Saturday, 30 June 2018

UDANG GALAH 'SAMBAL BAWANG BERKICAP' ... alahaiii sedap nya !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum semua ...

Hujung minggu tentu ada yang meluangkan masa untuk menhadiri undangan rumah terbuka.
Maklum kita masih dalam suasana Hari Raya.

Tapi kalau asyik makan ketupat, lemang, rendang  tentu jemu juga kan.

Jom kita masak udang pula ..

Salah satu lauk yang paling akak suka UDANG GALAH 'SAMBAL BAWANG BERKICAP'.
Sebenar nya resepi ini boleh juga digantikan dengan ayam, daging mahu pon ikan.

Memang sedap ...

Jom


Bahan A
6-8 ekor  udang galah
1/2 camca teh kunyit serbuk
sedikit garam

Bahan B
sedikit minyak untuk menumis
6 ulas bawang putih (dicincang halus)

Bahan C (ditumbuk 3/4 hancur)
4 biji cili merah segar
6 biji cili padi (sesuaikan kepedasan)
8-10 ulas bawang merah
1 camca teh belacan

Bahan D
2 tangkai daun kari
Kicap masin 'Kipas Udang'
Kicap manis 'Kipas Udang'
3 biji tomato ceri kuning
3 biji tomato ceri merah
Jus limau nipis (dari 1 biji)
2 tangkai daun sup (dipotong pendek 1")
sedikit garam (jika perlu)


Cara-Cara Menyediakan nya
1. Udang dibuang hujung mucung, misai dan kaki nya yang keras.
2. Di perap dengan bahan A yang lain selama 1/2 jam.

3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga bertukar keemasan.
4. Masukkan udang yang telah diperap.
5. Goreng 1/2 masak dan angkat dari kuali.

6. Dengan baki minyak yang sama (biarkan jika terdapat sisa bawang putih), masukkan daun kari. Kacau-kacau seketika dan terus masukkan bahan tumbuk.
7. Masak dengan api perlahan sehingga bawang layu dan terbit sedikit minyak.
8. Tambahkan 'sedikit' air panas supaya ia sedikit berkuah
9. Masukkan kicap masin dan kicap manis kipas udang
10. Perasakan dengan garam (jika perlu)
11. Akhir sekali masukkan udang yang telah digoreng, tomato ceri, dan hirisan daun sup.
12. Biarkan ia merenih selama 5 minit tambahan supaya udang masak sempurna.
13. Siap untuk dihidangkan

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

Wednesday, 27 June 2018

KARI UDANG RESTOREN NASI KANDAR..... resepi 'kedai rempah shahul hameed' yang sedap ! Jom tonton YOUTUBE !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum
Masih dalam mood hari raya lagi kan ....

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin


Punya lah nak masak gulai udang stail restoren nasi kandar, akak sanggup ke Kepala Batas untuk bertanya resepi idaman.
Sambil sambil tu borong beberapa rempah untuk stok sendiri.


Di utara ini siapa yang tak tahu 'Kedai Rempah Shahul Hameed'.
Kedai rempah yang begitu 'FEMESSS' di Utara ni.

Yang tak pernah masuk dapur saja lah, yang tak tahu  kan !!!!
Pelanggan boleh dikatakan sentiasa ada ...... masuk.. keluar ... masuk.. keluar

Malah yang tinggal jauh di Kuala Lumpur mahu pon di Johor, kalau balik atau datang ke Utara, tak akan lupa singgah untuk membeli stok dapur.

Terletak dalam pekan kepala batas, berhadapan dengan Kompleks Komersial Kepala Batas.
Kedai yang dah berpuluh tahun menapak disini.
Dari arwah bapa nya dan kini diwariskan kepada anak-anak beliau.

Dari kedai yang agak usang, maklum dah lama beberapa tahun lalu,
dan kini telah berwajah baru didalam.
Dengan susun atur barang jualan begitu kemas !




Macam-macam rempah ada disitu,
Bak kata iklan di ASTRO.... macam-macam adaaaaaaaaaaaa !

Sebut saja,

Akan diadun campuran rempah dihadapan kita.
Nak pedas, kurang pedas, lebih kan jintan dan sebagai nya..
Sebut saja.............

