SET NASI JAGUNG ...... Iftar hari ke-23 Ramadhan 2017



Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua !

Dua hari berturut-turut saya menyediakan set nasi sebagai juadah berbuka puasa.
Pada 24 Ramadhan NASI BERIANI BUAH KURMA yang telah saya kongsikan DISINI.
Hari sebelum nya saya sediakan SET NASI JAGUNG ini.

Lauk dan Sambal menggunakan resepi yang sama. Maklum makan hari sebelum tu tak puas....

Jommm.........



NASI JAGUNG

Bahan A 
4 cawan beras basmati 
5 1/2 cawan air 
1 cawan susu cair
1/2 kiub pati ayam
garam secukup rasa
Sedikit hirisan Daun ketumbar (Potong sepanjang 1 inci)

Bahan B (Tumisan)
1 camca besar ButterCup
1 camca besar minyak jagung
4 biji bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Bahan C
1/2 cawan isi jagung 
2 helai daun pandan (disiat dan disimpul)
1 helai daun salam
1 batang serai (diketuk lebam)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Basuh beras dan rendam ia selama 30 minit dan toskan.
2. Panaskan minyak dan minyak sapi didalam 'rice cooker' dan tumis baki bahan B sehingga wangi.
3. Masukkan bahan C dan goreng selama 3 minit lagi.
4. Masukkan beras dan goreng selama 5 minit.
5. Masukkan susu cair, air , kiub pati ayam dan garam. Ratakan dan tutup tudung periuk. Teruskan proses memasak saperti biasa.
6. 10 minit setelah suis rice cooker bertukar ke 'warm mode', masukkan hrisan daun ketumbar dan gembur nasi perlahan-lahan .
7. Siap untuk dihidangkan.


AYAM PANGGANG YOGURT MANGGA BEREMPAH



Bahan A 
1 ekor ayam yang bersaiz besar (dipotong 4)
1 cawan yogurt perisa MANGGA
5 sudu makan minyak zaitun (kalau tak ada minyak biasa pun boleh)
1/3 biji  jus lemon
3 sudu besar gula putih
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
2 batang serai (di ketuk lebam)
1 sudu makan  rosemarry
1 kiub pati ayam
garam sedikit sahaja

Bahan B (Dikisar halus)
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan ketumbar biji
1/2 sudu makan lada hitam biji
1/2 sudu makan lada putih biji
1 inci halia

Cara-Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan diatas dan lumur pada ayam. Perap sekurang kurang nya 2 jam.
2. Letakkan dalam dulang pembakar yang di alaskan dengan aluminium foil.
Kedudukan ayam dalam dulang ...Pastikan bahagian ayam yang nak digaringkan diletakkan dibahagian bawah supaya kita akan masak dan garingkan ia kemudian dengan 'api atas' apabila ayam diterbalikkan pada tempoh terakhir memasak.
3. Panaskan oven dengan suhu 190 C (api atas/bawah tanpa kipas)
4. Bakar selama 30-40 mint pertama pada satu bahagian.
5. Alihkan ayam dan masak lagi selama 30 minit atau sehingga tiada lelehan darah keluar dari isi ayam.

* Pastikan bahagian atas dulang berisi ayam tidak ditutup kerana ini akan menjadikan ayam kita ber 'air'

SAMBAL KERISIK


Bahan A
* Ditumbuk sehingga lumat.  Boleh juga diblend tanpa air. Jika nak dimasukkan air pon pastikan hanya sedikit sahaja

5 biji cili merah
15 biji cili padi
1/2 camca teh lada hitam
1/2 camca teh lada putih
sedikit belacan
sedikit garam

Bahan B
4 biji tomato segar (dibelah 8 dan dipotong kecil)
2 biji bawang besar (dibelah 8 dan dipotong kecil)
1 camca besar beras (disangai/goreng kering dan ditumbuk halus)
1 camca besar kerisik
1/2 ketul gula melaka (boleh dilebih atau dikurangkan ikut kemanisan yang disukai)
4 biji limau kasturi (diambil jus nya)
sedikit hirisan daun ketumbar

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan diatas didalam mangkuk dan gaul rata.
2. Sedia untuk dihidangkan.

* FHA Selemak Santan

No comments:

Powered by Blogger.