Saturday, 29 July 2017

MEE HOON GORENG TOMYAM LEMBAP ...lembut tapi tak hancur atau putus


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua !

Menu petang semalam 
MEE HOON GORENG TOMYAM LEMBAP

Bahan perencah untuk mee hoon kali ini saya pelajari dari rakan sekerja sewaktu berkhidmat dahulu.
Saya gabungkan dengan cara saya dan hasil nya  tara.....

Rakan saya ini boleh dikatakan kerap juga bawa mee hoon Tomyam versi beliau kepejabat. Terutama kalau ada jamuan PotLuck.
Bihun nya aduhhh !! Kecur kalau teringat !!!

Itu yang saya gabungkan untuk goreng mee hoon goreng kali ini.

Cara menggoreng pulak, saya lebih suka menggunakan garfu untuk meratakan bahan-bahan nya supaya tidak putus. Kalau masak banyak susah juga ni hehehe...
Tapi ini bergantung juga, jika kita menggunakan air yang berlebihan memang sah-sah akan hancur/putus juga  Jadi air tu kena pandai-pandai agak lah.
Dan lagi satu jangan terlalu kerap dikacau atau diratakan....


Saya sertakan VIDEO dibawah ini atau boleh layari IG saya FHAselemak santan

Tapi harap maklum ....
95% video berjaya dirakam, tapi 5% missing.😔  .. atas sebab masalah teknikal.
Tapi tak mengapa boleh rujuk langkah 10-15 saperti yang tercatat dibawah ....


Bahan A
3/4 paket Mee Hoon / Bihun (direndam dalam air biasa selama 1/2 jam dan di toskan airnya)

Bahan B
Sedikit Minyak untuk menumis
8 ulas Bawang Putih (dihiris)
1 biji Bawang Besar (dibelah 4 dan dihiris)
1 senduk kecil Cili Kering Kisar
3 batang serai (diketuk)
1/4 ekor ayam
1/2 mangkuk kecil hirisan Daun Sup
1/2 mangkuk kecil hirisan Daun Bawang
Air secukup nya (Tak perlu banyak sekadar untuk melembutkan dan melembap kan mee hoon saja)
5 camca besar Cuka Makan
1 kiub Tomyam
1 1/2 camca besar Gula Putih
1 camca besar Sos Tiram
Sedikit garam

Bahan C
1 mangkuk kecil hirisan daun ketumbar
3 helai daun limau purut (dikoyak-koyak saja)
2 mangkuk kecil hirisan karot
8-10 biji cili padi (diketuk pecah/dihiris menyerong)
Segenggam bawang goreng

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga layu.
2. Masukkan bawang besar dan terus goreng sehingga layu juga.
3. Masukkan cili kisar dan kacau sehingga cili masak. Pastikan api perlahan kerana kita tidak menggunakan air tambahan.
4. Masukkan serai dan ketulan ayam. Kacau supaya bahan tumis berpalut pada ayam.
5. Perlahan api dan tutup tudung periuk. Masak agak-agak selama 5-7 minit.
6. Kacau ayam dan terus masak selama 7-10 minit tambahan.
7. Masukkan hirisan daun bawang dan sup. Ratakan.
8. Masukkan air secukup nya.
9. Masukkan Cuka, kiub tomyam, gula dan garam.
10. Biarkan Kuah mendidih semula.
11. Masukkan bihun dan rata dengan garfu sekadar Kuah melekat pada mee hoon saja. Terus tabur hirisan Karot, daun ketumbar , cili padi, daun limau purut dan bawang goreng.  * Tak perlu diratakan pada peringkat ini.
12. Terus tutup tudung kuali dan perlahan kan api sekecil yg boleh. Biar bihun masak dan lembut dengan perlahan dan sempurna. .. Selama 7-10 minutes atau sehingga lembut.
13. Buka tudung kuali dan ratakan sekali lagi dgn garfu dan Boleh angkat untuk dihidangkan.

.. Hasilnya bihun amat lembut tetapi tidak putus atau hancur !

Thursday, 27 July 2017

KETAYAP PEDAS ... lembut dengan inti pedas yang sedap



Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua !

KETAYAP PEDAS ...
Ketayap yang berkulit lembut dengan inti pedas ini saya sediakan sebagai sarapan pagi beberapa hari lalu.

Untuk kali ini saya kekurangan daun sup dan daun bawang.
Sedang masak, baru perasan ! Aduhh !!!!
Tapi nasib ada baki sikiiiit !

OK lah dari tak ada langsung kan
Tapi kalau letak lebih, lagi bertambah sedap inti ni.

Walaubagaimana pon habis licin juga lah..
Sebab ada aroma dan rasa sikit pon jadi lah.


* Saya sediakan inti terlebih dahulu. Kulit  nya kemudian supaya sebaik kulit siap dimasak setiap satu saya terus gulung panas-panas.


