DAGING MASAK ITAM 'NASI KANDAR PULAU PINANG' .... Walla ! Sedap nya. Restoren mamak dah kurang pelanggan !!!
Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua....................
Kalau anda pernah makan DAGING MASAK ITAM di restoren Mamak, saya cadangkan anda mesti cuba resepi ini.
Saya pasti anda akan puas hati sangat-sangat.
Tak perlu ke Restoren Mamak lagi ye..
Masak sendiri lebih terjamin kebersihan nya dan yang pasti selain sedap kita boleh makan berulang-ulang kali sampai puas dan licin dengan harga yang murah.
Resepi yang dikongsi oleh Mamak Haji ini DI SINI memang sebiji saperti di restoren Mamak.
Cuba ya... jangan tak cuba !
Rugi tau .....................
Saya puas hati sangat.. Berulang-ulang tambah nasi hinggakan tengah malam pon saya boleh masuk dapur lagi.
Habis lah diet akak !!!
Opss !!! Bekas bekas masakan di dasar periuk pon sayang nak dibuang, siap digaul dengan nasi lagi...
Dah banyak resepi Mamak Haji saya cuba dan hasil nya puas hati sangat.
Terima Kasih Mamak Haji atas perkongsian resepi !
Jom...
Bahan A
1 kg Daging (dipotong hiris mengikut urat daging jadikan 14 keping).
Air secukup nya (untuk direbus lembut)
Bahan B
2 senduk Minyak masak.
2 inci Kulit Kayu manis
5 biji buah pelaga
4 kuntum bunga lawang
8 kuntum bunga cengkih.
2 helai daun pandan (di potong 3")
1 batang serai (di ketuk pangkal)2 labu Bawang Besar (dibelah 2 dan dihiris nipis memanjang saperti semua masakan nasi kandar) .
Bahan C
2 sudu besar 'Pes Halia Bawang Putih'
2 labu Bawang Besar + sedikit Air (dikisar halus)
Bahan D
100 gm Rempah kari Daging
1/2 sudu kecil Serbuk Jintan Putih.
1/2 sudu kecil Serbuk Jintan Manis
1/2 sudu kecil Serbuk Kas-kas * Optional
1 sudu kecil Garam Masala * Tiada stok
2 sudu besar Sos Tomato (* Tiada stok, saya gantikan dengan jus limau kasturi 2 biji)
7 sudu besar Kicap Pekat Mee (tamim amat sesuai) atau sesuaikan warna yang dikehendaki.
Sekiranya masak dalam kuantiti yang banyak, gunakan kramel kicap kerana ia tidak punyai kemasinan.
Bahan E
1 sudu besar Gula Pasir (* Saya gantikan dengan gula kabung)
Garam secukup rasa.
2 tangkai daun kari
Bahan F
Daun Pudina
Bawang Goreng
Cara-Cara Menyediakan nyaBahan E
1 sudu besar Gula Pasir (* Saya gantikan dengan gula kabung)
Garam secukup rasa.
2 tangkai daun kari
Bahan F
Daun Pudina
Bawang Goreng
1. Daging direbus sehingga empuk dan pastikan air rebusan daging ini tidak di buang.
Sekiranya menggunakan daging segar, ia tidak perlu direbus dahulu.
2. Panaskan minyak didalam kuali dan tumis bahan B (kecuali hirisan bawang besar). Goreng hingga ia mula keluarkan bau yang harum.
3. Masukkan hirisan bawang dan kacau lagi sehingga is bertukar keemasan.
4.Masukan bahan C dan kacau sehingga ia keluarkan bau harum (*Saya masak agak lama juga untuk menghilangkan bau bawang kisar)
5. Masukan cili giling dan dikacau rata. Selepas 3-4 minit masukkan daging bersama air rebusan, dan bahan D yang lain. Kacau rata dan biar sehingga kuah menjadi pekat dan terbit minyak yang banyak.
6. Kecilkan api dan masukan gula dan garam (awas dengan kemasinan kicap tersedia ada).
7. Padamkan api dan masukan daun kari. Siap.
8. Taburkan daun pudina dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
Sedapnya la hai.. Kena try jugak ni one day..tq for sharing resepi ����
ReplyDeleteSama-sama Azlina. Alhamdulillah memang sedap. Kena cuba !
DeleteSebenar nya memang dah lama saya cari resepi ini ..
Apasal karinya x nmpak hitam mcm restoran mamak
ReplyDeleteKalau nak warna yg lebih gelap maka lebihkan lah kicap pekat tu. Masakan mamak kebiasaan nya banyak menggunakan pencelup terutama menjadi lauk lebih kemerahan contohnya...
DeleteAkak pentingkan rasa dan kesedapan berbanding warna. Lagi pon lebih pewarna dlm masakan x elok untuk kesihatan