SAMBAL BILIS ...yang awaresome aka terlajak sedap !

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum semua...

Sambal bilis ini saya sediakan semalam....aka.. tengah/larut malam
Terasa lapar pulak..malam malam
Buka peti ais tutup peti ais, buka peti ais tutup peti ais,
Nak masak apa lah malam malam buta ni
Last-last putuskan sambal bilis aja lah....
Teringat sambal ikan bilis yang dimasak oleh arwah Emak
Memang saya akan ulang makan berpinggan pinggan

Sambal bilis yang dimakan dengan nasi putih memang dimasak tanpa gula. Hanya manis bawang sahaja.
Tetapi jika dimakan dengan nasi lemak baru saya tambah 1 camca gula untuk balancekan dengan kelemakkan nasi dan sambal nya memang dimasak agak pekat.

Tapi kali ini memang saya tak nak pekat-pekat sangat. memadai biasa-biasa saja.

Semalam ... walaupon dah tengah malam, saya masih boleh habiskan berpinggan nasi juga lah..
Hilang semua pantang larang ...

Sebab sambal ini saya masak lain dari yang lain.
Nak tahu jom kita tengok resepi .........



Bahan A
sedikit minyak untuk menumis
3 ulas bawang putih (diketuk)
1 biji bawah besar (dimayang nipis)
~1/2 inci ikan tenggiri masam  *kalau ikan besar, kurangkan sikit (dibuang tulang)

Bahan B (diblend halus)
12 biji cili kering
10 biji cili padi merah
sedikit belacan (sebesar jari kelingking)
sedikit air

Bahan C
1  mangkuk kecil ikan bilis
1 biji bawang besar (dihiris tebal)
1/2 kiub pati ikan bilis
2 keping asam gelugor (boleh digantikan dengan jus asam jawa)
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang putih sehingga layu.
2. Masukkan bawang besar, kacau-kacau seketika dan terus masukkan ikan tenggiri masam.
3. Goreng sehingga bawang hampir kekuningan dan berbau aroma ikan tenggiri masam/masin.
4. Baru dimasukkan bahan B dan kesemua bahan C (kecuali garam).
5. Perlahankan api dan biar sambal masak dengan sempurna, sedikit pekat dan terbit minyak.
6. Akhir sekali perasakan dengan garam.

* Selamat Menjamu Selera ...

No comments:

Powered by Blogger.