KERABU SARDIN DAUN SELOM ... pembuka selera !

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum semua...

Hari ini saya sediakan Kerabu Daun Selom untuk menu tengahhari.
Saya campurkan dengan ikan Sardin sedikit untuk lebih menyelerakan.

Terpulang kepada selera masing-masing jika mahukan lebih ulam boleh dilebihkan daun selom.
Jika mahukan kerabu yang sedikit berair, boleh dimasukkan kuah sardin sedikit. Jika tidak memadai dimasukkan isi ikan sahaja.
Memang sedap dan amat menyelerakan sekali.

Saya campurkan juga dengan nenas untuk terbitkan rasa masam manis.
Disatukan dengan perahan air limau kasturi atau limau nipis untuk mengurangkan bau hanyir ikan.



Jomm..

Bahan A
1 tin Sardin (tin kecil 230g)
sedikit belacan (sebesar anak jari)

Bahan B
1 ikat daun selom (dihiris kasar)
2 biji bawang besar (dihiris kasar)
8 biji cili padi merah (dihiris)
1/3 biji nenas 'manis' (dihiris sederhana tebal)
1 biji limau nipis (diambil jus nya)
Sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Masukkan isi ikan sardin bersama sos tomato kedalam periuk dan panaskan sekejap.
2. Buang lebihan sos tomato dan lenyek ikan bersama belacan.
3. Masukkan kesemua bahan B diatas dan gaul rata.
4. Siap untuk dihidangkan.



1 comment:

Powered by Blogger.