INTI PEDAS

Bahan A
3 biji ubi kentang (dipotong dadu)

Bahan B
Sedikit minyak untuk menumis
8 ulas bawang putih (cincang)
1 mangkuk kecil hirisan daun sup
1 mangkuk kecil hirisan daun bawang
20-25 ekor udang sederhana (dibuang kulit dan di potong 2 atau 3 mengikut saiz)
1/2 camca teh serbuk kunyit
1/2 camca teh lada hitam (ditumbuk)
1/2 camca teh lada putih (ditumbuk)
1/4 kiub pati ayam
sedikit air
garam

2 biji telur
1 biji bawang besar (belah 8 dan dihiris sederhana tebal)
2 biji cili merah (dihiris)


Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan bahan A dalam periuk dan rebus sekejap. Agak ubi 3/4 empuk, angkat dan toskan air nya.

2. Panaskan minyak dalam kuali
3. Tumis bawang putih sehingga keperangan.
4. Masukkan 1/3 hirisan daun bawang dan 1/3 hirisan daun sup. Goreng sehingga kecut.
5, Masukkan udang dan kunyit, kacau sebentar. Agak sedikit kering masukkan sedikit air.
6. Perasakan dengan kiub ayam, lada hitam dan putih dan sedikit garam. Kacau rata.
7. Masukkan ubi yang telah direbus 3/4 masak. Ratakan,  tutup kuali dan perlahankan api. Biar ubi masak sempurna dengan bahan tumisan tadi.
8. Agak-agak 5 minit, masukkan bawang besar, cili merah, baki daun bawang dan daun sup.
* Part ini saya tak masukkan daun bawang/sup sebab tak ada lagi.
9. Ratakan dan tolak ke tepi kuali.
10. Pecahkan telur dan carik-carikkan ia hingga 3/4 beku. Kemudian satukan telur bersama inti tadi.
11. Siap untuk digulung.

Boleh juga view VIDEO dalam intagram saya  Menyediakan Inti KETAYAP PEDAS


UNTUK KULIT

Bahan C
2 cawan tepung gandum
3 cawan air
2 biji telur gred B
1 camca besar santan pekat KARA
1 camca besar minyak masak
1/2 camca teh serbuk kunyit
sedikit garam

Bahan D
sedikit minyak masak
2 helai daun pandan

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan C dalam alat pengisar dan kisar hingga semua adun dengan sempurna.

2. Panaskan kuali dengan api perlahan.
3. Leserkan sedikit minyak pada dasar kuali menggunakan daun pandan. Pastikan tiada minyak bertakung dalam kuali.
4. Dengan menggunakan senduk kecil, senduk adunan tepung ke tengah kuali dan lenggang kuali supaya tepung melekat pada permukaan kuali sama rata. Pastikan kulit jangan terlalu tebal atau terlalu nipis.
5. Biarkan sebentar sehingga masak yang mana dengan sendiri nya bahagian tepi kulit akan lekang dari kuali.
6. Apabila agak bahagian bawah sudah sedikit keperangan bolehlah diangkat. Kulit tidakk perlu diterbalikkan.

Cara-Cara Menggulung

1. Pastikan bahagian kulit yang keperangan menhala ke bawah saperi ketika memasak tadi.
2. Letakkan 1/2 camca besar inti dipenjuru bawah kulit dan gulung sedikit kulit menghala keatas.
3. Kelepekkan kulit dikanan dan kiri dan terus gulung sehingga habis.
4. Letak dalam piring hidang.




Tuesday, 25 July 2017

MEE HOON SUP UTARA ... special


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua !

Beberapa hari lepas saya sediakan MEE HOON SUP UTARA
Ini kes teringat akan keenakan bihun arwah emak saya la ni...
Untuk pengetahuan,  arwah emak dulu pernah berniaga Bihun Sup, Laksa, Tepung Bungkus dan Air Halia di pasar malam pada setiap hari selasa yakni malam rabu.
Berniaga ini hanya sekadar suka-suka saja.

Keenakan Bihun Sup ini aduhai sedap nya bila ditabur dengan sedikit Lobak Masin dan dicurahkan sedikit Sambal Minyak.
Makan panas-panas  pulak tu

Alahai ........
Slurppp !!!



BIHUN DAN SUP DAGING

Bahan A
1 bungkus Bihun Beras
1/2 camca teh Kunyit Serbuk
Air secukup nya untuk merendam sehingga tenggelam

Bahan B
3 inci kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
8 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
3 inci halia (dihiris kasar)

Bahan C
15 ulas bawang merah (dihiris)
10 ulas bawang putih (dihiris)

Bahan D (dikisar halus)
1 1/2 camca besar biji ketumbar
1 camca besar jintan manis
1 camca besar jintan putih
1/2 camca besar lada hitam
1/2 camca besar lada putih

Bahan E
Minyak untuk menumis
1/2 kilo perut lembu
1/2 kilo daging cincang atau 1 kilo tulang
Air secukup nya sebagai kuah
1 kiub daging
Sedikit garam

Bahan F
Hirisan Daun Sup
Hirisan Daun Bawang
Bawang Goreng

Bahan G
Taugeh
Limau Nipis
Daun Sup
Daun Bawang
Bawang Goreng

Bahan dibawah di goreng
Tauhu
Fish cake
Kacang Goreng
Lobak Masin (Dipotong kecil terlebih dahulu)

Cara-Cara Menyediakan Bihun
1. Satukan bahan A dalam bekas dan rendam selama 1/2 - 1 jam.
2. Kemudian toskan air rendaman dan lalukan air mengalir pada bihun untuk mengeluarkan lebihan kunyit.
2. Masak air sehingga mendidih. Masukkan bihun dan ratakan sedikit. 
3. Agak-agak bihun 3/4 lembut boleh lah terus diangkat dan terus tuang kedalam penapis.