Yang akak rasa kagum, mereka boleh ingat berapa gram setiap rempah ratus yang perlu dicampurkan bagi menghasilkan berat timbangan Rempah yang di minta pelanggan.

Contoh kalau pelanggan mahukan 5 kg rempah kari ikan, berapa timbangan jintan manis, jintan putih, lada serbuk, ketumbar serbuk, cili serbuk dan lain-lain harus disatukan dalam plastik.

Itu kalau 5 kg, tapi kalau 6 kg, 7 kg, 8 kg....
Tanpa conggak-conggak terus di ceduk dari gundi terus dimasukkan dalam plastik.
Tapi hasil masakan dari rempah yang di adun memang umphh !!!!

Itu baru kari ikan, kalau kari daging, rempah kurma, rempah sup, rempah rendang besar, rempah masak kicap !
Kalau akak berpeluh nak ingat ..........


Berbalik pada resepi Kari Udang...
Teruja sangat nak masak kari stail mamak akak  sanggup bertanya.
Alhamdulillah, memang tak lokek resepi...
Gigih bercerita step by step pada akak.

Takut terlupa, akak ingat nak rakam saja voice mail bukan nya video pon
Tapi malu agak nya, terus dicari salinan resepi untuk akak.

Rezeki akak, last sheet..
Ada macam-macam resepi disitu.

Mai -mai kita masak KARI UDANG RESTOREN NASI KANDAR

KITA TONTON VIDEO dulu ya...

Jangan lupa.....SUBSCRIBE YOUTUBE dan SHARE FHA Selemak Santan ........ supaya adik-adik akak semua akan dimaklumkan dengan video-video masakan yang lain !




Bahan A
300 -500 gram Udang Besar
15-20 Kacang Buncis * akak tambah

Bahan B (bahan tumis)
minyak untuk menumis
3 biji bawang kecil (dimayang nipis)
2 tangkai daun kari
1 inci kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih

Bahan C (Jadikan pes)
1 inci halia
6 ulas bawang putih
Tapi lebih sedap ia ditumbuk kerana aroma dan rasa memang berbeza.

Bahan D (Jadikan pes)
2 camca besar 'penuh' Rempah Kari Udang
Air Panas secukup nya
1 camca besar kas-kas * optional

Bahan E
1 biji bawang besar  (dikisar. Tapi lebih sedap jika ia ditumbuk)
1 camca besar Tomato Puree

1 camca besar Yogurt atau Tairu
1 keping asam gelugor *optional jika mahukan sedikit masam
Santan Cair secukup nya * optional
garam secukup nya

Bahan F
1 biji cili hijau (dibelah 2)
1 pokok ketumbar
Segenggam daun pudina

Cara-Cara Menyedikan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumis bahan B sehingga bawang layu.
3. Masukkan bahan C dan terus kacau sehingga hilang aroma 'bawang kisar' (jika dikisar) dan pastikan bawang betul-betul kecut.
4. Masukkan bahan D dan bawang kisar, masak sehingga pekat dan terbit minyak. Pastikan dikacau selalu untuk mengelakkan ia hangit atau berkerak.
5. Masukkan tomato puri dan terus masak sehingga minyak terbit kembali.
6. Masukkan bahan E yang lain. Sebatikan.
7. Masukkan udang dan buncis. Kecilkan api dan biar ia masak secara perlahan.
8. Akhir sekali masuk atau tabur dengan bahan F. Biarkan ia merenih sekejap dan boleh diangkat untuk dihidangkan.

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

Friday, 22 June 2018

SIRAP PUCUK PISANG ....Menjadi pilihan tetamu yang bertandang. Jom tonton YOUTUBE !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya semua...

Hari ini akak repost saja foto sirap kegemaran ramai ini.
Nak snap yang baru rasa malas sikit kebelakangan ni,
Tapi video penyediaan sirap ini akak dah shoot 2 hari sebelum raya
Hari ini baru siap, maklum notebook lembap bebenor !

OK ..
Resepi sirap ini dah banyak kali akak post tau
Cara menyediakan nya tetap sama
Cuma entry kali ini akak masukkan video saja..

Sirap yang paling akak suka dan kerap sediakan semasa perayaan Aidil Fitri, Aidil Adha, Rumah Terbuka, Office Open House, Portluck dan sebagai nya.

