SUP KAMBING MAMAK ... sedap menyelerakan makan dengan nasi beriani mahu pon nasi putih ! Jom tonton YOUTUBE !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua....................

SUP KAMBING MAMAK ini saya sediakan untuk dimakan bersama 'NASI BERIANI PUNCAK MUTIARA' terkenal keenakkan nya terutama di Pulau Pinang yang akan menyusul kemudian nanti.
Tunggu ya........

Tapi kali ini saya sajikan dengan SUP KAMBING dulu.

Pengalaman menikmati sup di restoren mamak sebenar nya menjadikan saya serik sampai sekarang.
Manakan tidak.. bila teringat kembali saya kena food poisoning yang teruk !
Sampai tak bermaya seluruh badan dek cirit birit, muntah muntah dan demam ........jadi lemah seluruh anggota badan.

Jadi jika ke restoren mamak, saya memang tak akan pandang lagi sup walau sesedap mana pon di khabarkan.
Melainkan dimasak sendiri yang lebih terjamin kebersihan nya.

Hajat hati tu nak masak Sup Paha Kambing, tapi tak kesampaian.
Nak dapatkan  paha kambing bukan nya senang, jadi ada bahagian isi bersama sedikit tulang dan lemak-lemak pon boleh lah. Janji Kambing....

Rujukan resepi dari koleksi Tuan Mamak Haji DI SINI.
Perbezaan yang ketara sup mamak ini dengan sup biasa adalah kepekatan dan keterasaan rempah-rempah segar berbanding sup biasa yang cair dan tidak berperisa rempah.

Resepi ini saya terpaksa olah sedikit kerana ketiadaan tulang kambing untuk penyediaan broth.
Rempah ratus pula saya hanya menggunakan rempah sup paket saja.
Rasa nya menjadi Superrrr Sedap !

Terima Kasih Tuan Haji....


Jom ...
Tapi sebelum tu kita tonton YOUTUBE dulu ! 

Jangan lupa jom ramai-ramai .......SUBSCRIBE YOUTUBE dan SHARE FHA Selemak Santan ........ supaya anda semua tidak ketinggalan  dengan video-video masakan yang lain !




Bahan A
500-600 g  daging Kambing
1/2 batang lobak merah (dipotong kiub)
1 batang saleri (dipotong pendek)
Air secukupnya untuk merebus

Bahan B
1 paket rempah sup
1 camca kecil lada hitam biji (ditumbuk)
1 camca kecil lada putih biji (ditumbuk)
1 biji bawang besar + sedikit air (dikisar halus)
2 camca besar pes Halia & Bawang Putih
1/2 batang lobak merah (dipotong kiub)
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
kiub pati daging
garam

Bahan C
Hirisan daun sup
Bawang Goreng
1 biji tomato segar (dibelah 8)
1 pokok Daun Ketumbar

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan A dalam periuk tekanan dan rebus sehingga daging lembut (anggaran 30 minit bermula dari air rebusan mula mendidih)
2. Apabila daging sudah empuk, keluarkan lemak-lemak yang terampai di permukaan rebusan.
3. Masukkan bahan B dan renihkan dengan api perlahan supaya rempah ratus meresap mesra bersama daging.
4. Apabila pasti lobak merah lembut dan rempah masak sempurna, taburkan dengan bahan C.
5. Siap dan boleh dihidangkan.

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

No comments:

Powered by Blogger.