Cara-Cara Menyediakan  Sup

Sambal Minyak

Bahan A
25 biji cili kering
10 biji cili kering superhot * Optional
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1/2 camca besar udang kering
1/2 camca besar ikan bilis
Sedikit minyak untuk menggoreng cili
1/2 cawan minyak untuk mengisar

Bahan B
1/2 camca besar gula
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Cili kering biasa dan superhot  di goreng sekejap dalam minyak. Pastikan jangan sampai 'hitam'' kerana sambal akan rasa pahit nanti.
2. Satukan kesemua bahan A dalam pengisar dan kisar sehingga halus.
3. Masukkan bahan kisar dan bahan B dalam periuk dan masak dengan api perlahan sehingga sambal menjadi pekat dan terbit minyak.
4. Siap untuk dihidangkan.



Sunday, 23 July 2017

JEMPUT-JEMPUT JAWA ... yang ranggup dan menyelerakan !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua !

Ini sarapan pagi saya 2 hari lepas.
JEMPUT-JEMPUT JAWA

Kali ini disediakan oleh Chef Areffin pulak

Sekarang ni masing-masing dah tunjukkan bakat memasak yeee..
Jangan kata orang lelaki tak pandai memasak
Sekali keluar .... Fuhh yo !
Sedap  ! Sungguh ranggup !
Makan dengan sambal manis

Ala-ala potato Fritters gitu ..
Tetapi yang ini tak serap minyak. Memang terasa kentang nya dan ranggup tepung nya

Lepas ni boleh lah belajar banyak lagi masakan orang Jawa
Makan hari tu memang tak cukup !


JEMPUT-JEMPUT JAWA

Bahan A
200 g Tepung Gandum
200 g Tepung Beras Campuran
2 ulas bawang kecil (dihiris nipis)
1/2 sudu kecil Serbuk Kunyit
Air Masak secukup nya
Sedikit Daun Bawang
Sedikit Daun Sup *optional
Sedikit Garam

Bahan B
2-3 biji kentang  (dikupas dan dipotong dadu)
Minyak untuk goreng tenggelam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan A dalam besen dan gaul sehingga rata.
2. Panaskan minyak.
3. Apabila minyak telah panas, baru sendukkan sedikit adunan tepung, masukkan ubi, ratakan dalam tepung dan jemput ke dalam minyak.
4. Goreng sehingga ia bertukar keperangan kemudian angkat dan toskan.
5. Ulang langkah 3-4 sehingga habis.

* Elakkan ubi bercampur dalam adunan tepung terlalu lama kerana air ubi akan keluar dan texture cucur kurang menarik.


SAMBAL MANIS

Bahan A (Dikisar halus)
3 biji bawang merah
10 biji cili kering (direndam dalam air mendidih selama 1/2 jam dan ditoskan air nya)
1/2 camca besar udang kering
Minyak secukup nya
* Tiada penggunaan air

Bahan B
Sedikit gula merah (sesuaikan kemanisan yang disukai)
Sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Kisar Bahan A dengan menggunakan minyak sehingga halus.
2. Masukkan bahan kisar dan bahan B kedalam kuali. Masak dengan api perlahan sehingga pekat dan terbit minyak.

* FHA Selemak Santan

Friday, 21 July 2017

KERABU MANGGA ...... Iftar hari ke-25 Ramadhan 2017


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua !
Salam Jumaat

Pagi ini baru teringat masih ada lagi beberapa menu bulan ramadhan yang lalu belum di kongsi disini.
heh heh heh !!!

Salah satu nya KERABU MANGGA
Tapi yang ini anak saudara yang sediakan
Memang meleleh air lir teringat menu ini ......


Bahan A
2 biji mangga muda * Sedang-sedang / Tak terlalu muda sangat. (disagat memanjang)
1/2 cawan kacang tanah (disangai tanpa minyak dan ditumbuk kasar)
1 camca besar Sos Ikan
1 batang serai (diracik halus)
1 biji bawah besar (dibelah 2 dan dihiris)
1 kuntum bunga kantan (diracik halus)
2 helai daun limau purut (diracik halus)
2 biji limau kasturi (diambil jus nya)
2 biji cili merah (dihiris)
2 biji cili hijau   (dihiris)
5 biji cili padi    (dihiris) * Optional
Sedikit gula
Sedikit garam 

Bahan B
3/4 cawan ikan bilis halus (digoreng ranggup)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan A diatas dan digaul rata.
2. Taburkan ikan dibilis sebaik sebelum makan untuk memastikan ia berkeadaan ranggup.

* Selamat Menjamu Selera ...

* FHA Selemak Santan

Thursday, 20 July 2017

MASAK LEMAK UDANG BUNGA BETIK ...Sedap dan tak pahit !!!



Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua !

Suka makan Bunga Betik ?
Kalau betul cara merebus memang tak ada rasa pahit.

Setakat ini saya masak OK  ...
Kalau ada pon sipi-sipi dihujung lidah.
Macam juga durian... durian yang rasa sedikit pahit memang sedap dan mahal harga nya....

Hasil nya ... kuah masak lemak habis licin  ...

2,3 bulan kebelakangan ini memang suka sangat makan buah betik.
Kebetulan betik yang dibeli hari tu isi nya kemerahan dan amat manis, jadi saya tabur sedikit biji nya dihadapan rumah dengan harapan boleh tuai hasil nya nanti
Dalam beberapa pokok yang tumbuh cuma 2 saja yang menjadi bentik betina. Yang lain jantan.
Tak apalah boleh makan bunga nya
Ini kali ke 2 saya tuai hasil tanaman.

Jom masuk dapur !


Bahan A
2 mangkuk besar bunga betik
Air secukup nya untuk merebus
2 keping asam gelugor

Bahan B (ditumbuk)
20-25 biji cili padi hijau
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup

Bahan C
2 batang serai (diketuk)
1 inci lengkuas (diketuk)
2 keping asam gelugor
1/2 kotak kecil santan pekat 'KARA'
1 cawan air

Bahan D
12-15 ekor udang bersaiz besar
1/2 kotak kecil santan pekat 'KARA'
3 helai daun salam
1 helai daun kunyit

Bahan E
Minyak untuk menumis
1/2 kiub pati ikan bilis
Sedikit garam



Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan bahan A didalam periuk dan rebus selama 1/2 jam. Kemudian toskan air nya. Lalukan air pada bunga betik dan masukkan kembali kedalam periuk.
2. Masukkan air yang baru dan rebus lagi selama 20 minit dan  toskan air nya.

3. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan B sehingga bawang hampir garing.
4. Masukkan bahan C dan masak sehingga hampir mendidih.
5. Masukkan bahan D dan perasakan dengan garam dan kiub.
6. Perlahankan api dan masak sehingga santan kelihatan hampir mendidih bolehlah dipadamkan api.

* FHA Selemak Santan

Tuesday, 18 July 2017

ASAM PEDAS 'HALBA' KEPALA IKAN ...kalau ratah sedap ni !!!


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua !

2 hari lepas saya sediakan ASAM PEDAS 'HALBA' KEPALA IKAN.
Kebetulan kepasar ternampak kepala ikan merah ini.
Memang tak lepas peluang terus beli seketul.
Sambil drive balik tu memang dah terbayang akan keenakkan ASAM PEDAS KEPALA IKAN.
Ditambahkan sedikit biji halba dan jintan  .............
Aduhh !! sedap ratah ni....

Bercakap pasal kepala ikan.
Teringat akan sahabat sekerja semasa berkhidmat di DBP dulu
Kalau bab makan kepala ikan.. tulang yang tinggal tu kalau serah pada miow pon dah tak di jeling  nya apatah lagi kucing tu nak pandang.

Ya lah,,, tulang yang betul betul tinggal tulang gitu ............
heh heh heh  !!!


Bahan A
4 ulas bawang merah
4 ulas bwang putih
1/3 sudu teh halba biji
1/3 sudu teh jintan manis
1/3 susu teh jintan putih

Bahan B (dikisar)
15 biji cili kering
5 biji cili kering 'super hot'  *optional
sedikit minyak * memudahkan proses kisar
sedikit belacan
sedikit air

8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
* Kisar semua bahan B (kecuali bawang) sehingga halus.Kemudian masukkan bawang dan kisar sekejap selama 2 saat stop, 2 saat stop dan 2 saat stop untuk memastikan bawang tidak terlalu hancur

Bahan C
1 kepala ikan (dibelah 2) * Dibersihkan dahulu, kemudian dilumur dengan sedikit garam dan baki asam jawa / jus limau dan seterusnya dibilas untuk menghilangkan bau hanyir
2 batang  Serai (diketuk)
1 inci Lengkuas (diketuk)
1 cawan jus Asam Jawa 
1 pokok Daun Kesom
1/2 kiub pati ikan bilis
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya

Selamat Menjamu selera ....

* FHA Selemak Santan

Sunday, 16 July 2017

KWETIAU GORENG CENDAWAN... biar sedikit lembap untuk lebih sedap


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua !

Hari ini nak share resepi KWETIAU GORENG CENDAWAN yang saya sediakan untuk sarapan pagi tadi.
Sebenar nya semalam dah buat 1 mangkuk besar untuk 3 orang
Tapi sekali hadap saja habis...

Jadi pagi ni repeat resepi yang sama....

Untuk pengemar cendawan boleh lah letakkan dalam kuantiti yang lebih.
Seelok nya cendawan tak perlu lah disiang, biarkan sekuntum sekuntum agar tidak hancur dan akan lebih terasa bila makan nanti !

Bahan-bahan yang digunakan pon amat mudah dicapai kerana selalu nya sentiasa ada dalam simpanan digerobok dapur kita kan.

Salah satu bahan yang kerap saya gunakan dalam penyediaan Mee adalah Sos Tiram.
Selalu nya saya hanya menggunakan dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
Pernah cuba jenama lain, tetapi jenama Maggie kini menjadi pilihan kerana sos nya begitu sedap dan terasa berbanding yang lain.

Jomm ke dapur ....

