RENDANG LADA HITAM ITEK SALAI ... memang lama mengidam nak makan !
Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum semua...
Lama saya tak bersiaran
Bukan nya apa.. berkunjung sekejap ke Kuala Lumpur untuk menguruskan rumah sewa disana.
Bersihlah rumah yang dah macam tongkang pecah..ditinggalkan oleh penyewa
Dan betulkan apa-apa yang rosak.
emmm...Stress sungguh !
Saya dulu pon pernah menyewa rumah juga,
Tapi saya jaga dengan baik macam rumah sendiri,
Maintain dan bersihkan rumah selalu..
Perabot yang rosak akibat kecuaian, akan di baiki sebelum di pulangkan kembali kepada owner rumah.
Macam mana kita mula masuk dulu, cuba pulangkan sebaik boleh kepada tuan rumah.
Nak dapat penyewa yang menjaga rumah kita macam rumah sendiri memang susah,
Penyewa yang cermat dan pembersih,
Nasib lah kalau dapat !
Dah kesana, saya bermalam dirumah anak saudara di Port dickson selama 6 hari
Sempat jalan-jalan ke Kuala Pilah untuk mencari Itek, Ikan dan daging Salai yang lama mengidam nak makan.
Tapi cuma Itek dan Keli salai saja yang dibeli, yang lain tak berkenan dihati
Tips mencari lauk salai ni.. pastikan ia masih beminyak/moist/lembut lagi dan kalau ada yang sedikit berair lagi baik. Jangan beli yang dah kering.
Nasib saya baik dapat itek yang memang 'sedang' disalai.
Harga seekor RM 50, habis kurang dapat lah RM 45.
Sambar 2 ekor. Satu untuk saya dan satu kakak punya
Sebelum tu dah beli seekor RM 40
Dah jadi 3 ekor semua nya.
Beli juga keli salai 8 ekor RM 20. besar-besar !
Puas makan nanti !
Jom hari ini saya nak kongsi resepi RENDANG LADA HITAM ITEK SALAI
Disebabkan itek ini bersaiz besar, jadi saya masak separuh sahaja, dapat dalam 16 ketul
Itek ini kalau dipotong kecil pon tak apa kerana texture nya tak selembut ayam.
Jadi kalau masak rendang memang elok-elok lah
Kalau masak gulai pon boleh, tapi mesti direbus lama sedikit sebelum dimasukkan santan pekat.
Saya rendam sekejap ketulan isi itek ini dalam air dan kemudian bilas. Tujuan nya adalah untuk memastikan ia bersih dari pasir yang melekat semasa proses menyalai.
Bahan A
1/2 ekor itek salai (potong kepada 16 ketulan)
Bahan B (blend halus)
6 camca besar minyak masak
2 ulas bawang besar
1 tongkol bawang putih (~10 ulas)
3 camca teh lada hitam biji
2 camca teh ketumbar biji
1 camca teh jintan manis biji
1 camca teh jintan putih biji
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
8 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
2 batang serai1 inci halia
1 inci lengkuas
2 biji buah keras
sedikit air
Bahan C
1 camca besar kerisek
1 camca teh kunyit serbuk
200 ml santan pekat (saya guna santan kotak)
3/4 kiub pati daging 'KNOR'
1 keping asam gelugor (bersaiz besar)
sedikit garam
Bahan D
1 helai daun limau purut (dihiris halus)
1 camca besar minyak sapi 'Ghee Blend'
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan bahan A, B dan C dalam kuali dan masak dengan api yang perlahan sehingga kuah menjadi pekat.
2. 10 minit sebelum angkat, masukkan bahan D.
* Selamat Menjamu Selera ...
No comments: