Wednesday, 28 February 2018

BREAKFAST SET 'BUTTERSCOTCH , KURMA KAMBING, FRESH MILK' ... Memang layan habis !




Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Breakfast Set yang mudah.
Biasa nya roti Butterscotch di makan begitu sahaja, maklum roti ini memang dah sedap pon ...

Tapi ia akan jadi lebih sedap jika di cicah atau dengan kata lain dicolek dengan kuah gulai atau apa saja masakan yang berkuah.

Bagi keluarga saya memang dah biasa makan roti bersama masakan berkuah terutama gulai ikan.
Selalu tu makan dengan roti biasa sahaja.

Tapi ....
Kali ini saya cicah roti Butterscotch yang saya beli dengan kuah kurma kambing yang saya masak pada hari sebelum.

Oleh kuah kurma ini sedikit pekat, jadi saya tambahkan sedikit air panas dan perangatkan kembali sebelum di makan.

Sedap U !
Sebungkus roti pon boleh tak cukup.

Untuk resepi kurma ini boleh rujuk di sini KURMA KAMBING MAMAK PENANG.

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

Tuesday, 27 February 2018

KURMA KAMBING MAMAK PENANG kaw-kaw sedap ... masa merubah segala nya


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Lauk 2 hari yang lalu KURMA KAMBING MAMAK PENANG
Kalau dulu lauk ini memang tak akan disentuh jika dihidangkan,
Jauh sekali kalau ada dijual, memang tak akan dipandang untuk dibeli.
Kerana rasanya tidak pedas yang tak menepati selera saya yang suka kepada kari dan asam pedas.

Tapi kini ia sudah menjadi salah satu lauk kegemaran yakni selepas menikmati KURMA TELUR REBUS disini.

Memang masa merubah kehidupan segala nya, selera, paras rupa, sikap dan bermacam lagi....
Dari segi makanan, kalau dulu ada lauk yang tak suka, sekarang dah jadi suka,
Malahan dah menjadi kegemaran pula.,
Kalau boleh nak makan hari hari.

Tapi untuk lauk yang berasaskan kambing ini saya terpaksa jamah dalam kuantiti sedikit kerana bimbang akan tahap kolesterolnya.
Takut juga migrain.
Makan-makan juga tapi kesihatan kena di ambil berat kan....

Yang menjadikan lauk ini istimewa kerana rasa nya menjadi lebih sedap apabila dimasukkan biji kas-kas, buah pala sagat disamping minyak sapi yang digunapakai semasa menumis.

Resepi asal dari Mamak Haji.
Saya olah sedikit mengikut cara saya dengan tambahan beberapa bahan menjadikan ia lebih sedap dan beraroma.

Terima Kasih Tuan Haji...
Jom cuba !. Memang tak menyesal punya.....


Bahan A
1/2 kilo daging kambing (bersama sedikit tulang)
Air secukup nya untuk merebus

Bahan B
sedikit minyak untuk menumis
1/2 camca besar minyak Sapi 'GheeBlend'
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 pelepah daun kari

Bahan C (dikisar halus)... Pes Halia Bawang Putih
8 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan D... Pes Kurma
1 1/2  paket kecil rempah Kurma
1 camca kecil kas-kas (ditumbuk halus)
1/2 camca kecil lada putih (ditumbuk halus)
1/2 camca kecil lada hitam (ditumbuk halus)
sedikit air panas

Bahan E
1 biji bawang besar (dikisar halus tanpa air)

Bahan F
Santan secukup nya
2 keping asam gelugor
garam

Bahan G
1 batang lobak merah
2 biji tomato segar (dibelah 2 )
2 biji cili hijau (dipatahkan)
1 biji bawang besar (dibelah 4)
1 camca besar 'buah pala sagat manis'
sedikit hirisan daun ketumbar

Bahan H
Bawang Goreng
Limau Kasturi

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan bahan A didalam periuk dan hidupkan api. Masak hingga air rebusan mengelegak, kemudian nya perlahankan api dan biar ia direneh selama 1- 1.30 jam atau hingga daging 3/4 lembut.
2. Sejukkan sebentar,  kemudian nya keluarkan minyak/lemak yang terampai di permukaan.
Caranya mudah... masukkan ketulan ais dalam plastik makanan(bungkusan) dan celup dalam air rebusan beberapa minit untuk membekukan minyak dan ia akan melekat di plastik tersebut.

3. Panaskan minyak dan minyak sapi didalam periuk, kemudian tumis bahan B sehingga layu.
4. Masukkan bahan C dan teruskan mengacau selama 7-8 minit sehingga terbit aroma harum.
5. Masukkan bahan D dan E, besarkan api hingga mengelegak, kemudian kecilkan api sedikit dan biar rempahratus masak dengan perlahan sehingga ia menjadi pekat. (Jika tiada terbit minyak tidak mengapa, yang pasti masak sehingga rempah masak sempurna.
6. Masukkan daging bersama air rebusan, juga bahan F dan sebatikan. Perlahankan api biar ia merenih selama 45-1 jam atau lebih.
7. Masukkan lobak dan masak sehingga empuk. Tidak perlu lama untuk mengekalkan kerapuhan.
8. 5 minit sebelum angkat taburkan dengan bahan G. Siap.
9. Hidangkan dengan taburan bawang goreng. Jika kurang rasa masam boleh lah perahkan jus limau.

* hirisan buah pala boleh juga ditabur ketika dihidangkan dalam mangkuk hidangan.


Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

Friday, 23 February 2018

NASI GORENG SARDINE ... rahsia nasi goreng yang sedap !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Juga Salam Jumaat semua ....

Saperti hari-hari biasa, selalu terlepas bersarapan dek tugasan pagi yang sentiasa sibuk.
Jadi nya terus makan tengahari lah jawap nya !

Tapi..
Memang plan pon nak goreng nasi berlaukkan Sardin Tin.

Maka terhasil NASI GORENG SARDINE yang sungguh awaresome ! untuk brunch pada  ~ 12.00 tengahhari.

Dah kenyang tu lepak-lepak depan tv,
Sambil download foto untuk proses editing, sambil-sambil juga dengar/tengok kutbah dan Solat Jumaat.

Tekak pula masih terasa keenakan nasi goreng yang baru di makan tadi.
Pada hal baru ~ 3 jam !
Stop sekejap.

Masuk dapur... goreng lagi.
Kali ini lebih sikit
Alhamdulillah !

Tak pasti pulak malam nanti macam mana .. hehehe

* Jus, hirisan kulit dan aroma limau kasturi yang dimasukkan menjadikan rasa nasi begitu sedap ! ditambah dengan hirisan bawang besar yang digoreng layu dan sedikit lada hitam .
Cuba lah !!!!!!!!



Untuk 2 orang makan

Bahan A
1 1/2 mangkuk nasi putih (berada pada suhu bilik)
2 biji limau kasturi (asing kan jus dari kulit dan Kulit tersebut dihiris nipis)
sedikit garam

Bahan B
minyak untuk menumis
4 ulas bawang putih (dicincang halus)
4 ulas bawang merah (dihiris nipis)

Bahan C
1/2 camca kecil lada hitam (dibiarkan sebiji sebiji)
1 camca besar cili kering kisar (ikut kepedasan yang disukai)
sedikit air

Bahan D
1 biji bawang besar (dibelah 8)
2 ekor ikan sardin tin (dihancur kasar)
1/2 camca besar 'sos tomato' ikan Sardin
sedikit air (optional. Jika mahukan nasi sedikit lembap)


Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan B sehingga hampir keperangan.
2. Masukkan bahan C, gaul sebati dan perlahan kan api. Biar sehingga cili masak sempurna dan terbit minyak.
3. Masukkan bahan D, jus limau kasturi dan rata sebentar.
4. Masukkan nasi dan perasakan dengan garam.
5. 1 minit sebelum angkat, tabur kulit limau. rata-ratakan dan terus angkat.

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

Thursday, 22 February 2018

TEMPE SAMBAL BILIS ...Mudah dan Sangat Sedap !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua....................

Hari ini nak kongsi resepi TEMPE SAMBAL BILIS yang awaresome.
Lauk yang saya sediakan pada penghujung tahun lepas, tapi terlupa pula nak di post dalam blog ini.
Kira nya resepi tertunggaklah ni...

Walau tertunggak, tapi bila terpandang foto ini rasa teruja sangat nak masak dan makan lagi.
Maklum boleh dikatakan pada penghujung tahun lepas saya kerap menyediakan lauk berasaskan tempe.
Resepi ini saya kalau tak silap 3 kali saya ulang sediakan dalm tempoh sebulan tu

Sampaikan...
bila kepasar tani tiap minggu, adik yang menjual akan hulurkan tempe tanpa diminta. Dah tahu saya peminat tempe kan .......

Saya pula apalagi,...siap promote resepi tempe yang awaresome pada adik tersebut. Al-maklum kata nya beliau tak tahu resepi2 tempe ni sebab kurang minat makan...

Dan hari ini saya berlauk tempe lagi..
Nanti saya sharekan resepi nya bila dah siap editing ya ......

Tapi kali ini resepi TEMPE SAMBAL BILIS ...Mudah dan Sangat Sedap


Bahan A
2 keping tempe (di potong kepada kiub kecil)
minyak secukup nya untuk goreng 1/2 tenggelam

Bahan B
sedikit minyak untuk menumis
1 tangkai daun kari
3 ulas bawang merah (dihiris nipis)
3 ulas bawang putih  (dihiris nipis)

Bahan C (di kisar sehingga halus)
15 tangkai cili kering (sesuaikan kepedasan yang disukai)
sedikit belacan
sedikit air

Bahan D
1 1/2 mangkuk kecil ikan bilis
1 tangkai daun kari
sedikit jus asam jawa (saya masukkan 3/4 camca kecil asam jawa 'Adabi')
sedikit gula
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan mintak dalam kuali dan goreng tempe sehingga keperangan untuk memastikan ia ranggup dan lebih beraroma. Angkat dan toskan minyak.
2. Goreng kacang tanah pula sehingga ranggup.Angkat dan toskan minyak.
3. Ketepikan.

4. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan B sehingga bertukar keperangan.
5. Masukkan bahan C dan ikan bilis. Apabila cili kisar hampir pekat, perlahan kan api dan masak sehingga ia pecah minyak.
Terpulang... samada mahukan sambal sedikit kering atau berkuah.
Untuk kali ini saya sediakan versi kering, terdahulu nya adalah jenis berkuah... selera saya lebih kepada yang berkuah.
6. Masukkan lagi 1 tangkai daun kari dan ratakan.
7. Perasakan dengan gula dan garam.
8. Masukkan tempe dan kacang yang telah di goreng. Ratakan selama 5 minit terus boleh diangkat untuk dihidangkan.


Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

Friday, 16 February 2018

SAMBAL KETUMBAR IKAN DURI MASIN ... nak bagi pecah 'lioq' !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua....................

Selera nak makan ikan masin yang dimasak sambal, 
maka terhasil lah SAMBAL KETUMBAR IKAN DURI MASIN.

Masa kepasar beberapa hari lalu, saya terhendap-hendap meninjau ikan kering yang berkenan di hati.
Banyak sangat, berbagai jenis ikan disusun rapi dalam raga jualan.
Hingga kan tak tahu yang mana yang nak di ambil.

Lama juga dok meninjau.
Nyonya jualan pulak asyik tanya.. 'nak ikan apa'
Hishhh !!!!
Tak boleh jadi..
Last saya suruh nyonya pi layan customer lain, tak payah lah tunggu saya 

Kalau jumpa yang berkenan, saya akan maklumkan.