* Hidangan untuk 2 orang

Bahan A
Minyak untuk menumis
1/3 paket kwetiau
1 biji bawang besar (dibelah 2 dan dihiris)
4 ulas bawang putih (dihiris)
2 senduk kecil cili kisar (sesuaikan kepedasan yang disukai)
3/4 camca besar sos tiram
1 camca kecil lada 'hitam + lada putih kisar
4-6 ekor udang bersaiz sedang
sedikit kicap masin 'Kipas Udang'
sedikit kicap manis 'Kipas Udang'
Cendawan secukup nya (biar sekuntum sekuntum)
2 mangkuk kecil taugeh
sedikit hirisan daun sup
sedikiit hrisan daun bawang

Bahan B (Untuk tabur)
Cili Hijau Jeruk
Bawang Goreng
Daun Bawang
Limau Nipis/Kasturi

Cara-Cara Menyediakan nya 


Friday, 14 July 2017

AYAM GORENG BEREMPAH ..Sedap dan amat beraroma



Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua !

Salam Jumaat
Hampir seminggu tak Online ya...
Tak kemana pon cuma tak ada mood nak menaip

OK hari ini saya share resepi AYAM GORENG BEREMPAH yang saya pelajari dari anak saudara yang makin hari makin rajin dan sedap masakan nya.

2 hari sebelum itu beliau hantarkan sepinggan AYAM GORENG BEREMPAH ini yang penuh dengan rempah ratus yang harum dan ranggup serdak nya.
Isi ayam nya pula lembut didalam....
Itu yang semangat nak menyediakan nya semalam ni



Bahan A
1/2 ekor ayam (dipotong kepada ketulan sederhana besar)
2 helai daun pandan (disiat dan disimpul)
4 helai daun salam segar
1 helai daun kunyit (dihiris halus)
sedikit garam
sedikit gula
4-5 tangkai daun kari

Bahan B (ditumbuk halus)
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 1/2 inci lengkuas
1 1/2 inci kunyit hidup
1 biji buah keras
5 batang serai (dipotong 1/2 inci. Jika terlalu panjang rempah ratus gorengan akan menjadi sedikit kasar)

Bahan C (disangai dan ditumbuk halus)
1 camca besar biji ketumbar
3/4 camca besar jintan manis
3/4 camca besar jintan putih

* Bahan -bahan diatas tak digalakkan untuk dikisar kerana serdak rempah terhasil tidak menarik kejadian nya.




Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan A (kecuali daun kari), bahan B dan C kedalam periuk. Masukkan sedikit air anggaran ayam 3/4 tenggelam.
2. Tutup periuk dan rebus dengan api sederhana sehingga ayam 3/4 masak.
3. Angkat dan asingkan ayam dari rempah rebusan.
4. Panaskan minyak dan goreng ayam sekadar melengkapkan masakan (ayam sudah 3/4 masak).
5. Angkat dan toskan minyak.

6.  Dengan minyak yang sama, kaup rempah rebusan dan goreng dengan api yang sederhana.
* Jangan lupa masukkan daun kari pada peringkat ini..
7. Apabila hampir keperangan terus perlahankan api dan terus menggoreng hingga ia menjadi kuning keemasan dan ranggup.
8. Kaup dan toskan minyak nya.
9. Tuang ke atas ayam yang telah digoreng tadi.



Friday, 7 July 2017

SET NASI JAGUNG ...... Iftar hari ke-23 Ramadhan 2017



Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua !

Dua hari berturut-turut saya menyediakan set nasi sebagai juadah berbuka puasa.
Pada 24 Ramadhan NASI BERIANI BUAH KURMA yang telah saya kongsikan DISINI.
Hari sebelum nya saya sediakan SET NASI JAGUNG ini.

Lauk dan Sambal menggunakan resepi yang sama. Maklum makan hari sebelum tu tak puas....

Jommm.........



NASI JAGUNG

Bahan A 
4 cawan beras basmati 
5 1/2 cawan air 
1 cawan susu cair
1/2 kiub pati ayam
garam secukup rasa
Sedikit hirisan Daun ketumbar (Potong sepanjang 1 inci)

Bahan B (Tumisan)
1 camca besar ButterCup
1 camca besar minyak jagung
4 biji bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Bahan C
1/2 cawan isi jagung 
2 helai daun pandan (disiat dan disimpul)
1 helai daun salam
1 batang serai (diketuk lebam)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Basuh beras dan rendam ia selama 30 minit dan toskan.
2. Panaskan minyak dan minyak sapi didalam 'rice cooker' dan tumis baki bahan B sehingga wangi.
3. Masukkan bahan C dan goreng selama 3 minit lagi.
4. Masukkan beras dan goreng selama 5 minit.
5. Masukkan susu cair, air , kiub pati ayam dan garam. Ratakan dan tutup tudung periuk. Teruskan proses memasak saperti biasa.
6. 10 minit setelah suis rice cooker bertukar ke 'warm mode', masukkan hrisan daun ketumbar dan gembur nasi perlahan-lahan .
7. Siap untuk dihidangkan.


