BAKSO DAUN BAWANG ... dari negara seberang
Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...
Rasa-rasa akak, ini adalah kali ke 3 atau ke 4 akak cuba menyediakan BAKSO dengan resepi dan kaedah yang berbeza..
Dan alhamdulillah kali ini bakso akak menjadi sempurna dan tidak berderai dalam air rebusan.
Sebelum-sebelum ini, pabila gagal atau masakan kurang menjadi saperti yang dikehendaki, perasaan frust tu adalah juga. Biasalah kan !
Tapi akak tak putus semangat..
Bila ternampak saja video penyediaan nya oleh sahabat serumpun kita ANITAJOYO, perasaan nak mencuba nya sekali lagi, timbul semula.
Kali ini akak cuba resepi dari beliau ia-itu .. resepi BAKSO DAUN BAWANG
Kalau rasa nak gantikan dengan daun Sup pon boleh, maka jadi lah BAKSO DAUN SUP.
Jomsss !
Bahan A
250 g Daging Lembu (dipotong kepada ketulan kecil untuk memudahkan proses kisaran)
Bahan B
160-170 g Ketulan Ais * akak masukkan ~140 g sahaja
1 1/2 camca teh Garam
1/2 kiub Pati Daging 'Knor'
1 camca besar Bawang Goreng
1/2 camca kecil Cili Merah serbuk
1/4 camca teh Baking Powder
Bahan C
120 g Tepung Sagu / Kanji
Bahan D
1 mangkuk besar hirisan daun bawang
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Masukkan daging ke food processor, putar setengah halus.
2. Kemudian masukkan semua bahan B dan putar lagi sehingga halus dan bercampur rata.
3. Tambahkan bahan C dan putar lagi sehingga sebati.
4. Pindahkan adonan ke mangkuk lain dan tambahkan potongan daun bawang. Aduk sehingga rata.
5. Didihkan air. Kemudian matikan api. Cetak adonan bakso (boleh rujuk video di sini BAKSO DAUN BAWANG) dan masukkan kedalam air tersebut sampai habis.
6. Baru nyalakan api dan teruskan memasak.
7. Jika bakso sudah terapung, kaup dan masukkan ke dalam plastik untuk disimpan dalam freser atau sajikan terus bersama air rebusan yang amat manis dan sedap ini atau boleh makan dengan mee mahupon meehoon.
Copyright © 2018. All rights reserved FHA Selemak Santan | http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

dana biasa klu msk bakso beli yg ddh siap je kak hehehehe...
ReplyDeletemsti lg sedap bila bt sndiri ni kan kak...
Memang puas hati kalau masak sendiri. Ikut selera kita
Deleteresepi mbak anita joyo ni memang sedap kan
ReplyDeleteBetul !. Mbak Anita memang creative
Delete