KWETIAU SUP 'CHINESE HOKKIEN' ....memang sedap ! Kena sangat dengan selera akak untuk berbuka. Jom tonton YOUTUBE !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua

Hari ini dah masuk hari ke 6 kita berpuasa...
Untuk berbuka semalam akak sediakan KWETIAU SUP saja ala-ala Cina Hokkien.
Atau ramai yang kenal ia sebagai Kwetiau TH'NG.

Boleh rujuk di sini KWETIAU TH'NG post pertama kali akak masak. 
Resepi asal dari fb Chef HassanHen  di SINI

Sejak menjak pandai buat kwetiau ni, boleh kata akak kerap juga sediakan nya....

Sebab nya
... Pertama , mudah sangat nak sediakan.
... Kedua, akak memang suka makan makanan yang lembut,
... Ketiga, akak suka makanan yang berair, suka menghirup
... Keempat, yang pasti ia amat sedap
Tambahan pula ada cili padi potong
yummy !!!!

Hasrat hati nak masak 3 hari yang lepas,
Tapi fish ball dan fish cake tak ada, dah merata kedai di cari,
Kalau ada tu, akak muskilkan pula ke halal nan nya.

Jadi semalam, hati teragak-agak nak keluar pergi cari lagi ke tidak, nak keluar ke tidak ?
Akhir nya lepas solat asar, akak ke kedai juga,
Alhamdulillah... stok baru sampai,

Sambar siap-siap 3 bungkus fish cake dan 3 bungkus fish ball
Buat stok kat rumah
Malas lagi nak drive keluar... maklum puasa kan ... ahaks !

Untuk kali ini akak dah pandai sikit,
Akak potong sengkuang tu kepada ketulan ketulan kecil.
Jadi bila makan tu lebih terasa macm kita kunyah fish ball dan fish cake....



Jom kita kedapur, kali ini akak REPOST ja video hari tu,
Mana tau kot ada sapa-sapa yang tak clear , boleh lagi clear ...

Jangan lupa ya, jom ramai-ramai .......SUBSCRIBE YOUTUBE dan SHARE FHA Selemak Santan ........ supaya anda semua tidak ketinggalan  dengan video-video masakan yang lain !



Mai kita tengok bahan-bahan nya dulu


KWETIAU
1 bungkus Kwetiau
Air Mendidih secukup nya

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Masukkan kwetiau ke dalam mangkuk. Boleh juga masukkan dalam penapis dan letak kan ia kedalam mangkuk.
2. Curahkan air mendidih dan ratakan. Tujuan untuk mengasingkan minyak lebihan secara tak langsung membersihkan ia jika terdapat kotoran.
3. Tos kan air tersebut.

MINYAK BAWANG PUTIH
2 labu Bawang Putih (di cincang)
1 cawan Minyak Masak

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng bawang putih cincang sehingga keperangan.
2. Apabila bawang kelihatan 1/2  perang, boleh diangkat segera. Ini adalah untuk mengelakkan ia terlebih goreng dan boleh cepat hangus dek kerana kepanasan minyak bawang.


CILI KICAP
Cili Padi Hijau (dihiris nipis)
Cili Padi Merah  (dihiris nipis)
Kicap Lemak Manis 'Kipas Udang'
Kicap Lemak Masin 'Kipas Udang'
1 Biji Limau Kasturi (di ambil Jus)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan semua bahan didalam mangkuk dan dikacau sehingga rata.
2. Siap untuk dihidangkan.


SUP AYAM
Bahan A
2 ketul dada Ayam
Tulang dan Kaki Ayam
Air secukup nya (untuk merebus bersih)

Bahan B
3 liter air
Sebiji sengkuang sebesar penumbuk (di belah 4)
Bebola Ikan/Ayam
Kek Ikan
Gula Batu sebesar 'Ibu Jari Tangan'
1 camca  teh Perencah 'Hilal'
1 1/2  camca besar 'Stok Ayam Maggi'
garam

Cara-Cara Menyediakan nya 
1. Didihkan air didalam periuk.  Apabila air telah mula mendidih, masukkan ayam bersama tulang.
Balik-balikkan ia selama 1/2-1 minit untuk mengeluarkan kotoran.
2. Keluarkan ayam dan tulang.
3. Seterusnya basuh ia dibawah aliran air.
4. Air rebusan bersama kotoran akan dibuang.

5. Masukkan air bersih secukupnya (sebagai kuah) kedalam periuk yang lain.
6. Masukkan ayam bersama tulang (yang telah dibersihkan).
7. Masukkan sengkuang dan 1 camca besar Bawang Putih yang telah goreng tadi.
8. Rebus selama 20-30 minit dengan api sederhana.
9. Keluarkan isi ayam (isi sahaja).
10. Masukkan bebola ikan/ayam, kek ikan, gula batu, perencah Hilal, Stok Ayam dan garam. Masak sehingga mendidih semula.
11. Siap untuk di hidangkan

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

No comments:

Powered by Blogger.