Kalau kat office dulu, sirap ini akan sentiasa akan ditunggu-tunggu oleh kenkawan pejabat.
Kalau raya pula, sirap ini yang akan di 'tala' dulu

Rasa nya ?
emm... memang sedap
perasa pisang dengan aroma daun pandan asli semerbak.
Semasa menyediakan nya, satu rumah harum mewangi .........

KITA TONTON VIDEO dulu...

Jangan lupa.....SUBSCRIBE YOUTUBE dan SHARE FHA Selemak Santan ........ supaya adik-adik akak semua akan dimaklumkan dengan video-video masakan yang lain !



Anak saudara akak kata, rasa ya ada sikit-sikit macam minuman soda yang ada dipasaran,
maaf lah akak tak ingat jenama apa, tapi botol warna hijau juga.
Akak sanggup turun kekedai, cari dan nak rasa sendiri ....
emm.. sikit saja rasa persamaan ia-itu banana. kalau diberi peratusan cuma 10 % saja

Sirap akak ini tiada soda, cuma gula, perasa pisang dan yag penting daun pandan mestilah banyak.
Kalau sehelai  dua memang tak menjadi lah...


Jangan cuba menggantikan daun pandan dengan perasa pandan ya dikk !.
Rasa nya memang lari jauh .....

Lagi banyak daun pandan, lagi sedap
Akak masak baru-baru ni 2 kilo gula, daun pandan 1 pokok, dalam 45-50 helai.
Memang berbaloi..
Lagi-lagi nak sambut tetamu yang bertandang di hari lebaran.






Bahan A
2 kilo Gula putih
45-50 helai daun pandan (dikoyak-koyakkan)
1 1/2 botol air biasa
1 camca besar pewarna hijau
1 1/2 camca besar 'Pisang Star Brand'

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Masukkan kesemua bahan A kecuali pewangi, kedalam periuk dan masak sehingga gula larut dan daun pandan betul-betul layu.
2. Angkat dan biarkan sirap sejuk sedikit, ~ 30 minit, baru dimasukkan pewangi 'Pisang Star Brand'.    (Jika sirap terlalu panas, aroma pisang akan berkurangan)

Hasil nya dapat 2 botol lebih sirap.

Cara Menyedikan minuman
1. Masukkan sedikit sirap kedalam jug,
2. Tambahkan air secukup nya.
3. Masukkan kiub-kiub ais batu. dan kacau
4. Siap untuk dihidangkan


Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

Thursday, 21 June 2018

RENDANG DAGING KURMA MADU ... rendang yang sedap dimakan bersama ketupat mahu pon nasi


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri semua...

Hari ini akak nak share resepi salah satu rendang yang akak sediakan semasa raya tempoh hari ia-itu RENDANG DAGING KURMA MADU.
Memang sedap sangat dik non.

Rendang ini disajikan dengan KETUPAT PULUT DAUN PISANG.
Dah kenyang makan pulut, akak makan juga dengan nasi.

Kalau ada yang berbaki buah kurma boleh lah diperbagaikan dengan masakan kita
Macam tempoh hari akak masak NASI MINYAK BUAH KURMA.

Dalam perancangan nak masak lagi  ni. In Sya ALLAH
Sedap wehh !!!

OK......
Jom kita layan saja resepi nya yaaaaa...




Bahan A
1 kilo daging (dihiris sederhana tebal)

Bahan B (Bahan tumis)
1 camca besar 'penuh' minyak sapi 'Ghee Blend'
1 camca besar minyak masak

8 ulas bawang putih (dihiris)
3 tangkai daun kari
1 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

Bahan C (Dikisar halus)
4 biji bawang besar
15 biji cili kering
10 biji cili padi merah
2 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 1/2 camca kecil lada putih biji
3 batang serai
100 gram kerisik
1/4 cawan minyak masak
Air secukup nya untuk mengisar

Bahan D
500 gram santan pekat
1 cawan kurma madu... dalam 15 biji (dibuang biji dan di potong kecil)
1 keping asam gelugor
garam secukup nya

