CHICKEN POPCORN 'HOT AND SPICY' ... mudah dan sedap. Telur ? NO NO!

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ...

Salam Jumaat semua !
Akak sediakan CHICKEN POPCORN 'HOT AND SPICY'  ini beberapa hari lalu sebagai lauk tengah hari.

Memang sedap kalau dapat 'ratah' begitu saja kerana isi ayam isi memang dah sedia 'terasa' perencah rempah ratus yang menyaluti nya.
Tapi kalau nak cecah dengan sos pon tak ada salah nya.

Nak sediakan CHICKEN POPCORN mudah saja.
Kalau nak senang boleh guna tepung serbaguna 'Bestari',
Tapi kebetulan dah lama tak simpan stok tepung ni didapur, jadi akak buat sendiri tepung 'golek-golek' ini.

Ada yang guna telur untuk memastikan tepung bersalut cantik pada ayam,
Tapi akak tak pakai pon....

Jomm... ikut akak kedapur.

Bahan A
3 ketul Ayam 'bahagian dada' (dipotong kepada ketulan kecil)

Bahan B
1/2 cawan Tepung Beras 'Campuran'
1/3 camca kecil Lada Hitam Serbuk
1/3 camca kecil Lada Putih Serbuk
1/2 camca kecil pati Ayam 'Knor'
1 camca besar air Kapur Makan
Sedikit Garam halus

Bahan C
1 cawan Tepung Beras 'Campuran'
1/2 camca kecil Lada Hitam Serbuk
1/2 camca kecil pati Ayam 'Knor'
1/2 camca besar Cili Serbuk
1/2 camca besar Rempah Kari Daging  (*Rempah kehabisan, jadi akak ganti dengan Rempah Kurma)
Sedikit Garam halus

Bahan D
2 tangkai Daun Kari


Cara Menyediakan nya

1. Dada ayam dipotong kepada ketulan kecil, dibersihkan dan dan ditoskan air nya.
2. Satukan isi ayam bersama bahan B. Gaul sehingga ratakan. * Tak perlu ditambah air.

3. Perap selama 2 jam atau semalaman didalam peti sejuk. * Tutup bekas untuk mengelakkan ayam menjadi sedikit kering dalam peti.


Keesokan pagi atau selepas 2 jam......

4. Keluarkan isi ayam dari peti sejuk. Jika dapati ia terlalu kering, boleh ditambah 1 camca besar air dan digaul semula.

5. Satukan bahan C dalam mangkuk yang lain.


6.  Golek-golekkan ketulan ayam (yang telah diperap sebelum ini) dalam campuran bahan C. Buat sedikit sedikit supaya ia bercampur rata.




7. Pindahkan ia kedalam bekas yang lain. Ulang sehingga habis.


6. Panaskan minyak dan goreng isi ayam sehingga masak.
* Oleh kerana tiada tulang yang keras, jadi proses memasak tak perlu terlalu lama untuk mengelakkan ia menjadi keras.

8. Sebelum angkat, masukkan daun kari dan biar seketika. Angkat dan toskan minyak.
9. Siap untuk dihidangkan.........

Copyright © 2019. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

4 comments:

  1. sedap nih kak, ratah je pun layan....
    dana skrg kalau bt ayam grg tepung ni mmg tak boh telur pun kak, klu guna telur kadang minyak cpt kotor n berbuih... tak suka betul

    ReplyDelete
  2. Aduhai... bila tambah daun kari tu bertambah2lah menggoda selera!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.