UDANG GALAH 'SAMBAL BAWANG BERKICAP' ... alahaiii sedap nya !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum semua ...

Hujung minggu tentu ada yang meluangkan masa untuk menhadiri undangan rumah terbuka.
Maklum kita masih dalam suasana Hari Raya.

Tapi kalau asyik makan ketupat, lemang, rendang  tentu jemu juga kan.

Jom kita masak udang pula ..

Salah satu lauk yang paling akak suka UDANG GALAH 'SAMBAL BAWANG BERKICAP'.
Sebenar nya resepi ini boleh juga digantikan dengan ayam, daging mahu pon ikan.

Memang sedap ...

Jom


Bahan A
6-8 ekor  udang galah
1/2 camca teh kunyit serbuk
sedikit garam

Bahan B
sedikit minyak untuk menumis
6 ulas bawang putih (dicincang halus)

Bahan C (ditumbuk 3/4 hancur)
4 biji cili merah segar
6 biji cili padi (sesuaikan kepedasan)
8-10 ulas bawang merah
1 camca teh belacan

Bahan D
2 tangkai daun kari
Kicap masin 'Kipas Udang'
Kicap manis 'Kipas Udang'
3 biji tomato ceri kuning
3 biji tomato ceri merah
Jus limau nipis (dari 1 biji)
2 tangkai daun sup (dipotong pendek 1")
sedikit garam (jika perlu)


Cara-Cara Menyediakan nya
1. Udang dibuang hujung mucung, misai dan kaki nya yang keras.
2. Di perap dengan bahan A yang lain selama 1/2 jam.

3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga bertukar keemasan.
4. Masukkan udang yang telah diperap.
5. Goreng 1/2 masak dan angkat dari kuali.

6. Dengan baki minyak yang sama (biarkan jika terdapat sisa bawang putih), masukkan daun kari. Kacau-kacau seketika dan terus masukkan bahan tumbuk.
7. Masak dengan api perlahan sehingga bawang layu dan terbit sedikit minyak.
8. Tambahkan 'sedikit' air panas supaya ia sedikit berkuah
9. Masukkan kicap masin dan kicap manis kipas udang
10. Perasakan dengan garam (jika perlu)
11. Akhir sekali masukkan udang yang telah digoreng, tomato ceri, dan hirisan daun sup.
12. Biarkan ia merenih selama 5 minit tambahan supaya udang masak sempurna.
13. Siap untuk dihidangkan

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

2 comments:

Powered by Blogger.