Bahan E
1 pokok daun ketumbar (dihiris kasar)
2 helai daun kunyit (dihiris nipis)
4 helai daun limau purut (dihiris nipis)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak masak dan minyak sapi dalam kuali.
2. Tumis bahan B yang lain sehingga terbit aroma yang harum.
3. Masukkan bahan C bersama daging. Masak dengan api perlahan sehingga terbit minyak di permukaan kuah.
4. Masukkan bahan D dan teruskan masak dengan api perlahan sehingga daging empuk; kuah menjadi pekat kembali dan sedikit kering. Pastikan ia dikacau selalu untuk mengelakkan bahagian bawah hangit dan berkerak.
5. Agak-agak 10 minit sebelum angkat, taburkan dengan bahan E dan ratakan sekali lagi.
6. Siap untuk di hidangkan.


Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

Sunday, 17 June 2018

KETUPAT PULUT DAUN PISANG ... Selamat Hari Raya AidilFitri


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri semua...

Saperi tahun-tahun sebelum KETUPAT PULUT DAUN PISANG tetap menjadi juadah utama diatas meja hidang.
Kai ini dimakan dengan 'Redang Daging Kurma Madu' dan 'Rendang Daging Hitam'.

Raya pada tahun ini akak masak ketupat banyak dari kebiasaan.
Kemudian frozenkan ia,
Bila tamu berkunjung kerumah, keluarkan sedikit-sedikit dan kukus
Mudahkan....
Dulu tak terfikir pulak nak fozenkan ia.

Kali ini ketupat akak bersaiz comei-comei belaka
Setiap satu anggaran 30 gram saja bersesuaian dengan saiz daun pisang.
Lagi pon mudah sangat nak makan.  Tak perlu dipotong-potong...



Bahan A
1 kg BERAS PULUT SUSU
1500 santan (dari 3 biji kelapa)
* Seboleh nya, elakkan  dari mengguna santan kotak atau serbuk kerana texture pulut menjadi kurang menarik dan rasa kurang
2 1/2 camca besar gula putih
18 gram garam halus

6 pelepah daun pisang (dilayur diatas api terlebih dahulu)
tali rafia (dipecahkan kepada  3)

Cara-Cara Memasak Pulut
1. Basuh pulut beberapa kali untuk memastikan ketupat akan tahan lebih lama.
2. Masukkan pulut, santan, garam dan gula kedalam periuk dan tanak saperti tanak/masak nasi biasa.
3. 3-5 minit pertama selepas pulut diletakkan atas dapur, kacau dibahagian bawah untuk mengelakkan ia berkerak. Jangan ditinggalkan sehingga santan betul betul kering.
4. Perlahankan api sekecil yang boleh dan tutup periuk saperti memasak nasi.
5. Masak sehingga pulut masak sepenuhnya atau 3/4 masak.

6. Sudukan pulut anggaran 30 gram keatas daun pisang, gulung dengan daun pisang disusuli dengan memadatkan pulut kebahagian tengah.
7. Potong untuk memperkemaskan lebihan daun pisang.
8. Ikat dengan tali rafia. Sekiranya pulut ditanak 3/4 masak, ikatan harus dibiarkan sedikit longgar. Tetapi jika telah dimasak sepenuh nya, ikatan bolehlah diperketatkan sedikit.
9, Jika pulit kurang masak, boleh lah di kukus 45 minit - 1 jam. Tapi jika 4/5 masak atau hampir masak, sekejap saja proses mengukus nya dalam 20-30 minit saja.

TIPS:
Jangan di-tinggalkan pulut semasa memasak kecuali selepas langkah ke 4 di atas kerana santan cepat kering dan hangit.

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

Monday, 11 June 2018

HAINAN CHICKEN RICE 'SPECIAL' ... nyum-nyum nyum. Tersangat berpuas hati. Walla !!!


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua

Kita dah makin hampir dipenghujung Ramadhan.
Malam ini malam 27 !
Perasaan sedih mulai terasa kerana Ramadhan akan meninggalkan kita
Sekejap masa berlalu
Sekejap ia datang dan pergi

Perasaan nak sambut raya...
Tak ada langsung dalam diri akak
Tak saperti ketika arwah ayah dan emak emak masih ada dulu ...

Setakat itu curahan perasaan !
Tak nak cerita lebih-lebih
Meleleh air mata  ...
Hanya ALLAH yang tahu


Jom akak nak kongsi satu lagi resepi Chef Hassan Hen yang teramat sedap yang akak buat semalam, . Ahad
NASI AYAM HAINAN 'SPECIAL' ..
Memang sedap.
Apa lagi  akak ni memang peminat tegar Nasi Ayam Hainan

Ketika masih berkhidmat dulu, akak kerap menjamu selera di PNB Darby Park yang terletak bersebelahan bangunan PNB di KL.
Ada sedikit ilmu telah diperturunkan kepada akak oleh tauke  Nasi Ayam tu.
Maklum lah akak boleh dikatakan pelanggan tetap di gerai tersebut.

Kalau rajin boleh lah selak-selak blog akak untuk cari resepi tersebut.

Kali ini akak cuba pulak resepi Chef Hassan Hen
Link asal nasi  dari FB Chef   NASI AYAM HAINAN 
Link asal ayam dari FB Chef GOLDEN CHICKEN

Tapi akak terpaksa 'Menderhaka' sedikit ya Cheff !
Maklum akak ni memang tak boleh makan makanan yang tak pedas kaw !
Paling-paling tidak kena ada Cili Padi ulam pon dah kira OK
Jadi untuk kali ini akak gantikan Sambal Nasi itu dengan Sambal Kerisik 'sambal orang kampong'
Nampak pelik kan...

Tapi bukan akak sorang yang suka
Malah yang lain pon sama dalam keluarga besar
Siap ada yang suka hirup lagi, nasi pula asyik dok menambah-nambah ja
Kali ini akak masak untuk 5 keluarga... kenduri berbuka ala-kadar ...

Ayam akak !!!
Tolong jangan kecam ya
Maklum rupa nya tak ada sangat rupa Golden Chicken nya,
Tak apa..
Janji rasa nya memang TER TER amat-amat sedap nya

Akak guna semua paha ayam ..
Tapi risau juga kalau kurang masak didalam maklm semua paha ayam akak tu montok-montok dan gebu-gebu belaka.
Nak goreng lama risau textue ayam jadi keras,
Goreng sekejap pulak, takut masih berdarah dan ketika makan akan terbantut pulak.

Tapi alhamdulllah... isi ya tetap moist dan yang pasti masak sempurna
Kerana akak goreng dengan api perlahan dan berkeadaan kuali tertutup.



Ini rupa paha ayam  selepas dimandikan.
Digantung sekejap kerana ia dimandikan satu persatu.

Akak memang beli semua paha-paha ayam tau
Mudah kerja... bila dah siap masak terus agihkan
Tak perlu di potong-potong kepada ketulan kecil.
Mudahkan kerja .....
Seketul tu makan sorang tak habis



Jangan tak tahu.
Nak masak GOLDEN CHICKEN ini akak terpaksa plan betul-betul
Maklum rumah ni banyak sangat "Lam Lam Lat"
Tak boleh gantung sebarangan

Anak bulus pon banyak jugak.
Tapi Cik-Cik bulus ni senang sikit uruskan nya
Bagi makan kenyang-kenyang, depa akan tidur lena

Tapi bab "Lam Lam Lat" yang jadi masalah besar.
Jadi terpaksa lah  fikirkan jalan penyelesaian nya
Kali pertama dulu akak keringkan dibawah kipas dalam rumah ja, tapi tak berapa nak kering kulit ayam tu.
Jadi untuk kali ini terpaksa fikir alternatif lain

1 hari  sebelum dok fikir macam mana nak buat ni...
1 hari kemudian keletung-keletang keletung-keletang...
.... dan  terhasil lah Kotak Sauna Khas untuk GOLDEN CHICKEN

Masuk hari ketiga dah boleh di guna pakai ....


Dah ini hasil nya selepas dikeringkan selama lebih kurang 4 jam



Dan selepas digoreng maka hasil kejadian adalah saperti diatas.
Walaupon warna golden nya tak sekata tapi amat amat berpuas hati....

Kalau tengok cara Cheff, rempah ratus di lumur dibahagian dalam perut ayam.
Tapi dalam bab paha ayam ni, mana nak ada perut nya lagi..
Jadi akak lumurkan dibahagian potongan paha, juga sikit-sikit pada kulit ayam
Itu yang hasil GOLDEN lain dari yang lain.

Tapi rasa nya memang TIP TOP !!!

Untuk 5 mix spicy ini akak home made saja, selepas cuba mencari nya di pasraya Billion Seberang Jaya.
Tapi bila dah jumpa terasa ragu-ragu pulak.
Akhir nya akak nekad sediakan sendiri setelah belek baha-bahan yang tercatat pada bungkusan tempah-ratus tersebut.

Bahan A
2 1/2 cawan air
2 camca besar Gula Pekat (akak gantikan dengan 4 camca besar gula putih, 4 camca besar Gula Merah)
8 camca besar Cuka makan

Bahan B  5 mix spicy
(setiap satu disangai  secara berasingan sehingga wangi. Kemudian satukan dalam pengisar kering dan kisar sehingga menjadi serbuk)
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1  1/2 camca besar ketumbar biji

* Penggunaan rempah ratus in mesti lah berpada-pada kerana jika berlebihan akan menjadikan masakan terasa pahit.
Dan ia boleh digunakan dalam apa saja masakan kita. Tidak hanya pada GOLDEN CHICKEN ini.
Itu menurut kata nyonya yang tidak kedekut ilmu berkongsi dengan sambil-sambil membantu mencari 5 mix tersebut di pasar raya Billion tempoh hari.

Bahan C
sedikit Garam
1  camca teh Aji nomoto
1/2 camca kecil Lada Putih Serbuk

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan bahan A dalam kuali /periuk  dan masak sehingga gula larut dan air mendidih.
2. Siram pada badan ayam sehingga  kulit nya menjadi 'tegang/ketat'. Dalam kek paha ayam ini akak celup kan setiap satu  selama 1 saat berulang-ulang sehingga kelihatan biji-biji pada kulit ayam.

3. Satukan bahan C dengan 1 camca kecil  'Rempah 5 mix spicy'  dan lumur dalam perut ayam.
Pastikan tangan tidak berminyak untuk mengelakkan warna tidak sekata pada ayam kelak.

4. Gantung ayam dibawah terik matahari sehingga kulit menjadi kering selama 3-5 jam bergantung pada cuaca.

5. Goreng ayam sehingga kulit bertukar keemasan dan isi masak sempurna.



Untuk nasi pula, akak guna beras biasa saja, beras cap rambuan dengan sedikit campuran 'Beras Rebus Brasmathi' yang sedia maklum tiada berkanji.
Campuran 'Beras Rebus Brasmathi' adalah hanya 1/4 sukatan beras.
Maksudnya hari itu akak masak 8 pot beras  .... 2 pot beras rebus dan 6 pot beras biasa.

Dalam FB tu, Chef masak nasi secara kukus, tapi akak masak saperti biasa-biasa saja, maklum nak cepat siap, boleh rehat panjang ....

Bahan A
3 camca besar minyak masak
1 camca besar 'menimbun' buttercup'
1 batang serai (diketuk)
4 ulas bawang putih (dicincang halus)
1/2 inci halia

.... akak tambah
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 helai daun pandan

Bahan B
2 cawan 'Beras Rebus Brasmathi'  (direndam 1/2 jam dan ditoskan air nya)
6 cawan beras cap rambutan
12 cawan air rebusan ayam (akak guna air biasa saja)
1 1/2  camca kecil  perencah Hilal (akak gantikan dengan  1 1/2 camca besar 'Stok Ayam Maggi' )
1/2 camca kecil kunyit serbuk
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dan buter dalam 'Rice cooker'.
2 Tumis bahan A sehingga wangi.
3. Masukkan beras ( 'Beras Rebus Brasmathi' dan beras biasa) dan goreng sehingga sekata selama ~ 2 minit sehingga beras sedikit kering,
4. Masukkan air  dan bahan B yang lain. Masak saperi nasi biasa.


Untuk Hainan Kicap  ini, akak ikut resepi Chef, cuma akak tambahkan 1/2 camca besar Minyak Bijan untuk menjadikan ia lebih beraroma dan sedap.

Bahan A
sedikit minyak untuk menumis
5 ulas bawang putih (dicincang halus)
Kicap Cair secukupnya (Akak guna Kicap Masin 'Kipas Udang')
2 camca besar gula putih (Akak gantikan dengan Kicap Manis 'Kipas Udang')
1 camca besar Sos Tiram
1 camca kecil lada putih serbuk(akak masukkan lada hitam serbuk)
3/4 cawan air

Bahan B (dibancuh)
1/2 camca besar Tepung Jagung
1/4 cawan air

Bahan C
1 camca kecil minyak bijan (akak tambah)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak alam kuali dan tumis bawang putih sehingga bertukar keperangan .
2. Masukkan bahan A yang lain dan masak sehingga mendidih
3. Masukkan bahan B, kacau selalu supaya ia sekata.
4. Sebelum angkat, renjiskan dengan sedikit minyak bijan


Hainan Soup pon sama, akak ikut resepi Chef, cuma akak tambahkan bebola ikan dan sedikit hirisan bawang putih sebelum soup diangkat dari api.

Bahan A
Air 1/2 periuk (standard rice cooker)
1/2 inci halia (dihiris hebal)
1 pokok daun bawang (di simpul)

Bahan B
4-5 ketul bahagian isi ayam yang bertulang
1 camca besar Stok Ayam
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
12 ketul bebola ikan (potong 4 setiap satu)
sedikit hirisan daun sup
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan bahan A dalam periuk dan masak sehingga mendidih membuak.
2. Masukkan ketulan ayam, biarkan sebentar selama 1 minit, terus tutup periuk dengan tudung dan perlahankan api sekecil-kecil  yang boleh.
3. Biarkan  jus ayam keluar dan larut kedalam kuah secara perlahan.
4. Apabila kuah hampir mendidih kembali baru diperasakan dengan bahan B yang lain sebelum diangkat.



Dan akhir sekali SAMBAL KERISIK yang menjadi rebutan semasa dimeja makan selain GOLDEN CHICKEN.
Masa masak NASI MINYAK BUAH KURMA tempoh hari pon akak sediakan sambal ini.
Siap ada yang maklumkan awal-awal yang dia amat suka sangat kuah sambal ini..

Bahan A 
4 biji tomato segar yang bersaiz besar / jika bersaiz sederhana, boleh ditambah menjadi 6  (dibelah 4 dan dihiris sederhana tebal)
3 biji bawang besar (dibelah 4 dan dihiris sederhana tebal)
2 biji limau kasturi (diambil jus nya. Kulit jangan dibuang)
6 biji limau kasturi (dibelah 2 sahaja)
4 camca besar 'penuh menimbun' gula putih
2 camca besar Asam Jawa Adabi
sedikit garam

Bahan B (dikisar sehingga halus)
5 biji cili merah segar
6-8 biji cili padi merah
100 gram kerisik
Belacan sebesar 2 ibu jari tangan
1/2 cawan air

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan A dan B sehingga rata.
2. Perap selama 10 minit sebelum dihidangkan.


Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

Sunday, 3 June 2018

NASI MINYAK 'BUAH KURMA' ... resepi mesti cuba. Sedap 'ka ba booom' ! Tak percaya ? Jom masak sikit dulu, mesti repeat punya ! Jom tonton YOUTUBE !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua

Hari ini nak share resepi NASI MINYAK 'BUAH KURMA'
Salah satu resepi Chef Hanieliza  dari '500 Kompilasi Resepi'.
Alhamdulillah sedap yang ter' amattt  sangat !!!!!

Kali pertama akak masak nasi ini pada ramadhan tahun lepas.
Boleh rujuk di sini untuk post akak dahulu ..NASI MINYAK BUAH KURMA



Disebabkan sedap, jadi bulan puasa tahun ini akak masak lagi.
Tapi kali ini akak sediakan lebih, Hantar pada kakak-kakak dan adik sebagai juadah berbuka sekeluarga.
Maklumbalas yang diterima alhamdulillah... 'Sedap !' kata mereka.

Untuk kali ini, akak camur  'Beras Rebus Brasmathi' bersama 'Beras Brasmathi' biasa.
Saja nak try bila di campur bersama apa akak jadi..
Untuk info, 'Beras Rebus Brasmathi' ini tak ada kanji, jadi bila dicampurkan dengan 'Beras Brasmathi' biasa, hasil nya amat-amat memuaskan. Nasi lerai sebutir-sebutir walaupon lembut...


