SAMBAL NASI LEMAK YANG SEDAP... ala-ala Nasi Lemak R&R Bukit Gantang


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...

Pernah makan nasi lemak yang dijual di R&R Bukit Gantang laluan Lebuhraya Utara Selatan arah ke Utara ?
Akak dulu kalau memandu dari Kuala Lumpur kerapkali akan singgah di kawasan ini untuk rehat sambil membeli buah-buahan dan kerapkali tak ketinggalan membeli nasi lemak yang dijual di sini.

Nasi Lemak Ikan Masin mabelesss...........

Terdapat 2 kedai sebelah menyebelah yang menjual nasi lemak, dan biasa nya akak akan beli di kedai sebelah kanan.
Nasi yang beratus-ratus bungkus panas-panas memang laku yang amat.
Letak saja, ramai yang akan sambar.
Lambat sikit dah habis....

Kalau tak silap akak ada beberapa 'tuan' yang meletak nasi lemak di kedai tersebut mengikut giliran waktu dek permintaan yang menggalakkan.

Akak tak sah kalau tak makan 2-3 bungkus disitu dan juga kerapkali berbungkus-bungkus untuk dibawa pulang.

Makan nasi saja pon dah sedap, apa tah lagi sambal nya.
Setakat ini akak masih belum mendapat rasa tepat 'nasi'  sapertimana tersebut walau dah beberapa kali mencuba nya.

Tetapi sambal akak kali ini alhamdulillah sangat sedap, ala-ala nasi lemak tersebut.
Dan yang pasti, sambal ini betul-betul berkilat. Yummy !!!!

 Jomm....


Bahan A
* Ini lah rahsia sambal yang sedap.... bahan digoreng terlebih dahulu  selama ~ 1-2 minit secara berasingan
50 biji cili kering
1 camca besar udang kering
belacan sebesar ibu jari
Minyak secukupnya

Bahan B
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
Sedikit air untuk proses mengisar (tak perlu banyak)

Bahan C
1/2 cawan minyak masak * Boleh guna minyak goreng ikan bilis atau bahan A diatas
1/2 camca besar pes asam Jawa 'ADABI'
2 helai daun pandan (disiat dan disimpul)

Bahan D
2 camca besar ikan bilis
1 1/2 camca besar gula kabung / gula merah * Ikut kemanisan yang disukai
Sedikit garam

* Ikan bilis sedikit sahaja untuk terbitkan rasa, akan ada ikan bilis goreng ranggup berasingan dalam hidangan nasi lemak nanti
* Tiada perasa tambahan




Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dengan api yang sederhana dan goreng setiap bahan A secara berasingan untuk menerbitkan rasa yang lebih sedap dan sambal yang beraroma.
* Pastikan jangan terlalu lama terutama cili kering kerana ia cepat hangus.

2. Satukan bahan A dan bahan B didalam blender dan kisar sehingga halus.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar .
4. Masukkan bahan C dan masak dengan api yang perlahan sehingga sambal menjadi 3/4 pekat dan pecah minyak.
5. Baru masukkan bahan D. Jika menggunakan gula merah, pastikan ia dicairkan terlebih dahulu kemudian disaring kotoran juga pasir jika ada
6.  Teruskan memasak sehingga sambal kembali pecah minyak dan menjadi betul-betul pekat.
7. Siap untuk dihidangkan

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

2 comments:

  1. Assalamualaikum FHA
    Lama kaknoor tak singgah sini
    Bekenan lah tengok sambal tu rupanya kena goreng dulu cili tu nantilah nak try lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam
      Rindu blog Kak Noor terubat sudah... lama benar rehat dari blogging
      Sambal nasi lemak kali ini memang sedap dan berkilat. Kena cuba ni

      Delete

Powered by Blogger.