MASAK LOMAK NOGORI 'DAGING SALAI' HOMEMADE ... aroma arang pada daging boleh membuatkan air lior menitik-nitik !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ....

MASAK LOMAK NOGORI 'DAGING SALAI'
em .......
teringat-ingat betapa nikmatnya masak lemak ini dengan aroma daging yang baru dan segar disalai atas bara arang,  boleh membuatkan air lior menitik-nitik tik ! tik !



Teringin punya hal, tak kisah walau akak terpaksa bersusah sedikit, kerana hasil nya memang berbaloi-baloi !
Dan alhamdulillah tak menyesal......


Nak dibeli daging yang siap salai ?
Mana nak ada dikawasan akak tinggal ini.

Jadi kalau nak makan, kena usaha sendiri !


Alat menyalai ?

Di rumah akak ini memang ada tempat yang boleh digunakan untuk menyalai;  bekas membakar satay, dan juga dapur bbq.
Tapi semua tu tersimpan dalam setor di luar rumah.

Kalau dah malas nak ber aktiviti basuh-membasuh maklum lama tak digunakan...akak rela menggunakan saja periuk didapur yang di lapik dengan kepingan kertas aluminium foil.
Bagi akak ini lebih cepat dan mudah kerja.


Lagipon daging yang nak disalai ni pon bukannya banyak.
Tak sampai sekilo...
Lagi mudah kerja !

Arang pulak akak bakar atas dapur,


Bila dah menjadi bara baru akak pindahkan ke dalam periuk tadi


Masak lomak kali ini akak kurangkan kepedasan nya, maklum ahli keluarga ada yang tak kuat pedas,
Kalau ikut selera akak 30 lebih cili padi pon boleh lagi !

Fedbek yang diterima dari ahli keluar selepas menikmati lauk ini ..... apa lagi, pakat sedap belako lako !!!



Jommm !!!


Bahan A
800 gram Daging (akak siap-siap potong kepada kepingan sederhana tebal)

Bahan B (di kisar halus)
5 biji Cili Padi Hijau * ikut kepedasan yang disukai . Akak terpaksa kurangkan sebab ada yang tak tahan pedas
1 inci Kunyit Hidup * tak ada stok. akak gantikan dengan kunyit serbuk
sedikit Air

Bahan C
2 batang Serai (diketuk)
1 keping Asam Gelugor
2 inci Halia (di hiris tebal)

Bahan D
2 kotak 'kecil' Santan Pekat * akak letakkan santan lebih sebab semua peminat kuah
1 camca kecil Lada Hitam serbuk * akak tambah
2 helai Daun Kunyit (dihiris lebar)
1/2 kiub Pati Daging 'Knor'
sedikit Garam
sedikit Air  * untuk mencairkan sedikit santan pekat

Bahan E
10 biji cili padi hijau (biarkan sebiji-sebiji)
3 biji cili padi merah (biarkan sebiji-sebiji)

Cara Menyediakan nya
1. Daging potong kepada kepingan kecil dan kemudian nya dibersihkan.
* Seeloknya daging siap-siap dipotong sebegini untuk mendapatkan aroma arang pada setiap kepingan daging, dari disalai dahulu baru dipotong.


2. Salai agak-agak dah masak atau 3/4 masak dah mencukupi. Sebab utama kita nak dapatkan aroma salai tu yang penting. Angkat dan ketepikan.



Sekarang part memasak pulak...

3. Masukkan bahan B dan C kedalam periuk.
4. Masak dengan api yang kecil sehingga air susut untuk menghilangkan bau cili kisar.
5. Masukkan bahan D dan daging. Kecilkan api dan masak sehingga kuah 'hampir-hampir' mendidih.
Tapi jangan sampai mendidih ya !!!!
* Sentiasa dikacau selalu untuk mengelakkan santan pecah minyak.

6. Sebelum angkat, masukkan bahan E.
7. Siap untuk dihidangkan.

Copyright © 2019. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

6 comments:

  1. SA selalunya balik kampung bawak daging 2-3kg, pas tu salai guna sabut kelapa dan tempurung kelapa...best bau dia kak..wangi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow... Rumah akak tak dak Sabut and tempurung. Tapi akak boleh minta dengan jiran sebelah.. Nak kena cuba ni !!!.

      Delete
  2. udahla tgri kita mkn kuih je, telan liur nengok msk lemak akak tu... scroll laju2 je hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala Dana. Hari lain akak masak biasa-biasa ja hehehe !

      Delete
  3. Salam, Salai macam tu biasa berapa lama?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.