PERIA GORENG 'CHINESE STYLE' ... tukar selera untuk lebih sedap !
Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...
Sekali sekala makan masakan ala-ala 'CHINESE STYLE' memang sedap
Maklum nak ubah selera sayur dan lauk-pauk.
Semua sedia maklum...
Masakan kaum china memang tak lari dari bawang putih.
Biasa nya penggunaan bahan ini jauh lebih dari kaum-kaum yang lain.
Selain rasa bawang putih yang sedap, ia juga berkhasiat untuk kesihatan.
Masa akak kecik dulu, ketika keluarga tinggal di kuarters Bomba, kat belakang rumah tu banyak deretan rumah kaum cina.
Bila tengah hari memang 'merengit' aroma bawang putih yang ditumis.
Harum semerbak !!!
Jom kali ini kita goreng peria, goreng dengan telur biasa-biasa saja.
Cuma kelainan yang dibuat, gantikan penggunaan minyak masak dengan minyak bijan untuk menambahkan lagi aroma, selain penggunaan bawang putih yang agak banyak semasa menumis.
Juga tak ketinggalan halia ya. salah satu bahan yang kerap digunakan dalam sayur.
Kali ini sayur ini tak bertahan lama dalam mangkuk, biasa lah kalau dah sedap !!
Ratah !
* Memang sedap. Akak tak masukkan sebarang perasa tambahan dalam sayur ini !
Bahan A
7 biji Peria Katak (dibelah 2, dibuang bahagian tengah dan dihiris sederhana tebal)
1 biji bawang besar (dibelah 8)
Bahan B
Minyak Bijan untuk menumis
8 ulas Bawang Putih (dicincang halus)
1/2 inci Halia (dicincang)
Bahan C
Sejemput Ikan Bilis (ditumbuk kasar)
Sedikit Air
Sedikit Kunyit serbuk *optional
Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak bijan,
2. Tumis bawang putih, halia dan kacau sehingga terbit aroma yang harum dari 2 bahan ini . Kacau sehingga bawang bertukar sedikit keperangan. Lebih perang, lagi sedap.
3. Masukkan ikan bilis.
4. Terus menggoreng sehingga bilis juga bertukar keperangan dan masukkan kunyit.
5. Masukkan peria yang telah dihiris. Jika terlalu kering boleh ditambah sedikit air ~ 3 camca besar.
6. Kacau-kacau sebentar dan tolak ke tepi kuali.
7. Pecahkan telur dan biar sehingga sedikit membeku.
8. Masukkan potongan cili padi, bawang dan garam.
9. Kacau bercampur semua bahan dan biarkan agak-agak 3-4 minit boleh diangkat untuk dihidangkan.
Jangan masak terlalu lama untuk mengelakkan sayur hilang kerapuhan nya.
Copyright © 2019. All rights reserved FHA Selemak Santan | http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

3 biji Cili Padi (dihiris menyerong)
2 biji Telur
Sedikit garam

No comments: