat Menjamu Selera ...

9 comments:

  1. Wong Jowo sudah datang ni... nak bantu ratah2 hihihiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawa mariiii......
      Jawa mariiii......
      Jom ! jom ! kita ratah sama-sama depan TV. Tak sedar pon dah licin !

      Delete
    2. Wong jowo dari jowo pun dah datang. Kita bawak nasi dan tupperware sekali buat tapau hihi.
      Salam kenal, jom tengok2 blog kita ^_^

      Delete
  2. kalo balik johor mesti mak mertua masak.. memula tak reti makan.. lama2 reti dah.. heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jueliza, Saya pon dulu tak reti makan,Tapi bila dah rasa.. sedap pulak

      Delete
  3. waaah nmpk sedap, tapi x tau bila nak cuba....huhuhu...sama la kita pon bukan org jawa tp asal nmpk sedap jer semua kita makan.

    ReplyDelete
  4. Emak dan mbah saya orang jawa. Duduk Bangi tak ngomomg jawa

    ReplyDelete
  5. Emak dan mbah saya orang jawa. Duduk Bangi tak ngomomg jawa

    ReplyDelete

Powered by Blogger.