AYAM PANGGANG YOGURT MANGGA BEREMPAH



Bahan A 
1 ekor ayam yang bersaiz besar (dipotong 4)
1 cawan yogurt perisa MANGGA
5 sudu makan minyak zaitun (kalau tak ada minyak biasa pun boleh)
1/3 biji  jus lemon
3 sudu besar gula putih
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
2 batang serai (di ketuk lebam)
1 sudu makan  rosemarry
1 kiub pati ayam
garam sedikit sahaja

Bahan B (Dikisar halus)
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan ketumbar biji
1/2 sudu makan lada hitam biji
1/2 sudu makan lada putih biji
1 inci halia

Cara-Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan diatas dan lumur pada ayam. Perap sekurang kurang nya 2 jam.
2. Letakkan dalam dulang pembakar yang di alaskan dengan aluminium foil.
Kedudukan ayam dalam dulang ...Pastikan bahagian ayam yang nak digaringkan diletakkan dibahagian bawah supaya kita akan masak dan garingkan ia kemudian dengan 'api atas' apabila ayam diterbalikkan pada tempoh terakhir memasak.
3. Panaskan oven dengan suhu 190 C (api atas/bawah tanpa kipas)
4. Bakar selama 30-40 mint pertama pada satu bahagian.
5. Alihkan ayam dan masak lagi selama 30 minit atau sehingga tiada lelehan darah keluar dari isi ayam.

* Pastikan bahagian atas dulang berisi ayam tidak ditutup kerana ini akan menjadikan ayam kita ber 'air'

SAMBAL KERISIK


Bahan A
* Ditumbuk sehingga lumat.  Boleh juga diblend tanpa air. Jika nak dimasukkan air pon pastikan hanya sedikit sahaja

5 biji cili merah
15 biji cili padi
1/2 camca teh lada hitam
1/2 camca teh lada putih
sedikit belacan
sedikit garam

Bahan B
4 biji tomato segar (dibelah 8 dan dipotong kecil)
2 biji bawang besar (dibelah 8 dan dipotong kecil)
1 camca besar beras (disangai/goreng kering dan ditumbuk halus)
1 camca besar kerisik
1/2 ketul gula melaka (boleh dilebih atau dikurangkan ikut kemanisan yang disukai)
4 biji limau kasturi (diambil jus nya)
sedikit hirisan daun ketumbar

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan diatas didalam mangkuk dan gaul rata.
2. Sedia untuk dihidangkan.

* FHA Selemak Santan

Wednesday, 5 July 2017

PENGAT PISANG MELETOP ... .. Iftar hari ke-15 Ramadhan 2017


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua !

Masih lagi dengan juadah dibulan Ramadhan...
Salah satu juadah pada hari ke-15 adalah PENGAT PISANG MELETOP ! yang disediakan oleh anak saudara.

Saya pula sediakan Nasi Lemak Utara, Sambal Udang dan Paru Goreng Hitam Manis.
Tapi tak sempat nak fotokan yang ini sebab masak pon dah lewat petang.

PENGAT PISANG MELETOP !
Memang sengaja dimasak agak pekat dan manis.
Tetapi jangan risau.... sebelum makan kita masukkan beberapa ketulan ais batu.
Dan hasil nya Kboommmm !!!!!!!!!!!!!!!!!
Memang sedap giler !

Dengan lemak santan dan susu cair.
Aroma esen vanila
Disamping kemanisan Gula Kabung yang dibeli di Melaka tempuh hari.
Waduhhh !!!

Tetapi jangan risau, Gula Kabung boleh juga diganti dengan gula merah jika tiada.

Jomm...


Bahan A
Pisang 'Awak' secukup nya (dibelah 2)
3/4  mangkuk kecil Sagu biji
1 1/2 cawan air
1 cawan santan pekat segar
1 tin susu Cair
3 camca besar susu pekat manis
1/2 ketul Gula kabung (pecahkan kepada ketulan kecil)
2 helai daun pandang (disiat dan disimpul)
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Basuh sagu dibawah aliran air, tos dan masukkan kedalam periuk.
2. Tambahkan air dan masak dengan api perlahan sehingga sagu kembang. Jika masih ada sagu yang bewarna putih lagi bolehlah ditambah sedikit lagi air panas dan teruskan memasak.
3. Jika pasti sagu telah kembang sepenuhnya baru dimasukkan bahan-bahan A yang lain dan masak sehingga hampir mendidih dan gula hancur. Pastikan ia sentiasa dikacau untuk mengelakkan santan pecah minyak.
4, Siap dan boleh dihidangkan dengan campuran ketulan ais batu.

* FHA Selemak Santan

Tuesday, 4 July 2017

MEE RACUN .. Iftar hari ke-26 Ramadhan 2017


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua !

Hari ini nak share resepi MEE RACUN yang saya sediakan untuk berbuka puasa hari ke-26 Ramadhan.
Biasa lah kalau hari-hari biasa jarang menyediakan juadah juadah istimewa atau resepi-resepi baru. Kecuali kalau ada function tertentu.

Tapi.....
Tiba bulan puasa ja, semua menu nak dicuba,
......di cari,
......digelidah
Yang tak pernah buat, tiba-tiba selera pulak nak makan.
Dah jadi tabiat pulak. hehehe !!!

Macam MEE RACUN ini, tentu ramai yang dah mencuba.
Kalau nak lebih sedap lagi masukkan tulang daging kambing.
Tapi saya gantikan dengan tulang lembu biasa saja.

Yang ini MEE RACUN versi saya
Semua ada... Sotong, Udang, Tulang, Daging  dan sedikit Ikan Bilis
Seperiuk besar kuah disediakan, semua pakat hirup habis.
Yang berbaki cuma mee sahaja, padahal cuma 2 bungkus sahaja dicelur.

