KETUPAT PULUT DAUN PISANG ... Selamat Hari Raya AidilFitri
Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri semua...
Saperi tahun-tahun sebelum KETUPAT PULUT DAUN PISANG tetap menjadi juadah utama diatas meja hidang.
Kai ini dimakan dengan 'Redang Daging Kurma Madu' dan 'Rendang Daging Hitam'.
Raya pada tahun ini akak masak ketupat banyak dari kebiasaan.
Kemudian frozenkan ia,
Bila tamu berkunjung kerumah, keluarkan sedikit-sedikit dan kukus
Mudahkan....
Dulu tak terfikir pulak nak fozenkan ia.
Kali ini ketupat akak bersaiz comei-comei belaka
Setiap satu anggaran 30 gram saja bersesuaian dengan saiz daun pisang.
Lagi pon mudah sangat nak makan. Tak perlu dipotong-potong...
Bahan A
1 kg BERAS PULUT SUSU
1500 santan (dari 3 biji kelapa)
* Seboleh nya, elakkan dari mengguna santan kotak atau serbuk kerana texture pulut menjadi kurang menarik dan rasa kurang
2 1/2 camca besar gula putih
18 gram garam halus
6 pelepah daun pisang (dilayur diatas api terlebih dahulu)
tali rafia (dipecahkan kepada 3)
Cara-Cara Memasak Pulut
1. Basuh pulut beberapa kali untuk memastikan ketupat akan tahan lebih lama.
2. Masukkan pulut, santan, garam dan gula kedalam periuk dan tanak saperti tanak/masak nasi biasa.
3. 3-5 minit pertama selepas pulut diletakkan atas dapur, kacau dibahagian bawah untuk mengelakkan ia berkerak. Jangan ditinggalkan sehingga santan betul betul kering.
4. Perlahankan api sekecil yang boleh dan tutup periuk saperti memasak nasi.
5. Masak sehingga pulut masak sepenuhnya atau 3/4 masak.
6. Sudukan pulut anggaran 30 gram keatas daun pisang, gulung dengan daun pisang disusuli dengan memadatkan pulut kebahagian tengah.
7. Potong untuk memperkemaskan lebihan daun pisang.
8. Ikat dengan tali rafia. Sekiranya pulut ditanak 3/4 masak, ikatan harus dibiarkan sedikit longgar. Tetapi jika telah dimasak sepenuh nya, ikatan bolehlah diperketatkan sedikit.
9, Jika pulit kurang masak, boleh lah di kukus 45 minit - 1 jam. Tapi jika 4/5 masak atau hampir masak, sekejap saja proses mengukus nya dalam 20-30 minit saja.
TIPS:
Jangan di-tinggalkan pulut semasa memasak kecuali selepas langkah ke 4 di atas kerana santan cepat kering dan hangit.
Copyright © 2018. All rights reserved FHA Selemak Santan | http://intai-intaidapurfha.blogspot.my
Salam idulfitri
ReplyDeleteSalam aidilfiftri untuk Warisan Petani juga
Delete