KENGSOM ... Asam Pedas Thai yang sangat sedap
Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kebelakangan ni dapur akak jarang berasap disiang hari,
Maklum asyik berulang-alik ke kebun .
Status terkini... keadaan kebun dah 90 % cerah tapi tak lah sebersih ikut kemahuan akak !
Ada sikit lagi rumput nun dibelakang, juga akar akar pokok yang terjojol keluar.
Nasib baik pihak sekolah yang berdekatan hantar jentera 'Backhoe' untuk korek/tolak rumput dan lalang, juga ranting-ranting kayu mati.
Kalau akak buat semua jenuh berbulan baru siap.
Tapi kalau buat sendiri memang lah lambat sebab cara akak bila tebas, bukan tebas kot atas, tapi akak akan cabut sampai akar tunjang,
Tapi kalau buat sendiri memang lah lambat sebab cara akak bila tebas, bukan tebas kot atas, tapi akak akan cabut sampai akar tunjang,
Kebaikan cara ini, tanah kita lebih bersih dan cantik.
Berbanding bila guna 'backhoe' di korek nya tanah-tanah tu dengan kuku gergasi, dah jadi tak rata tanah akak tu, berlubang-lubang. tinggi rendah.
Walau apa pon akak tetap bersyukur.
Disamping nak tanam sedikit pokok buah-buahan, akak plan nak bagi sekolah sebelah guna tanah untuk meletak kenderaan sekolah, kakitangan dan waris murid.
Bukan sewa pon, bagi guna secara percuma dari dibiarkan begitu saja, pahala In Sya ALLAH untuk diri akak, saudara-saudara akak, arwah emak, ayah, datuk, nenek dan moyang-moyang sekalian.
Walaupon backhoe dah tarah, akak tetap membanting tulang juga,
Cabut mana yang tertinggal, sapu dan bakar sendiri.
Hari tu akak ada cakap dekat mudir sekolah nak supaya sampah2 tu dibakar.
Rupa nya kesesokkan hari, backhoe angkut keluar dari tapak. Dengan sampah, dengan tanah.
Mungkin dia lupa nak maklumkan pada pekerja nya ...
Mungkin dia lupa nak maklumkan pada pekerja nya ...
Haii makin rendah lah tapak tanah kebun akak !
Aduiiiiii !
Lambat sikit ja akak sampai kebun, dah separuh diangkut.
Nasib akak sempat halang yang separuh lagi,
Nasib akak sempat halang yang separuh lagi,
Jadi akak buat sendiri lah bakar dan tarik pelan-pelan, maklum kudrat perempuan.
Jadi bila balik tu tentu kepenatan,
Masak tentu tah kemana kannnnn !
Nasib ada jiran sebelah,
Kadang bila masak lauk special, adalah sepinggan / semangkuk untuk rumah akak.
Kalau tak ada pon, akak akan masak yang simple-simple saja..
OK lauk hari ini dari jiran akak Chef Nurul Jannah
Sedap tau ......
Sedap tau ......
Jom kita tengok...
Dalam penat-penat, sempat lagi snap foto
hahahaha !
Dah minat kan,
Kena pulak lauk special macam ni .........
Kena pulak lauk special macam ni .........
Bahan A
1 ekor Ikan siakap saiz besar (dipotong 4)
Bahan B (di kisar halus)
8 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
10 tangkai cili kering
6 biji cili padi merah (ikut kepedasan yang disukai)
1/2 inci belacan (dibakar)
1 inci kunyit hidup
1/2 camca teh biji lada putih
1/2 camca teh biji lada hitam
Sedikit air
2 camca kecil Pes Asam Jawa (ikut kemasaman yang disukai) * Boleh digantikan dengan jus limau kasturi / limau nipis
4 cawan air (sebagai kuah)2 camca besar Sos Ikan
sedikit garam
1/3 biji nenas (dibelah 4 dan dihiris tebal)
Secekak sayur kangkung , sawi , rebung atau kailan * Ikut citarasa
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan bahan B dan C dalam periuk dan rebus sehingga mendidih.
2. Masukkan nenas dan biar selama 5 minit baru dimasukkan Ikan dan perlahankan api, masak sehingga kuah mendidih kembali dan ikan masak sempurna.
3. 5 minit sebelum angkat baru masukkan sayur kangkung atau sawi.
4. Siap untuk dihidangkan.
Copyright © 2018. All rights reserved FHA Selemak Santan | http://intai-intaidapurfha.blogspot.my
pernah makan sekali kt kedai siam... bg tekak kami laki bini mmg sedap la kak... tp bg tekak aiyan pds sgt... walaupun dh minta kurang pds
ReplyDeleteohhh dia ada lada putih n lada hitam ye... mmg layan hirup kuah kengsom nih...
pttla akak nye ntry takde tiap2 hari... akak tgh bizi rupanya
kalau tak, hari2 akak msti share menu best2
kaknoor tak pernah makan lagi, boleh lah try nanti, baru baca resepi dah telan ayaq lioq ni nak kena buat jugak suatu hari kena cari ikan besaq sikit lah baru best
ReplyDelete