Memang macam tu lah sikap cerewet saya.
Dari segi pemilihan sekecil-kecil barang hingga lah sebesar-besar
Biar lambat tapi puas hati.. 

Akhir nya Ikan duri menjadi pilihan hati.
Beli tak banyak 2 ekor ja..hehehe


Bahan A
2 ekor ikan duri masin (boleh digantikan dengan ikan talang , sepat  atau pon kurau) di potong kepada ketulan sederhana besar
sedikit minyak untuk mengggoreng.

Bahan B
sedikit minyak goreng ikan kering diatas
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)

Bahan C (dikisar halus)
5 cili merah segar
6 biji cili padi merah (sesuaikan kepedasan yang dikehendaki)
1 camca kecil udang kering
1 biji bawang besar
sedikit air

Bahan D
1 camca kecil asam jawa (saya guna jenama 'ADABI')
1 camca besar Sos Cili 'Life'
Gula kabung/melaka sebesar ibu jari
1-2 camca besar gula putih
sedikit Kicap Lemak masin
sedikit air (jika mahu sedikit berkuah)
1/2 mangkuk kecil Hirisan daun ketumbar

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan kering sehingga masak. Angkat dan toskan.

2. Kurangkan minyak jika berlebihan dan tumis bahan B sehingga hampir keperangan.
3. Masukkan bahan C,  ratakan, perlahankan api dan masak sehingga pecah minyak.
4. Masukkan bahan D kecuali daun ketumbar. Biar sehingga mendidih semula.
5. Masukkan ikan kering yang siap digoreng dan juga daun ketumbar.
6. Biar selama 5-7 minit dan boleh diangkat untuk dihidangkan.

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

Wednesday, 14 February 2018

MEE KARI GORENG TERLAJAK SEDAP .. dah meleleh tengok ! Esok kita goreng lagi ....



Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua....................

MEE KARI GORENG yang TERLAJAK SEDAP ini saya sediakan beberapa hari lalu.
Biasa nya mee kari adalah jenis yang berkuah banyak kan ....

Tapi ini versi goreng
Goreng lembap-lembap memang power giler !

Kepada sesiapa yang berhajat nak goreng mee dengan sedikit kelainan  boleh lah  cuba resepi ini.

Kalau tak sedap tak kan habis 1/2 bungkus mee ini untuk saya seorang makan.
Keesokkan nya saya goreng lagi 1/2 bungkus .

Jom....


Bahan A
1/2 bungkus mee basah (dialirkan air untuk menghilangkan bauan jika ada)
3 pokok kucai (dipotong 1 ")

Bahan B
minyak untuk menumis
1 1/2 biji bawang besar (dihiris nipis)
4 ulas bawang putih (dihiris nipis)
2 tangkai daun kari

Bahan C
1 camca besar (penuh) rempah kari ikan + sedikit air (Jadikan pes)
1 camca besar cili kisar  (ikut kepedasan)

Bahan D
1 mangkuk kecil udang kertas (dibuang kulit)
2 ekor sotong (dipotong gelung)
1 biji tomato segar (dibelah 8)
2 biji cili padi hijau (* Optional. Jika mahu lebih pedas)
2 biji cili padi merah  (* Optional. Jika mahu lebih pedas)
1 1/2 camca besar Sos Cili Life
2 camca besar gula putih
Kicap Lemak Masin 'Kipas Udang'
Air secukupnya (Lebihkan jika mahukan mee yang lembab/basah)
*Tidak menggunakan garam

Bahan E
Bawang Goreng
Tauhu (boleh digoreng atau direbus)


Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar. Goreng sehingga layu.
2. Masukkan bawang putih dan daun kari. Kacau sehingga terbit bau harum.
3. Masukkan bahan C,  kecilkan api dan masak sehingga terbit minyak.
4. Masukkan kesemua bahan D dan sebati seketika selama 5 minit baru dimasukkan air secukup nya. Jika mahu kan mee yang lembab atau berair boleh dilebihkan sedikit air nya. Sebatikan dan biar sehingga ia mendidih.
5. Masukkan kucai, di ikuti dengan mee dan kacau rata. Biar selama 5-10 minit bolehlah diangkat untuk dihidangkan dengan taburan bahan E.

