HAINAN CHICKEN RICE 'SPECIAL' ... nyum-nyum nyum. Tersangat berpuas hati. Walla !!!
Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua
Kita dah makin hampir dipenghujung Ramadhan.
Malam ini malam 27 !
Perasaan sedih mulai terasa kerana Ramadhan akan meninggalkan kita
Sekejap masa berlalu
Sekejap ia datang dan pergi
Perasaan nak sambut raya...
Tak ada langsung dalam diri akak
Tak saperti ketika arwah ayah dan emak emak masih ada dulu ...
Setakat itu curahan perasaan !
Tak nak cerita lebih-lebih
Meleleh air mata ...
Hanya ALLAH yang tahu
Jom akak nak kongsi satu lagi resepi Chef Hassan Hen yang teramat sedap yang akak buat semalam, . Ahad
NASI AYAM HAINAN 'SPECIAL' ..
Memang sedap.
Apa lagi akak ni memang peminat tegar Nasi Ayam Hainan
Ketika masih berkhidmat dulu, akak kerap menjamu selera di PNB Darby Park yang terletak bersebelahan bangunan PNB di KL.
Ada sedikit ilmu telah diperturunkan kepada akak oleh tauke Nasi Ayam tu.
Maklum lah akak boleh dikatakan pelanggan tetap di gerai tersebut.
Kalau rajin boleh lah selak-selak blog akak untuk cari resepi tersebut.
Kali ini akak cuba pulak resepi Chef Hassan Hen
Link asal nasi dari FB Chef NASI AYAM HAINAN
Link asal ayam dari FB Chef GOLDEN CHICKEN
Tapi akak terpaksa 'Menderhaka' sedikit ya Cheff !
Maklum akak ni memang tak boleh makan makanan yang tak pedas kaw !
Paling-paling tidak kena ada Cili Padi ulam pon dah kira OK
Jadi untuk kali ini akak gantikan Sambal Nasi itu dengan Sambal Kerisik 'sambal orang kampong'
Nampak pelik kan...
Tapi bukan akak sorang yang suka
Malah yang lain pon sama dalam keluarga besar
Siap ada yang suka hirup lagi, nasi pula asyik dok menambah-nambah ja
Kali ini akak masak untuk 5 keluarga... kenduri berbuka ala-kadar ...
Ayam akak !!!
Tolong jangan kecam ya
Maklum rupa nya tak ada sangat rupa Golden Chicken nya,
Tak apa..
Janji rasa nya memang TER TER amat-amat sedap nya
Akak guna semua paha ayam ..
Tapi risau juga kalau kurang masak didalam maklm semua paha ayam akak tu montok-montok dan gebu-gebu belaka.
Nak goreng lama risau textue ayam jadi keras,
Goreng sekejap pulak, takut masih berdarah dan ketika makan akan terbantut pulak.
Tapi alhamdulllah... isi ya tetap moist dan yang pasti masak sempurna
Kerana akak goreng dengan api perlahan dan berkeadaan kuali tertutup.
Ini rupa paha ayam selepas dimandikan.
Digantung sekejap kerana ia dimandikan satu persatu.
Akak memang beli semua paha-paha ayam tau
Mudah kerja... bila dah siap masak terus agihkan
Tak perlu di potong-potong kepada ketulan kecil.
Mudahkan kerja .....
Seketul tu makan sorang tak habis
Jangan tak tahu.
Nak masak GOLDEN CHICKEN ini akak terpaksa plan betul-betul
Maklum rumah ni banyak sangat "Lam Lam Lat"
Tak boleh gantung sebarangan
Anak bulus pon banyak jugak.
Tapi Cik-Cik bulus ni senang sikit uruskan nya
Bagi makan kenyang-kenyang, depa akan tidur lena
Tapi bab "Lam Lam Lat" yang jadi masalah besar.
Jadi terpaksa lah fikirkan jalan penyelesaian nya
Kali pertama dulu akak keringkan dibawah kipas dalam rumah ja, tapi tak berapa nak kering kulit ayam tu.
Jadi untuk kali ini terpaksa fikir alternatif lain
1 hari sebelum dok fikir macam mana nak buat ni...
1 hari kemudian keletung-keletang keletung-keletang...
.... dan terhasil lah Kotak Sauna Khas untuk GOLDEN CHICKEN
Masuk hari ketiga dah boleh di guna pakai ....
Dah ini hasil nya selepas dikeringkan selama lebih kurang 4 jam
Dan selepas digoreng maka hasil kejadian adalah saperti diatas.
Walaupon warna golden nya tak sekata tapi amat amat berpuas hati....
Kalau tengok cara Cheff, rempah ratus di lumur dibahagian dalam perut ayam.
Tapi dalam bab paha ayam ni, mana nak ada perut nya lagi..
Jadi akak lumurkan dibahagian potongan paha, juga sikit-sikit pada kulit ayam
Itu yang hasil GOLDEN lain dari yang lain.
Tapi rasa nya memang TIP TOP !!!
Untuk 5 mix spicy ini akak home made saja, selepas cuba mencari nya di pasraya Billion Seberang Jaya.
Tapi bila dah jumpa terasa ragu-ragu pulak.
Akhir nya akak nekad sediakan sendiri setelah belek baha-bahan yang tercatat pada bungkusan tempah-ratus tersebut.
Bahan A
2 1/2 cawan air
2 camca besar Gula Pekat (akak gantikan dengan 4 camca besar gula putih, 4 camca besar Gula Merah)
8 camca besar Cuka makan
Bahan B 5 mix spicy
(setiap satu disangai secara berasingan sehingga wangi. Kemudian satukan dalam pengisar kering dan kisar sehingga menjadi serbuk)
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 1/2 camca besar ketumbar biji
* Penggunaan rempah ratus in mesti lah berpada-pada kerana jika berlebihan akan menjadikan masakan terasa pahit.
Dan ia boleh digunakan dalam apa saja masakan kita. Tidak hanya pada GOLDEN CHICKEN ini.
Itu menurut kata nyonya yang tidak kedekut ilmu berkongsi dengan sambil-sambil membantu mencari 5 mix tersebut di pasar raya Billion tempoh hari.
Bahan C
sedikit Garam
1 camca teh Aji nomoto
1/2 camca kecil Lada Putih Serbuk
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan bahan A dalam kuali /periuk dan masak sehingga gula larut dan air mendidih.
2. Siram pada badan ayam sehingga kulit nya menjadi 'tegang/ketat'. Dalam kek paha ayam ini akak celup kan setiap satu selama 1 saat berulang-ulang sehingga kelihatan biji-biji pada kulit ayam.
3. Satukan bahan C dengan 1 camca kecil 'Rempah 5 mix spicy' dan lumur dalam perut ayam.
Pastikan tangan tidak berminyak untuk mengelakkan warna tidak sekata pada ayam kelak.
4. Gantung ayam dibawah terik matahari sehingga kulit menjadi kering selama 3-5 jam bergantung pada cuaca.
5. Goreng ayam sehingga kulit bertukar keemasan dan isi masak sempurna.
Untuk nasi pula, akak guna beras biasa saja, beras cap rambuan dengan sedikit campuran 'Beras Rebus Brasmathi' yang sedia maklum tiada berkanji.
Campuran 'Beras Rebus Brasmathi' adalah hanya 1/4 sukatan beras.
Maksudnya hari itu akak masak 8 pot beras .... 2 pot beras rebus dan 6 pot beras biasa.
Dalam FB tu, Chef masak nasi secara kukus, tapi akak masak saperti biasa-biasa saja, maklum nak cepat siap, boleh rehat panjang ....
Bahan A
3 camca besar minyak masak
1 camca besar 'menimbun' buttercup'
1 batang serai (diketuk)
4 ulas bawang putih (dicincang halus)
1/2 inci halia
.... akak tambah
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 helai daun pandan
Bahan B
2 cawan 'Beras Rebus Brasmathi' (direndam 1/2 jam dan ditoskan air nya)
6 cawan beras cap rambutan
12 cawan air rebusan ayam (akak guna air biasa saja)
1 1/2 camca kecil perencah Hilal (akak gantikan dengan 1 1/2 camca besar 'Stok Ayam Maggi' )
1/2 camca kecil kunyit serbuk
sedikit garam
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dan buter dalam 'Rice cooker'.
2 Tumis bahan A sehingga wangi.
3. Masukkan beras ( 'Beras Rebus Brasmathi' dan beras biasa) dan goreng sehingga sekata selama ~ 2 minit sehingga beras sedikit kering,
4. Masukkan air dan bahan B yang lain. Masak saperi nasi biasa.
Untuk Hainan Kicap ini, akak ikut resepi Chef, cuma akak tambahkan 1/2 camca besar Minyak Bijan untuk menjadikan ia lebih beraroma dan sedap.
Bahan A
sedikit minyak untuk menumis
5 ulas bawang putih (dicincang halus)
Kicap Cair secukupnya (Akak guna Kicap Masin 'Kipas Udang')
2 camca besar gula putih (Akak gantikan dengan Kicap Manis 'Kipas Udang')
1 camca besar Sos Tiram
1 camca kecil lada putih serbuk(akak masukkan lada hitam serbuk)
3/4 cawan air
Bahan B (dibancuh)
1/2 camca besar Tepung Jagung
1/4 cawan air
Bahan C
1 camca kecil minyak bijan (akak tambah)
1. Panaskan minyak alam kuali dan tumis bawang putih sehingga bertukar keperangan .
2. Masukkan bahan A yang lain dan masak sehingga mendidih
3. Masukkan bahan B, kacau selalu supaya ia sekata.
4. Sebelum angkat, renjiskan dengan sedikit minyak bijan
Hainan Soup pon sama, akak ikut resepi Chef, cuma akak tambahkan bebola ikan dan sedikit hirisan bawang putih sebelum soup diangkat dari api.
Bahan A
Air 1/2 periuk (standard rice cooker)
1/2 inci halia (dihiris hebal)
1 pokok daun bawang (di simpul)
Bahan B
4-5 ketul bahagian isi ayam yang bertulang
1 camca besar Stok Ayam
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
12 ketul bebola ikan (potong 4 setiap satu)
sedikit hirisan daun sup
sedikit garam
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan bahan A dalam periuk dan masak sehingga mendidih membuak.
2. Masukkan ketulan ayam, biarkan sebentar selama 1 minit, terus tutup periuk dengan tudung dan perlahankan api sekecil-kecil yang boleh.
3. Biarkan jus ayam keluar dan larut kedalam kuah secara perlahan.
4. Apabila kuah hampir mendidih kembali baru diperasakan dengan bahan B yang lain sebelum diangkat.
Dan akhir sekali SAMBAL KERISIK yang menjadi rebutan semasa dimeja makan selain GOLDEN CHICKEN.
Masa masak NASI MINYAK BUAH KURMA tempoh hari pon akak sediakan sambal ini.
Siap ada yang maklumkan awal-awal yang dia amat suka sangat kuah sambal ini..
Bahan A
4 biji tomato segar yang bersaiz besar / jika bersaiz sederhana, boleh ditambah menjadi 6 (dibelah 4 dan dihiris sederhana tebal)
3 biji bawang besar (dibelah 4 dan dihiris sederhana tebal)
2 biji limau kasturi (diambil jus nya. Kulit jangan dibuang)
6 biji limau kasturi (dibelah 2 sahaja)
4 camca besar 'penuh menimbun' gula putih
2 camca besar Asam Jawa Adabi
sedikit garam
5 biji cili merah segar
6-8 biji cili padi merah
100 gram kerisik
Belacan sebesar 2 ibu jari tangan
1/2 cawan air
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan A dan B sehingga rata.
2. Perap selama 10 minit sebelum dihidangkan.
Aduh mak aii... mengancam!!
ReplyDeleteBulan2 puasa yg biasa pon semua nampak mengancam gee. Tak sabar nak berbuka
DeleteI discovered your weblog web site on google and test a number of of your early posts. Proceed to keep up the very good operate. I just extra up your RSS feed to my MSN News Reader. Seeking ahead to reading more from you later on!… casino slots
ReplyDelete