PIPA TAUFU ...Citarasa Chinese Hokkien ! Jom tonton YOUTUBE !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua

Sekarang ini akak makin semangat nak mencuba resepi pelbagai masakan kaum Cina.
Maklum ingin mencari sedikit kelainan, cuba sekali rasa makin-makin nak mencuba banyak lagi...

Buat masa kini akak banyak rujuk dari group masakan di sini  'CHEF HASSAN HEN MAI KONGSI RESIPI'.
Semua resepi mengujakan akak.
Untuk asal resepi ini boleh rujuk RESEPI PIPA TAUFU

Terima Kasih Chef Hassan Hen

Jom hari ini akak nak share kembali tersebut ...

KITA TONTON VIDEO dulu...

Jangan lupa.....SUBSCRIBE YOUTUBE dan SHARE FHA Selemak Santan ........ supaya adik-adik akak semua akan dimaklumkan dengan video-video masakan yang lain !



Bahan-bahan yang digunakan ...



Boleh guna sebarang sudu plastik semasa proses mengukus.
Yang ini sudu yang akak gunakan ....



Bahan A
3 keping tauhu ~ 350 gram (dipotong kecil)
250 gram udang hidup (dibuang kulit)
1 camca kecil Perasa Ayam
1 camca kecil gula Putih
1 biji telur ayam
1 camca kecil Tepung Sagu  * Chef menggunakan Tepung Ubi Kayu
1/2 camca kecil sedikit garam

Bahan B
1 mangkuk kecil Hirisan Daun Bawang 
1 mangkuk kecil Daun Sup * akak tambah
1 camca besar Udang Kering (direndam 10 minit dan ditumbuk) 
2 keping Cendawan Telinga Gajah (Direndam dalam air panas sehingga kembang selama 1/2 jam. Kemudian di hiris nipis)
2 ketul Chicken Frankfuter * Chef menggunakan 1 keping Chicken Slice (Dipotong kecil)
1/2 camca kecil Lada hitam serbuk * akak tambah
4 biji cili padi * Akak tambah (dihiris nipis)

Bahan C
1/2 cawan minyak masak
Sudu Plastik secukup nya
Minyak secukup nya untuk menggoreng
Periuk Mengukus

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan A kedalam mesin pengisar dan kisar sehingga sebati  
*JANGAN DI TAMBAH AIR. Gunakan 'batang plastik blender' semasa mengisar untuk memudahkan proses kisaran.

2. Keluarkan bahan kisaran kedalam mangkuk.
3. Masukkan semua bahan B dan diaduk sehingga rata.

4. Dalam masa yang sama panaskan periuk pengukus.

5. Celup hujung sudu plastik kedalam minyak.
6. Ambil anggaran sejemput adunan dan letakkan kedalam sudu kemudian ratakan. 
Ulang langkah 5 dan 6 sehingga habis.
7. Kukus selama anggaran 5 minit sudah mencukupi untuk membeku kan ia.
8. Keluarkan ia dari sudu. Jika mengalami sedikit kesukaran, boleh lah diketuk ketuk sedikit sudu itu pada pinggan.

9. Panaskan minyak dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas untuk mengelakkan kuih ini 'mengerutu'.
10. Goreng sehingga hampir keemasan dan boleh diangkat. Pastikan jangan dgoreng terlalu lama kerana kueh ini akan sedikit keras dibahagian luar.

11. Siap.
Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

2 comments:

  1. amboii sedapnya..terasa macam nak buat jugak nanti nii

    ReplyDelete
  2. Sekarang akak teruja sangat ak mencuba resepi cina Hokkien. Setakat yg dah masak, semua sedap belaka

    ReplyDelete

Powered by Blogger.