Kepekatan kuah mee ini pulak tidak lah keterlaluan kerana ubi keledek yang dimasukkan cuma sedikit sahaja sekadar untuk memastikan ada nya rasa kemanisan ubi disamping kuah tidak cair.
Sama juga dengan kacang dan bahan-bahan yang lain...

Tujuan nya supaya semua bahan dan ramuan yang disatukan didalam periuk sama rata sukatan nya dan itu lah yang menjadi kan ia ter'amat istimewa.
Tiada lebih tiada kurang, semua terasa !!!!!!!!!!

Jomm....


Saperti biasa Kuah yang disediakan ini adalah seperiuk penuh 'standard' rice cooker. Jadi pastikan menggunakan periuk yang bersaiz lebih besar untuk memasak kuah

Untuk 8-10 orang makan

Bahan A
sedikit minyak untuk menumis
6 ulas bawang putih (cincang halus)
2 biji bawang besar (dibelah 4 & dihiris sederhan tebal)
1 inci halia (dipotong tebal)
2 batang serai (diketuk perdu nya)

Bahan B
1 kilo Sotong Segar
1 kg tulang
300 g daging pejal atau batang pinang

50 g ubi keledek jepun *ubi yang berkulit unggu dan ber'isi kuning. Ubi keledek lain pon boleh !
200 g udang kertas yang bersaiz kecil
80 g kacang tanah
Sejemput ikan bilis
20-25 biji cili kering  *Sesuaikan mengikut kepedasan yang disukai

Bahan C
2 camca besar sos tiram 'Life'
3 camca besar Sos Cili Thai 'Life'
4 camca besar cuka makan
1 camca besar lada hitam biji (ditumbuk halus)
1/2 camca besar lada putih 'Ajishio'
4 biji tomato segar (dibelah 4)
1/2 ketul gula kabung  *Jika menggunakan gula melaka, masukkan 1 keping
Air secukup nya supaya kuah 'seperiuk nasi rice cooker'
1 kiub pati 'Daging'
Garam

Bahan E
Tauhu
Taugeh
Sawi
Limau Nipis
Cili Merah
Bawang Goreng
Daun Bawang

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Tulang dan daging disatukan dan direbus sehingga daging lembut.
2. Ubi keledek direbus sehingga empuk, dikupas kulit dan dikisar halus.

3. Udang kertas tak perlu dibuang kulit dan kepala. Dibasuh bersih dan digoreng dengan sedikit minyak sehingga garing.
4. Kacang tanah digoreng sehingga masak
5. Ikan bilis digoreng sehingga ranggup.
* Satukan udang, kacang tanah, ikan bilis bersama air dan kisar sehingga halus,

6. Cili kering digoreng dengan sedikit minyak tetapi jangan sampai hitam. Kemudian kisar dengan sedikit air sehingga halus.
* Cili digoreng akhir sekali kerana minyak gorengan akan bertukar kehitaman

7. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan A sehingga layu. Tidak perlu sampai keperangan.
8. Masukkan cili kering dan masak sehingga hampir garing dan terbit minyak.
9. Masukkan air rebusan bersama tulang dan daging, semua bahan kisaran dan juga semua bahan C . Masak sehingga kuah mendidih dan semua bahan-bahan sebati dan 'mesra'.
10. Masukkan sotong dan biarkan seketika. Apabila agak sotong dah masak, keluarkan ia untuk mengelakkan menjadi terlalu liat.
11. Keluarkan daging dan potong kepada kepingan sederhana tebal.

12. Siap dan boleh dihidangkan dengan taburan bahan E.


* FHA Selemak Santan

Sunday, 2 July 2017

SET NASI MINYAK BUAH KURMA .. Iftar hari ke-24 Ramadhan 2017


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua !

Hari ini nak kongsi juadah berbuka pada Ramadhan hari ke 24 yang masih tertunggak...Set Nasi Minyak yang saya sediakan untuk 6 orang makan.

NASI MINYAK BUAH KURMA... Saya mencuba salah satu resepi Chef Hanieliza '500 Kompilasi Resepi'.
Alhamdulillah sedap yang ter' amattt  sangat !!!!!

Nasi yang sebutir-butir tetapi amat lembut ini memang sah menjadi pilihan dan kesukaan saya.
Rasa nasi yang beraroma minyak sapi dan sedikit daun kari amat menyelerakan.
Di tambah pula dengan kemanisan buah Kurma yang isi nya sedikit liat tetapi apabila disatukan kedalam nasi hasil nya tak terkata sedap nya..........

Memandangkan sekarang dalam mode rumah terbuka Raya Aidil Fitri, jadi jika ada yang merancang nak menyediakan nasi sebagai juadah istimewa, saya cadangkan cuba lah resepi ini. Memang berbaloi.
Bahan yang digunakan amat simple dan baki Kurma bulan Ramadhan boleh diguna sebagai salah satu bahan dalam masakan.

Memang rugi kalau tak mencuba !
Best Nasi minyak ever .........


