SAMBAL KERISIK 'RESEPI WARISAN'.... Sedap Giler !!! Banyak mana pon kerapkali tak cukup. Jom tonton YOUTUBE !
Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...
Saperti yang saya maklumkan dalam entry sebelum ini di sini NASI DAGING 'KENDURI' saya nak kongsi resepi SAMBAL KERISIK yang KAW-KAW sedap.........
Nah !!! Ini lah dia sambal kerisik tu.
Resepi warisan dari orang dulu-dulu.
Tiada sebarang perasa tambahan dicampurkan untuk mengekalkan rasa asli sambal.
Memang sedap resepi orang dulu !
Dengan pedas, manis, masam, masin, aroma limau kasturi dan rasa lemak kerisik dan harum beras yang disangai keperangan menjadikan sambal ini kerapkali tidak cukup apabila dihidangkan.
Manakan tidak, ia bukan sahaja dimakan sebagai colekkan daging malahan ramai yang suka meratah begitu saja.
Saya ingatkan saya sorang yang suka menghirup air asam dari sambal ini rupanya ada yang mempunyai peel yang sama.
Walau pon beberapa biji cili padi dimasukkan tetapi apabila di blend dengan bahan-bahan lain kepedasan cili dah tak terasa lagi.
Tambahan pula beras sangai yang dimasukkan menjadikan air asam ini menjadi pekat dan berpalut cantik pada bahan-bahan yang lain.
Yang tak suka pedas pon boleh menghabiskan sampai ketitisan akhir.
Buatlah banyak mana sekali pon kerap kali nya tidak mencukupi .....
Jom tonton Youtube !
Jangan lupa subscribe YOUTUBE saya ya disini FHA Selemak Santan ........ supaya anda tidak ketinggalan dengan video-video yang lain !
Bahan A (dikisar sehingga halus)
4 biji cili merah
10 biji cili padi merah
sedikit belacan
sedikit air
Bahan B
2 biji bawang besar (dibelah 4 dan dihiris tebal)
2 biji tomato segar (dibelah 4 dan dihiris tebal)
1 camca besar kerisik
1 camca teh lada hitam biji (ditumbuk halus)
3 camca besar gula putih
500 ml jus asam jawa (3/4 pekat)
sedikit garam
Bahan C
1 genggam beras (agak-agak 1/3 mangkuk sup yang bersaiz kecil)
Bahan D
4-5 biji limau kasturi (dibelah 2)
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan kuali (Jangan dimasukkan minyak ya...).
Dalam masa yang sama alirkan air pada beras untuk mengeluarkan kekotoran jika ada. Toskan dan terus masukkan ia kedalam kuali dan digoreng dengan api yang 'sedang'. Pabila warna beras sudah kelihatan bertukar warna, terus diperlahankan api yang kecil. Terus menggoreng sehingga semua beras kelihatan betul betul keperangan. * Beras yang garing adalah lebih beraroma.
Pastikan beras selepas dibasuh terus digoreng untuk mengelakkan air meresap dalam butiran beras.
Pastikan beras dikacau selalu untuk mengelakkan ia hangus.
2. Alihkan beras kedalam mesin 'pengisar kering' dan kisar sehingga halus. Tetapi jika masih ada biji-biji sedikit tak apa dah di kira OK lah tu. Apabila dikisar serbuk beras kelihatan keputihan ya....
3. Satukan kesemua bahan A dan beras sangai di dalam mangkuk dan digaul sehingga rata.
4. Akhir sekali masukkan limau kasturi dan ratakan sekali lagi.
5. Sedia untuk dihidangkan.
* FHA Selemak Santan
Salam kak fha...mohon dihalalkan resepi2 kak fha kesemuanya ya...semoga dimurahkan rezeki akak...aminnn...-lina-
ReplyDelete