Sebenar nya 'Beras Rebus Brasmathi'  ini akak beli dah lama, rasa nya lebih  2 tahun kut. Tapi akak simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.
Masa beli hari tu saja nak try and error..
Masa makan nasi beriani di Open house Tabung Haji KL lama duluuuu, nasi nya amat lembut sebiji sebiji.
Jadi akak buat andaian sendiri, jenis beras yang digunakan dan bagaimana ia dimasak.


Tu yang beli beras ini
Tapi bila masak begitu saja, memang tak berapa sedap dengan selera akak kerana tak ada kanji.
Tapi amat sesuai untuk orang yang berdiet.

Kalau dicampurkan dengan 'Beras Brasmathi' biasa memang kena sangat balance kanji ya.
Akak campurkan dalam kuantiti sedikit sahaja ... dalam 1/5 bahagian


Rasa nasi yang beraroma minyak sapi dan sedikit daun kari amat-amat menyelerakan.
Di tambah pula dengan kemanisan buah Kurma yang isi nya sedikit liat tetapi apabila disatukan kedalam nasi hasil nya tak terkata sedap nya.........

Jadi jika ada yang berhajat nak buat hidangan untuk hari lebaran atau open house, akak cadangkan sediakan nasi ini, In Sya ALLAH akan mendapat sambutan ramai..
Maklum lepas ramadhan, tentu ada baki buah kurma tu kan !

Kalau dah sedap, takut tak cukup pulak  !!!!!

Memang rugi kalau tak mencuba !
Best Nasi minyak ever .........

KITA TONTON VIDEO dulu...

Jangan lupa.....SUBSCRIBE YOUTUBE dan SHARE FHA Selemak Santan ........ supaya adik-adik akak semua akan dimaklumkan dengan video-video masakan yang lain !


Di makan pula dengan Sambal Kerisik, resepi nya boleh rujuk di sini SAMBAL KERISIK 'Sedap Giler !'
Untuk lauk pulak akak sediakan AYAM BAKAR YOGURT,
Resepi nya akan menyusul kemudian...

Maklum nak buat Golden Chicken tak kesampaian lagi sebab di Utara ini kerap sangat hujan,
Ayam pon tak sempat nak berjemor.
Hari tu akak dah buat sikit, jenuh berkipas nak bagi kering .

Jom kita terjah resepi . NASI ................



Bahan A 
1 kg beras basmati  *akak campurkan 800 g 'Beras Brasmathi' dan 200 g 'Beras Rebus Brasmathi'

3 sudu makan minyak sapi * akak guna 'Ghee Blend' kerana rasa nya lebih sedap
1 camca besar minyak masak * akak tambah untuk elakkan bahan tumis cepat hangus

1 sudu makan pewarna kuning 
1 camca besar air * akak  tambah kedalam pewarna diatas

Bahan B (Tumisan)
5 biji bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
2 helai daun pandan (disiat dan diikat) * akak tambah

Bahan C
1.4  liter air  (Resepi asal menggunakan 1 liter air. Akak lebihkan kerana suka nasi yang lembut)
1/2 cawan susu cair
1 cawan buah kurma 
1 kiub pati ayam
1 pokok daun ketumbar (dipotong pendek)
garam secukup rasa

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Basuh beras dan rendam selama 30 minit  kemudian toskan.
2. Belah buah kurma untuk mengeluarkan biji dan potong 3 atau 4 memanjang (potong kasar).
* Buah kurma bagaimana pon akan 3/4 hancur didalam nasi

3. Panaskan minyak masak dan minyak sapi didalam periuk (boleh guna rice cooker)
4. Tumis bahan B sehingga wangi.
5. Masukkan bahan C dan biar ia mendidih. Pastikan jangan terlalu lama kerana sukatan air akan susut.
6. Masukkan beras, ratakan dan tutup kembali tudung periuk. Masak saperti  nasi biasa.
7. Renjiskan campuran pewarna dan air keatas nasi, Gembur sedikit dan tutup kembali tudung periuk.
8. Biar sehingga nasi betul betul kering dan siap untuk dihidangkan.

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my