KAMBING KICAP BAWANG GORENG ... Rasa Instafamous di Astro Prima 105 dan Maya HD 135
Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...
Resepi akak hari ini KAMBING KICAP BAWANG GORENG
Ini penangan setelah menonton rancangan memasak di Asro minggu lepas.
Rancangan Rasa Instafamous yang disiarkan di Astro Prima 105 dan Maya HD 135 setiap hari Isnin pukul 12 tengahhari.
Memang akak sempat nak menonton setiap episod, walaupon beria sangat dek kesibukan tugas harian dirumah.
Yang ini pon hanya sempat jenguk sikit-sikit.
Yang ini pon hanya sempat jenguk sikit-sikit.
Instafamous pada minggu lepas adalah Puan Suriati dari Suriati_Kitchen yang menghidangkan 3 juadah istimewa ia itu Daging Kicap Bawang Goreng, Mini Quiche dan Puding Buah Peach.
Akak tertarik nak mencuba DAGING KICAP BAWANG GORENG kerana dalam peti sejuk akak ada berbungkus stok bawang goreng.
Daging pulak akak guna daging kambing tapi resepi asal menggunakan daging biasa ja.
Akak pilih bahagian yang sedikit bertulang disebabkan bahagian isi yang dijual terlalu banyak lemak yang tentu amat merbahaya untuk kesihatan.
Ketulan isi kambing ini direbus terlebih dahulu sehingga lembut dan kemudian nya disejukkan untuk mengeluarkan lemak yang terampai.
Setelah lemak siap diasingkan, barulah proses kedua untuk mengasingkan tulang dibuat.
Setelah itu baru boleh teruskan proses memasak.
Dan hasil nya adalah saperti dalam foto yang akak postkan.
Alhamdulillah memang sedap dan sesuai sangat untuk anak-anak kerana lauk ini tidak pedas.
Tetapi untuk yang gemar masakan pedas, ia boleh ditambah dengan hirisan cili padi atau lada hitam.
Terima Kasih Suriati dengan perkongsian resepi yang sedap ini ...
Terima Kasih Suriati dengan perkongsian resepi yang sedap ini ...
Bahan A
500 gram daging kambing / lembu (daging yang akak beli sedikit tulang, jadi berat nya ~ 600 gram)
Air untuk merebus sehingga empuk
1/2 inci halia * akak tambah
Bahan B
1 inci Halia (dihiris batang mancis)
1/2 cawan Kicap Lemak Manis
Sedikit Kicap Lemak Masin * akak tambah
1/2 camca kecil Lada Hitam Serbuk * akak tambah
1/2 camca kecil Lada Putih Serbuk * akak tambah
Bahan C
1/4 cawan Minyak Masak
1 cawan Air Rebusan bahan A di atas
1/2 cawan Bawang Goreng
1 kuntum Bunga Lawang
1 inci Kulit Kayu Manis
2 biji Buah Pelaga
4 kuntum Bunga Cengkih
Sedikit Garam * Jika Perlu
Sedikit Gula * Akak tak masukkan sebab dah masukkan Kicap Lemak Manis
Cara-Cara Menyediakan nya.
1. Satukan bahan A didalam periuk dan rebus sehingga daging lembut.
2. Keluarkan lemak yang terampai dan tulang-tulang.
Ada beberapa cara untuk mengasingkan lemak ia-itu
a. Dengan mengaut keluar bahagian minyak yang terampai atau
b. Dengan mencelup bungkusan plastik yang berisi ketulan ais kedalam air rebusan sehingga lemak membeku terlekat diluar plastik.
c. Dengan memasukkan rebusan kedalam peti sejuk untuk membeku kan lemak.
Cara ini yang paling mudah kerana boleh dikatakan 98% lemak boleh dikeluarkan.
3. Asingkan isi daging dan air rebusan.
4. Gaulkan isi daging dengan bahan B sehingga sebati dan perap sekurang-kurang nya 1 jam.
5. Panaskan minyak didalam kuali dan masukkan perapan daging bersama semua bahan C dan masak dengan api yang sederhana sehingga kuah menjadi pekat.
6. Siap untuk dihidangkan.
Copyright © 2018. All rights reserved FHA Selemak Santan | http://intai-intaidapurfha.blogspot.my
sedapnya akak ^^ betul2 yang bahagian berlemak tak elok kan.. tapiiii itu la yang sedap warghhhh.. kena berpada-pada makannya kan :D
ReplyDeleteSyaza belum pernah masak kambing macam ni.. tq untuk resepinya akak ^^
Betul tu fatin. Sedap makan tapi kesihatan kena utamakan
ReplyDelete