SARDINE GULUNG ... !!! Cara paling MUDAH dan CEPAT menggelek roti menjadi nipis dan padat !

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...

Yeaaaaaa...
Hari ini akak belanja resepi SARDINE GULUNG pulak !

Akak memang suka ROTI SARDINE GULUNG ni,
Tapi part nak menggelek roti tu 'dulu' membuatkan akak 'bercinta' nak menyediakan nya ,

Ya laaa, setiap keping roti harus di gelek-gelek sampai padat untuk mengelakkan ia menyerap minyak semasa proses menggoreng.
Kalau berkeping-keping roti, memang sakit juga lah tangan tu !!!

Tapi kini tak lagi sebab akak dah tahu cara yang amat-amat mudah !
Jangan tak percaya ! Betul !
Sekejap saja gelek, habis sebungkus besar roti 'gardenia'

Jomm...



INTI SARDINE


Bahan A
1 tin besar Sardin
3 biji bawang besar (dibelah 4 dan dihiris sederhana tebal)
2 biji Cili Padi Merah (sesuaikan kepedasan. Dihiris nipis)
3 biji Limau Kasturi (diambil jus nya)
* Kulit limau Kasturi (dihiris nipis)
1 camca kecil Lada Hitam & Lada Putih Serbuk
Sedikit Garam

Cara Menyediakan nya
1. Hanya ambil ikan dan 1 camca besar Sos tomato nya sahaja. Kemudian di hancurkan.
2. Satukan kesemua bahan A dalam mangkuk besar dan disebatikan sehingga rata.
3. Ketepikan.



ROTI KEPING


Bahan B
1 bungkus besar roti 'Gardenia'

Cara Menggelek
1. Didihkan air dalam periuk kukus.
2. Kemudian susun 3 keping roti dan kukus selama ~ '30 saat' dengan api yang paling kecil (sekejap sahaja tau... kalau lama nanti roti jadi terlalu lembut dan lembik).

3. Jika roti dikukus secara bertindan, keluarkan sekeping yang paling bawah (sebab itu yang paling lembut antara 3 keping). Kemudian gelek. Ulang sampai habis 3 keping tu.
Jika roti disusun sama rata dipermukaan kukusan, boleh lah dikeluarkan serentak semua..
Memang mudah dan cepat .... Berbanding dulu berminit juga nak gelek sekeping.

4. Kemudian masukkan  3 keping roti lagi dalam kukusan dan teruskan proses kukus dan gelek.
Jangan mengukus roti dalam kuantiti yang banyak sekaligus kerana boleh menyebabkan roti terlalu lembut berada lama dlm periuk (akak buat 3 keping by 3 keping)



GUM PELEKAT

Bahan C
2 camca besar Tepung Gandum
Sedikit Air 

Cara Menyediakan nya
1. Satukan bahan C dalam mangkuk kecil dan bancuh sehingga menjadi saperti 'tepung goreng pisang'.
2. Ketepikan.


CARA MENGGULUNG


Cara Menggulung
1. Ambil sekeping roti yang siap digelek.
2. Letakkan 2 camca kecil (~25 gram) 'inti Sardin' di penjuru tepi bawah.
3. Kemudian sapu sedikit 'Gum Pelekat' di penjuru tepi atas.
4. Gulung roti saperti foto dibawah.


5. Letakkan sedikit gum di 'hujung kanan' dan di 'hujung kiri'


6. Dengan menggunakan garfu tekan disetiap hujung sehingga ia melekat rapi supaya inti tidak keluar semasa proses menggoreng.
7. Siap untuk digoreng atau dibekukan.

* Untuk mengelakkan roti 'mengelembung' (udara panas didalam) semasa menggoreng, bolehlah dicucuk sedikit (dengan pisau) pada bahagian tengah roti tu sebelum menggoreng.


Copyright © 2019. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

4 comments:

  1. sedap nih kak... kalau dana selaunya dana akan celup ngn bancuhan tepung baru goreng... lagi ranggup gitu kak hehehhe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sya ALLAH bileh cuba nanti. Ranggup memang akak suka

      Delete
  2. Dah lama jugak teringin nak buat sardin macam ni tapi dok tengok resepi yg kena bancuh tepung tu lah jdi lmbt sikit, guna roti lagi senang copy paste nanti naa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guna roti mudah kan kerja. Kak noor. Kalau rajin sikit boleh lah yg complex sikit tu

      Delete

Powered by Blogger.