MASAK LEMAK UDANG BUNGA BETIK ...Sedap dan tak pahit !!!



Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua !

Suka makan Bunga Betik ?
Kalau betul cara merebus memang tak ada rasa pahit.

Setakat ini saya masak OK  ...
Kalau ada pon sipi-sipi dihujung lidah.
Macam juga durian... durian yang rasa sedikit pahit memang sedap dan mahal harga nya....

Hasil nya ... kuah masak lemak habis licin  ...

2,3 bulan kebelakangan ini memang suka sangat makan buah betik.
Kebetulan betik yang dibeli hari tu isi nya kemerahan dan amat manis, jadi saya tabur sedikit biji nya dihadapan rumah dengan harapan boleh tuai hasil nya nanti
Dalam beberapa pokok yang tumbuh cuma 2 saja yang menjadi bentik betina. Yang lain jantan.
Tak apalah boleh makan bunga nya
Ini kali ke 2 saya tuai hasil tanaman.

Jom masuk dapur !


Bahan A
2 mangkuk besar bunga betik
Air secukup nya untuk merebus
2 keping asam gelugor

Bahan B (ditumbuk)
20-25 biji cili padi hijau
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup

Bahan C
2 batang serai (diketuk)
1 inci lengkuas (diketuk)
2 keping asam gelugor
1/2 kotak kecil santan pekat 'KARA'
1 cawan air

Bahan D
12-15 ekor udang bersaiz besar
1/2 kotak kecil santan pekat 'KARA'
3 helai daun salam
1 helai daun kunyit

Bahan E
Minyak untuk menumis
1/2 kiub pati ikan bilis
Sedikit garam



Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan bahan A didalam periuk dan rebus selama 1/2 jam. Kemudian toskan air nya. Lalukan air pada bunga betik dan masukkan kembali kedalam periuk.
2. Masukkan air yang baru dan rebus lagi selama 20 minit dan  toskan air nya.

3. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan B sehingga bawang hampir garing.
4. Masukkan bahan C dan masak sehingga hampir mendidih.
5. Masukkan bahan D dan perasakan dengan garam dan kiub.
6. Perlahankan api dan masak sehingga santan kelihatan hampir mendidih bolehlah dipadamkan api.

* FHA Selemak Santan

No comments:

Powered by Blogger.