AYAM PANGGANG YOGURT MANGGA BEREMPAH... menggunakan resepi yang pernah saya cuba dahulu di sini AYAM PANGGANG YOGURT.
Tetapi kali ini saya menggunakan Yogurt berperisa Mangga supaya rasa ayam menjadi lebih enak lagi. Juga saya lebihkan serbuk cili supaya ia lebih berempah.
Ayam kemudian diperap 2 sehari 2 malam menjadikan rempah ratus meresap cantik kedalam isi ayam.
Dari foto...bahagiaan luar ayam nampak seakan garing, sebenar nya tidak kerana ini adalah rempah ratus yang melekat pada isi ayam.

Isi didalam ... alamakkkk ..lembut sekali !!!


SAMBAL KERISIK... Sambal Kampung yang tak lapuk dek zaman. Sambal yang menjadi rebutan ramai.
Nyesal tak buat lebih banyak lagi !!!

Jommm kita terjah resepi ..................


NASI MINYAK BUAH KURMA

Bahan A 
1 kg beras basmati 
1 cawan buah kurma 
1 liter air rebusan ayam
* Jika tidak menggunakan air biasa, tambahkan 1 kiub pati ayam 
1 pokok daun ketumbar (dipotong pendek)
1/2 cawan susu cair
1 sudu makan pewarna kuning
3 sudu makan minyak sapi (saya guna Ghee blend. Rasa nya lebih sedap)
garam secukup rasa

Bahan B (Tumisan)
5 biji bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
5 tangkai daun kari
2 helai daun pandan (disiat dan diikat * saya tambah)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Basuh beras dan rendam ia selama 30 minit dan tuskan ia.
2. Belah buah kurma untuk mengeluarkan biji dan potong 3 memanjang (potong kasar).
* Buah kurma bagaimana pon akan 3/4 hancur didalam nasi
3. Panaskan minyak sapi didalam periuk dan tumis bahan B sehingga wangi.
4. Masukkan air rebusan ayam dan garam. Biarkan mendidih.
5. Masukkan beras, buah kurma, daun ketumbar dan susu cair. Biarkan nasi masak saperti biasa.
6. Tuangkan pewarna kuning ke atas nasi secara berasingan.
7. Masak lagi sehingga nampak nasi cukup kering.
8. Gemburkan nasi perlahan-lahan dan sedia untuk dihidangkan.

Nota:
Disebabkan saya masak hanya 4 cawan beras, jadi sukatan nya hanyalah 6 cawan air biasa dan 1/2 cawan susu cair.
Saya tidak menggunakan air rebusan ayam, jadi saya tambahkan kiub ayam 1/2 sebagai pengganti.
Beras di goreng terlebih dahulu selepas langkah ke 3 selama 5-7 minit, sebelum dimasukkan bahan-bahan yang lain.
Dengan menggunakan 'picagari' saya masukkan pewarna kuning kedalam nasi setelah suis rice cooker bertukar ke 'warm mode'.




AYAM PANGGANG YOGURT MANGGA BEREMPAH


* Kali ini ayam yang saya masak bersaiz agak besar jadi saya adjust ramuan dibawah untuk sesuaikan ia.
Bahan A 
1 ekor ayam (dipotong 4)
1 cawan yogurt perisa MANGGA
5 sudu makan minyak zaitun (kalau tak ada minyak biasa pun boleh)
1/3 biji  jus lemon
3 sudu besar gula putih
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
2 batang serai (di ketuk lebam)
1 sudu makan  rosemarry
1 kiub pati ayam
garam sedikit sahaja

Bahan B (Dikisar halus)
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan ketumbar biji
1/2 sudu makan lada hitam biji
1/2 sudu makan lada putih biji
1 inci halia

Cara-Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan diatas dan lumur pada ayam. Perap sekurang kurang nya 2 jam.
2. Letakkan dalam dulang pembakar yang di alaskan dengan aluminium foil.
Kedudukan ayam dalam dulang ...Pastikan bahagian ayam yang nak digaringkan diletakkan dibahagian bawah supaya kita akan masak dan garingkan ia kemudian dengan 'api atas' apabila ayam diterbalikkan pada tempoh terakhir memasak.
3. Panaskan oven dengan suhu 190 C (api atas/bawah tanpa kipas)
4. Bakar selama 30-40 mint pertama pada satu bahagian.
5. Alihkan ayam dan masak lagi selama 30 minit atau sehingga tiada lelehan darah keluar dari isi ayam.

* Pastikan bahagian atas dulang berisi ayam tidak ditutup kerana ini akan menjadikan ayam kita ber 'air'




SAMBAL KERISIK

Bahan A
*ditumbuk sehingga lumat.  Boleh juga diblend tanpa air. Jika nak dimasukkan air pon pastikan hanya sedikit sahaja
5 biji cili merah
15 biji cili padi
1/2 camca teh lada hitam
1/2 camca teh lada putih
sedikit belacan
sedikit garam

Bahan B
4 biji tomato segar (dibelah 8 dan dipotong kecil)
2 biji bawang besar (dibelah 8 dan dipotong kecil)
1 camca besar beras (disangai/goreng kering dan ditumbuk halus)
1 camca besar kerisik
1/2 ketul gula melaka (boleh dilebih atau dikurangkan ikut kemanisan yang disukai)
4 biji limau kasturi (diambil jus nya)
sedikit hirisan daun ketumbar

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan diatas didalam mangkuk dan gaul rata.
2. Sedia untuk dihidangkan.