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

Thursday, 8 February 2018

SUP KAMBING MAMAK ... sedap menyelerakan makan dengan nasi beriani mahu pon nasi putih ! Jom tonton YOUTUBE !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua....................

SUP KAMBING MAMAK ini saya sediakan untuk dimakan bersama 'NASI BERIANI PUNCAK MUTIARA' terkenal keenakkan nya terutama di Pulau Pinang yang akan menyusul kemudian nanti.
Tunggu ya........

Tapi kali ini saya sajikan dengan SUP KAMBING dulu.

Pengalaman menikmati sup di restoren mamak sebenar nya menjadikan saya serik sampai sekarang.
Manakan tidak.. bila teringat kembali saya kena food poisoning yang teruk !
Sampai tak bermaya seluruh badan dek cirit birit, muntah muntah dan demam ........jadi lemah seluruh anggota badan.

Jadi jika ke restoren mamak, saya memang tak akan pandang lagi sup walau sesedap mana pon di khabarkan.
Melainkan dimasak sendiri yang lebih terjamin kebersihan nya.

Hajat hati tu nak masak Sup Paha Kambing, tapi tak kesampaian.
Nak dapatkan  paha kambing bukan nya senang, jadi ada bahagian isi bersama sedikit tulang dan lemak-lemak pon boleh lah. Janji Kambing....

Rujukan resepi dari koleksi Tuan Mamak Haji DI SINI.
Perbezaan yang ketara sup mamak ini dengan sup biasa adalah kepekatan dan keterasaan rempah-rempah segar berbanding sup biasa yang cair dan tidak berperisa rempah.

Resepi ini saya terpaksa olah sedikit kerana ketiadaan tulang kambing untuk penyediaan broth.
Rempah ratus pula saya hanya menggunakan rempah sup paket saja.
Rasa nya menjadi Superrrr Sedap !

Terima Kasih Tuan Haji....


Jom ...
Tapi sebelum tu kita tonton YOUTUBE dulu ! 

Jangan lupa jom ramai-ramai .......SUBSCRIBE YOUTUBE dan SHARE FHA Selemak Santan ........ supaya anda semua tidak ketinggalan  dengan video-video masakan yang lain !




Bahan A
500-600 g  daging Kambing
1/2 batang lobak merah (dipotong kiub)
1 batang saleri (dipotong pendek)
Air secukupnya untuk merebus

Bahan B
1 paket rempah sup
1 camca kecil lada hitam biji (ditumbuk)
1 camca kecil lada putih biji (ditumbuk)
1 biji bawang besar + sedikit air (dikisar halus)
2 camca besar pes Halia & Bawang Putih
1/2 batang lobak merah (dipotong kiub)
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
kiub pati daging
garam

Bahan C
Hirisan daun sup
Bawang Goreng
1 biji tomato segar (dibelah 8)
1 pokok Daun Ketumbar

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan A dalam periuk tekanan dan rebus sehingga daging lembut (anggaran 30 minit bermula dari air rebusan mula mendidih)
2. Apabila daging sudah empuk, keluarkan lemak-lemak yang terampai di permukaan rebusan.
3. Masukkan bahan B dan renihkan dengan api perlahan supaya rempah ratus meresap mesra bersama daging.
4. Apabila pasti lobak merah lembut dan rempah masak sempurna, taburkan dengan bahan C.
5. Siap dan boleh dihidangkan.

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

Monday, 5 February 2018

DAGING MASAK ITAM 'NASI KANDAR PULAU PINANG' .... Walla ! Sedap nya. Restoren mamak dah kurang pelanggan !!!


