BEGEDIL UDANG ... aroma tak sama macam begedil ayam, daging mahupon ikan
Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua
Begedil, begedil, begedil
Semua hakak suka,
Janji begedil tau !
Kalau dapat ratah depan TV, memang sah tak sedar licin .....
Daging, Ayam, Ikan, Sotong, Ketam, Udang semua sedap kan
Kalau Ketam remeh sikit sebab kena tanggal kan kulit yang keras dahulu.
Jenuh dok kupas, payah juga ni !
Lagi pon ketam mahal sikit kos nya
Udang boleh tahan,
Masa menggoreng memang aroma begedil ini ...... Full lla mmak sedap nya !
Tak sama aroma begedil ayam, daging mahupon ikan
Sedap aroma udang ni
Lagi pon hakak ni 'antu' pedas
Jadi hakak tambah cili padi kampong yang 'kiut miut' tu, banyak juga lah fuhh !
Berasap pedas tapi sedap nyaaaaaaaaaaaaaa !
Kebetulan hakak masak soto, jadi begedil ini hakak masak lebih
Jom...
Bahan A
4-5 ketul ubi kentang * Elakkan menggunakaan kentang US yang terlalu gebu dan mudah hancur apabila direbus Kentang ini biasa nya bersaiz besar dan kelitnya sedikit cerah berbanding kentang biasa yang lain.
1 1/2 mangkuk kecil udang kertas yang siap dibuang kulit
Bahan B
1 biji bawang Holland (dibelah 16 dan dihiris nipis)
1 camca teh lada hitam (ditumbuk halus)
2 camca besar bawang goreng
6 biji cili padi (dihiris nipis) * Sesuaikan kepedasan
2-3 camca besar tepung jagung * bergantung kepada kelembutan ubi rebus
1/2 camca teh serbuk perasa ayam
1/2 mangkuk hirisan daun ketumbar *optional
1 1/2 mangkuk kecil hirisan daun sup
sedikit garam
Bahan C (dikocak)
1 biji telur
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Ubi direbus sehingga empuk, dikupas kulit dan di lenyek. * Pastikan tutup tudung periuk untuk mempercepatkan proses merebus.
2. Jika menggunakan udang bersais sedang atau besar, seelok nya dipotong kepada ketulan kecil.
3. Satukan kesemua bahan A dan B dalam satu bekas dan digaul rata.
4. Ambil sejemput aduanan, bulat-bulatkan kemudian leperkan. Buat sampai habis.
5. Panaskan minyak dalam kuali (seelok nya gunakan kuali non-stick),
6. Celup ketulan bergedil dalam telur dan goreng.
* Pastikan bahagian bawah bergedil sedikit keperangan baru dialihkan.
Okey serius tak pernah cuba tapi dah boleh agak bau dia mcmana. aduyai haha...
ReplyDeleteMemang sedap aroma udang goreng ...
DeleteWah, special ni Puan! Rugi kalau tak cuba.
ReplyDeleteDah biasa makan bergedil ayam n daging.
DeleteCari sedikit kelainan
waduhhh dana biasa dgr begedil ayam ngn daging je, ni begedil mahal ni kak pakai udang hehehe...
ReplyDeletearoma udang msti sedap... kalau boh dlm jemput2 pun bau dia menggoda
rajin akak membegedil
masak sendiri boleh ikut selera kita dan ulang makan
DeleteMacammana ye rasanya kalau letak udang? Kena try jugak ni..
ReplyDeletesedap.
DeleteMasa goreng pon dah terbau aroma udang
sy igt kn td guna udang kering ;-)
ReplyDeletepakai udang segar. memang ber aroma masa menggoreng
ReplyDeletebiasa makan dan pernah jumpa begedil ayam n daging je. udang belum lagi. nak minta mak buat lah kihkihhh
ReplyDeletesedap sayidah. aroma udang semasa begedil digoreng, macam tak sabar nak makan. guna udang segar ya,
Delete