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua....................

Kalau anda pernah makan DAGING MASAK ITAM di restoren Mamak, saya cadangkan anda mesti cuba resepi ini.
Saya pasti anda akan puas hati sangat-sangat.
Tak perlu ke Restoren Mamak lagi ye..
Masak sendiri lebih terjamin kebersihan nya dan yang pasti selain sedap kita boleh makan berulang-ulang kali sampai puas dan licin dengan harga yang murah.

Resepi yang dikongsi oleh Mamak Haji ini DI SINI memang sebiji saperti di restoren Mamak.
Cuba ya... jangan tak cuba !
Rugi tau .....................
Saya puas hati sangat.. Berulang-ulang tambah nasi hinggakan tengah malam pon saya boleh masuk dapur lagi.
Habis lah diet akak !!!

Opss !!! Bekas bekas masakan di dasar periuk pon sayang nak dibuang, siap digaul dengan nasi lagi...

Dah banyak resepi Mamak Haji saya cuba dan hasil nya puas hati sangat.

Terima Kasih Mamak Haji atas perkongsian resepi  !

Jom...



Bahan A
1 kg Daging (dipotong hiris mengikut urat daging jadikan 14 keping).
Air secukup nya (untuk direbus lembut)

Bahan B
2 senduk Minyak masak.
2 inci Kulit Kayu manis
5 biji buah pelaga
4 kuntum bunga lawang
8 kuntum bunga cengkih.
2 helai daun pandan (di potong 3")
1 batang serai (di ketuk pangkal)

2 labu Bawang Besar (dibelah 2 dan dihiris nipis memanjang saperti semua masakan nasi kandar) .

Bahan C
2 sudu besar 'Pes Halia Bawang Putih'
2 labu Bawang Besar + sedikit Air (dikisar halus)

Bahan D
100gm Cili Giling atau mengikut kepedasan yang di sukai.
100 gm Rempah kari Daging
1/2 sudu kecil Serbuk Jintan Putih.
1/2 sudu kecil Serbuk Jintan Manis
1/2 sudu kecil Serbuk Kas-kas * Optional
1 sudu kecil Garam Masala * Tiada stok 
4 sudu besar Sos Cili.
2 sudu besar Sos Tomato (* Tiada stok, saya gantikan dengan jus limau kasturi 2 biji)
7 sudu besar Kicap Pekat Mee (tamim amat sesuai) atau sesuaikan warna yang dikehendaki.
Sekiranya masak dalam kuantiti yang banyak, gunakan kramel kicap kerana ia tidak punyai kemasinan.

Bahan E
1 sudu besar  Gula Pasir (* Saya gantikan dengan gula kabung)
Garam secukup rasa.
2 tangkai daun kari

Bahan F
Daun Pudina
Bawang Goreng

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Daging direbus sehingga empuk dan pastikan air rebusan daging ini tidak di buang.
Sekiranya menggunakan daging segar, ia tidak perlu direbus dahulu.
2. Panaskan minyak didalam kuali dan tumis bahan B (kecuali hirisan bawang besar). Goreng hingga  ia mula keluarkan bau yang harum.
3. Masukkan hirisan bawang dan kacau lagi sehingga is bertukar keemasan.
4.Masukan bahan C dan kacau sehingga ia keluarkan bau harum (*Saya masak agak lama juga untuk menghilangkan bau bawang kisar)
5. Masukan cili giling dan dikacau rata.  Selepas 3-4 minit masukkan daging bersama air rebusan, dan bahan D yang lain.  Kacau rata dan biar sehingga kuah menjadi pekat dan terbit minyak yang banyak.
6. Kecilkan api dan masukan gula dan garam (awas dengan kemasinan kicap tersedia ada).
7. Padamkan api dan masukan daun kari.  Siap.

8. Taburkan daun pudina dan bawang goreng sebelum dihidangkan.

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my